From Wikipedia, the free encyclopedia
Pertempuran di Hutan Teutoburg (Jerman: Schlacht im Teutoburger Wald atau Varusschlacht) merujuk kepada pertempuran di antara tiga Legion Romawi bersama-sama pasukan sokongan di bawah pimpinan Publius Quinctilius Varus dan askar-askar Jermanik di bawah pimpinan Arminius (Jerman: Hermann ), seorang pemimpin puak Cherusci. Pertempuran ini, yang direkodkan berlaku pada musim luruh dalam tahun 9 M, menyaksikan kekalahan Jeneral Varus, sekaligus juga dikenali di dalam bahasa Latin sebagai clades Variana. Hampir satu perlapan daripada tentera Rom terkorban dalam pertempuran ini yang menamatkan usaha-usaha Rom untuk menakluki kawasan-kawasan Germania di sebelah kanan sungai Rhine hingga ke sungai Elbe. Kedudukan Hutan Teutoburg yang menjadi tempat pertempuran sebenarnya masih kabur dan pelbagai tempat di utara Jerman dan bahagian timur Belanda telah dicadangkan. Bukti-bukti terbaru menunjukkan bahawa sebahagian daripada pertempuran itu mungkin berlaku di kawasan hutan sekitar Osnabruck dalam negeri Niedersachsen.[1]
Pertempuran Hutan Teutoburg | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Jermanik-Rom | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Puak-puak Jermanik (Cherusci, Marsi, Chatti, Bructeri, Chauci dan Sicambri) | Empayar Rom | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Arminius | Publius Quinctilius Varus † | ||||||
Kekuatan | |||||||
17,000-25,000 |
3 legion Romawi, 3 ala dan 6 kohort bantuan, mungkin 20,000 - 25,000 | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
Tidak diketahui; tetapi tidak sebanyak angkatan Rom | lebih 20,000 |
Pertempuran ini kemudiannya mempunyai pengaruh kuat terhadap gerakan nasionalisme di negeri-negeri Jerman sekitar abad ke-19. Di samping itu, penemuan rekod sejarah yang ditulis oleh Tacitus pada abad ke-15 sebelumnya membawa kepada idea yang melambangkan puak-puak Jermanik sebagai asal usul kepada bangsa Jerman, sekaligus meningkatkan sokongan terhadap usaha-usaha penyatuan Jerman yang pada ketika itu berpecah mengikut negeri.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.