Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Istilah storan dan ingatan merujuk kepada bahagian komputer yang menerima dan mengekalkan keadaan fizikal data dikandung untuk suatu jangka masa tertentu sebaik diarahkan[1] walaupun jika kuasa elektrik ke komputer tersebut dimatikan. Biasanya istilah "ingatan" (memory) digunakan untuk peranti yang lebih laju, manakala "storan" (storage) untuk peranti yang lebih perlahan.
Di dalam komputer rumah, jenis storan selalunya terdiri daripada:
Satu analogi yang sesuai ialah ingatan manusia, di mana cakera keras merupakan ingatan jangka panjang dan RAM merupakan ingatan jangka pendek.
Bahagian-bahagian ingatan (memory) untuk mengingati data serta menyimpan sementara arahan dan tugas yang perlu dilaksanakan.
Ingatan utama komputer juga dikenali sebagai RAM, mewakili Ingatan capaian rawak ("Random Access Memory"). Ia dibina dari litar bersepadu dan memerlukan kuasa eletrik bagi mengekalkan maklumat di dalamnya. Apabila kuasa hilang, maklumat dalamnya turut hilang. Ia boleh dicapai secara langsung oleh CPU. Masa capaian bagi mambaca dan menulis bait (byte) tertentu adalah bebas dari di mana di ingatan bait tersebut berada, dan kini sekitar 50 nanosaat (seribu juta dari sesaat). Ini secara kasar setara dengan kepantasan CPU perlu untuk mencapai data. Ingatan utama mahal berbanding ingatan luar oleh itu ia memiliki kapasiti terhad.
Kapasiti yang ada bagi harga diberi semakin meningkat setiap masa. Sebagai contoh banyak Komputer Peribadi kini memiliki keupayaan 16 megabait (juta bait), manakala 64 megabait kini biasa pada stesyen kerja perniagaan. CPU biasanya akan memindahkan data dari dan ke ingatan utama dalam kelompok dua, empat, atau lapan, sungguhpun operasi yang dilaksanakannya hanya memerlukan satu bait.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.