Limfoma Hodgkin atau penyakit Hodgkin, ialah sejenis penyakit limfoma yang julung kali diperihalkan oleh Thomas Hodgkin pada tahun 1832. Secara klinikal, limfoma Hodgkin disifatkan melalui perebakan penyakit secara teratur dari satu kelompok nodus limfa ke satu lagi kelompok dan juga jadinya gejala sistemik jika penyakit parah. Mengikut patologi, penyakit ini disifatkan melalui kehadiran sel Reed-Sternberg (sel RS). Limfoma Hodgkin merupakan antara jenis penyakit barah terawal yang boleh dirawat melalui sinaran. Tidak lama kemudian, penyakit ini merupakan antara penyakit pertama yang diubati oleh kemoterapi gabungan. Kadar kemandirian pesakit biasanya mencapai kira-kira 90% jika penyakitnya dikesan cukup awal, maka menjadikannya antara jenis barah yang lebih mudah dirawati. Ujian-ujian terkini pula menghasilkan kadar kemandirian yang lebih tinggi berbanding apa yang pernah diperhatikan selama ini, iaitu setinggi 98% bagi pesakit peringkat terawal.[1] Namun begitu, barah peringkat lewat pula masih menampakkan prognosis yang amat buruk[2]. Kadar penyembuhan sepenuhnya bagi peringkat I dan II kira-kira 85 - 90%, sementara bagi peringkat III dan IV pula lebih kurang 80%.

Fakta Segera ICD-10, ICD-9 ...
Limfoma Hodgkin
Pengelasan dan sumber luaran
Lymph node biopsy showing Hodgkin's lymphoma.
ICD-10C81
ICD-9201
ICD-O:9650/3-9667/3
P. Data Penyakit5973
MedlinePlus000580
eMedicinemed/1022
MeSHD006689
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan
Tutup

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.