From Wikipedia, the free encyclopedia
Perkembangan kanak-kanak ialah kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi menjadi orang dewasa. Perkembangan merujuk kepada perubahan fizikal, mental dan sosial yang dapat dijangkakan dalam kehidupan bayi. Perkembangan adalah faktor penting dalam kehidupan bayi. Proses ini tidak selalunya terus-menerus berkembang tetapi adakalanya maju ke hadapan dan ada kalanya pula menyusut perkembangan kognitif dan bahasanya.
Sebagai pengaruh terbesar di dalam hidup anak, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membangkitkan kebijaksanaan di dalam diri anak-anak dengan mendidiknya secara holistik dalam cara-cara seperti:
Selain itu, persediaan amat penting untuk menerima perubahan mengagumkan anak anda, dari seorang bayi kepada kanak-kanak kecil. Ini membolehkan anda membantunya mencapai kebolehan maksimumnya dalam empat bidang kepintaran pada setiap peringkat perkembangan.
Jenis Perkembangan | 9 - 12 bulan | 12 - 18 bulan | 18 - 24 bulan | 24 - 36 bulan |
---|---|---|---|---|
Fizikal | * Beransur dari memegang barang dengan kedua-dua belah tangan ke memegang barang di antara jari telunjuk dan ibu jari | Berdiri dengan berpegang ke sesuatu, dan mara secara perlahan-lahan | Beransur dari langkah yang tidak stabil ke langkah terkedek kedek dengan sendirinya * Otot kecil di tangan, jari dan pergelangan tangan beransur kuat | * Dapat mengawal mainan tunggangan yang stabil * Dapat membina menara mainan 4 - 6 tingkat dengan pantas * Mula menggolek, membaling dan menyepak bola * Boleh melukis garisan dan menconteng * Boleh mengabung beberapa kemahiran motor yang sukar bagi memanipulasi struktur permainan taman mainan dengan lebih yakin |
Kognitif | * Mula bercakap dengan bunyi yang menyerupai satu suku kata, dan akan menyambungnya seperti gaya ucapan | * Mula menunjukkan minat terhadap buku * Memahami arahan mudah seperti “Mari pada Mama” | * Mula berminat untuk tahu bagaimana benda boleh muat ke dalam satu sama lain * Suka memasukkan bentuk ke dalam rangka bentuk yang berpadanan * Daya ingatan bertambah- mengetahui bahawa sesuatu yang tidak boleh dilihat masih wujud (kekekalan objek) | * Dapat menyelesaikan susun suai gambar yang mudah * Memahami konsep ‘sama dan lain’ * Boleh melakukan kraf yang mudah |
Emosi | * Memberikan senyuman yang paling lebar kepada orang yang disukainya | * Mula berhati-hati terhadap orang yang tidak dikenali dan wajah yang jarang dilihat * Menjadi lebih gelisah apabila dipisahkan dari ibu bapa * Bertindak balas apabila namanya dipanggil | * Suka melihat ke dalam cermin dan mengenali bahagian tubuh badannya * Mula mempunyai deria kawalan diri (mungkin memberi tindak balas terhadap perkataan “berhenti” dan “tunggu” | * Ingin berjaya dalam pelbagai tugas dengan sendiri *Suka “berlakon”, terutamanya bermain permainan pakaian aneka ragam atau melakukan perkara “orang dewasa” seperti menjadi doktor haiwan |
Sosial | * Menyukai permainan mudah seperti ba-baa-chak | * Mula bertepuk tangan bersama orang lain | * Mula menggunakan perkataan yang boleh difahami seperti “ba” untuk bola dalam berkomunikasi dengan orang lain *Mula menunjukkan empati terhadap orang lain, contohnya, memeluk anda ketika orang lain bersedih | * Mula bermain secara interaktif dengan kanak-kanak lain |
