From Wikipedia, the free encyclopedia
Jabatan Pentadbiran Angkasa Negara China[nota 1] (Bahasa Cina: 国家航天局; pinyin: Guó Jiā Háng Tiān Jú, harfiah, "Biro Aeronautik Kebangsaan") ialah agensi angkasa lepas negara Republik Rakyat China yang bertanggung jawab terhadap program angkasa lepas kebangsaan China.[1] Agensi ini bertanggung jawab untuk merancang dan membangunkan kegiatan-kegiatan luar angkasa. CNSA dan Perbadanan Aeroangkasa China (China Aerospace Corporation, CASC) mengambil alih kuasa terhadap pembangunan kegiatan angkasa lepas yang dipegang Kementerian Pengindustrian Aeroangkasa. Ia sebuah agensi di bawah Pentadbiran Negara buat Sains, Teknologi dan Industri Pertahanan Kebangsaan (SASTIND), yang terletak di bawah Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China.
Rencana ini perlu dikemas kini. (September 2022) |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.