Untuk menjalinkan persahabatan antara negara Indonesia dengan negara Singapura, kedua-dua negara telah menubuhkan kedutaan di negara-negara satu sama lain sejak 7 September 1967.

Fail:Nkrisingapura.jpg
Kedutaan Indonesia di Singapura.

Menurut Edward Lee, bekas Duta Besar Singapura untuk Indonesia yang habis tempoh perkhidmatannya pada tahun 2006, hubungan Indonesia dan Singapura selama ini selalu erat dan kuat, khususnya di bidang pertahanan. Umpamanya, Tentera Nasional Indonesia telah melindungi warganegara-warganegara Singapura di Indonesia semasa Reformasi Mei 1998. Selain itu, Angkatan Tentera Singapura telah membantu tentera Indonesia untuk menyalurkan ubat-ubat dan bantuan logistik ketika kejadian bencana tsunami di Aceh pada tahun 2004.

Bagaimanapun usaha-usaha untuk bersetuju dengan sebuah Perjanjian Kerjasama Pertahanan antara kedua-dua negara ini masih menghadapi masalah, walaupun kedua-dua ketua negara Indonesia dan Singapura, iaitu Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong, telah bermesyuarat pada bulan Oktober 2005. Kelewatan untuk memeterai perjanjian ini disebabkan oleh pertentangan pendapat terhadap pengendalian kawasan-kawasan latihan tentera, serta keinginan untuk memeterai perjanjian ini dengan satu perjanjian serah balik antara kedua-dua negara. Indonesia juga menuduh Singapura kerana tidak setia terhadap Perjanjian ini disebabkan pelanggaran kedaulatan Indonesia ketika membenarkan Amerika Syarikat dan Australia mengambil bahagian dalam gerak latih tentera bersama Singapura.

Walaupun demikian, gerak latih tentera bersama telah dilaksanakan oleh kedua-dua negara sejak tahun 2000. Gerak latih pertama yang digelarkan "MTA 1" telah diadakan di perairan Tanjung Pinang, manakala gerak latihan kedua yang digelarkan "MTA 2" diadakan di Laut China Selatan.


Alamat Kedutaan

Kedutaan Indonesia di Singapura

No. 7, Chatsworth Road
Singapore 249761
Telefon: (65) 6737 7422
Fax: (65) 6737 5037 / 6325 5783
Emel: info@kbisingapura.com
Laman web: http://www.kbisingapura.com%5B%5D

Kedutaan Singapura di Indonesia

Blok X/4, KAV No 2 Jalan H.R. Rasuna Said Kuningan
Jakarta, 12950 Indonesia
Telefon: 62-(21) 520-1489
Fax: 62-(21) 520-1486
Fax Konsul: 62-(21) 520-2320
Emel: singemb_jkt@sgmfa.gov.sg
Laman web: http://www.mfa.gov.sg/jkt/

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.