Penyekatan iklan atau pencekalan iklan (bahasa Inggeris: ad blocking atau ad filtering) adalah sebuah kaedah menghapus atau pengubahan kandungan periklanan dalam sesebuah laman web yang berupa gambar, animasi, audio dan video tertanam, teks, atau iklan sembulan serta video dan audio yang terputar secara automatik. Kaedah penyekatan yang dipakai antaranya menghapus tampilan plug-in berasaskan Adobe Flash, Shockwave, berkas Windows Media Audio, dan lainnya yang digunakan untuk menampilkan iklan; menyekatkan pautan yang dijadikan laman iklan; atau penyasaran ciri-ciri khas dalam memasukkan iklan (seperti penggunaan HTML5 yang dipakai untuk pemutaran atau automatik audio dan video).

Manfaat

Para pengguna lebih untung hasil menyekat iklan yang barangkali melambatkan serta mengusutkan paparan laman web lalu menjadi lebih laju dan lebih bersih, menurunkan hal-hal yang melambatkan kinerja gajet (lebar jalur, CPU, ingatan dan sebagainya), dan manfaat privasi yang diperoleh melalui pengecualian sebarang maklumat profil pengguna yang boleh digeledah dan dipergunakan sebarang pengiklan. Memblokir iklan juga dapat menjimatkan jumlah tenaga yang dihabiskan secara substansial.[1][2]

Permintaan

Thumb
Jumlah pengguna aktif penyekat iklan secara bulanan berdasarkan perkiraan PageFair.

Penggunaan penyekat iklan untuk peranti komputer dan telefon meningkat sekitar 41% di seluruh dunia, terutamanya 48% di Amerika Syarikat antara kuartal kedua (Q2) 2014 dan Q2 2015.[3]

Sebanyak 45 juta orang pengguna di Amerika Syarikat diperangkakan menggunakan penyekat iklan setakat kuartal kedua tahun 2015.[3] Dalam survei yang diumumkan pada Q2 2016, MetaFacts melaporkan bahwa 72 juta orang Amerika, 12.8 juta orang dewasa di Great Britain, dan 13.2 juta orang dewasa di Perancis menggunakan penyekat iklan pada komputer riba atau peribadi, tablet atau telefon bijak.

Pada bulan Mac 2016, lembaga Internet Advertising Bureau melaporkan bahwa pengguna internet Untied Kingdim berusia sekitar 18 tahun menggunakan pemblokir iklan.[4][5]

Langkah balas

Dalam beberapa tahun terakhir, pengiklan dan perusahaan mula menggunakan cara lain untuk beriklan dengan menggunakan kaedah pengiklanan sembunyi atau penempatan produk tajaan (juga dikenal sebagai jenama integrasi atau pemasaran tertanam) untuk mengelakkan daripada dikesan komponen penyekat ini.[6]

Lihat pula

Referensi

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.