**Sumber: Dipetik dari majalah Mother & Baby , seperti yang disahkan oleh panel pakar di UK dan Malaysia Perkembangan awal fizikal tidak semestinya menunjuk kecerdikan seseorang anak kerana kematangan sistem saraf adalah berdasarkan sejarah keluarga. Penunjuk pada kecerdikan otak yang boleh dipercayai adalah senyuman awal, kepekaan, daya tumpuan dan ingatan yang baik, percakapan awal dan minat yang meningkat terhadap permainan. Sama ada kepintaran anak lebih nyata dalam satu bidang atau adalah seorang yang serba berkebolehan, penjagaan dan pemakanan yang berkualiti, disulami dengan penerimaan dan kasih sayang tidak berbelah bagi dari ibu bapa, pasti akan membantu anak membesar menuju ke arah kecemerlangan. Ekoran daripada pendapat Head Start Project, (iaitu suatu projek kanak-kanak yang berusaha untuk memberi rangsangan dari peringkat seawal-awalnya), menunjukkan bahawa baka bukanlah satu-satunya faktor yang boleh menentukan prestasi intelek seseorang itu kerana yang lebih penting lagi ialah pengalaman-pengalaman, kaedah-kaedah pembelajaran dan galakan yang diterimanya. Ramai para penyelidik menyatakan bahawa peringkat dua hingga tiga tahun adalah kritikal bagi perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak itu. Jika persekitaran atau cara bimbingannya sehingga peringkat umur ini rendah mutunya dari segi stimulasi, perkembangan kognitifnya tidak akan tercapai dengan optimum. Taman asuhan dan tadika yang ditubuhkan di merata-rata tempat di dunia dan di dalam negeri ini membayangkan bagaimana pentingnya persekitaran serta didikan untuk membentuk perkembangan intelek seseorang kanak-kanak itu. KeibubapaanCara keibubapaan (parenting) yang positif yang boleh meninggikan keyakinan diri adalah sangat penting. Kanak-kanak yang mengalami kerosakan otak, walaupun terhad keupayaannya akan boleh dipertingkatkan perkembangan kognitif dan bahasa bayi. kebolehannya untuk berdikari dan menyesuaikan diri di dalam masyarakatnya jika dia diberi bimbingan yang sesuai. Kebolehannya di dalam sesuatu aspek adalah penting dikesani sementara kelemahannya perlu diketahui supaya dia boleh diajar cara-cara untuk mengatasi kelemahannya itu. Faktor muzikMuzik bukan sahaja digemari oleh golongan remaja dan dewasa. Bayi dan kanak-kanak juga amat senang dan tenang dengan muzik apabila muzik yang digemari dipasang semasa mereka hendak tidur atau dalam kereta ketika dalam perjalanan untuk menuju ke sesuatu destinasi. Anak-anak selalunya akan memberikan reaksi yang berbeza terhadap pelbagai jenis bunyi muzik. Faktor ini bergantung kepada tahap umur, keadaan dan ´mood´ mereka pada waktu itu. Justeru, penggunaan muzik tidak hanya dihadkan kepada satu jenis muzik sahaja, sebaliknya biar mereka mendengar pelbagai bentuk muzik yang ada. Kebanyakan ibu bapa menyedari bahawa bayi amat mudah dipujuk jika mereka menyanyi atau mendodoikan bayi perlahan-lahan sambil menepuk-nepuk punggung dan dadanya. Ini kerana bayi mempunyai kebolehan yang tersendiri untuk bertindak balas terhadap rangsangan bunyi dan sentuhan. Jenis muzik yang sesuai dan digemari oleh bayi dapat ditentukan dengan memastikan muzik tersebut mesti dipasang ketika bayi dalam keadaan sedar dan jaga. Ini kerana pada waktu ini ibu bapa dapat melihat reaksi mereka apabila muzik itu dipasangkan sama ada mereka suka atau tidak terhadap muzik tersebut. Bayi dalam rahim juga boleh memberi tindak balas terhadap muzik yang mereka dengar. Menurut satu kajian, sekumpulan bayi yang ibunya mendengar muzik setiap hari sehingga pada saat kelahiran kelahiran lebih mudah dipujuk dengan mendengarkan irama bertema selepas beberapa minggu dilahirkan. Perkara ini amat berbeza dengan bayi yang tidak mendengar muzik - mereka kurang menunjukkan tidak balas. Bayi selalunya gemar berbaring dan anda boleh menggerakkan anggota badan mereka sambil menyanyi, malah penggunaan instrumen muzik seperti loceng digalakkan untuk merangsang pendengaran dan penglihatan mereka. Sehinggalah mereka memasuki zaman kanak-kanak, muzik dan alatan muzik sangat disukai oleh mereka dan mereka begitu gembira jika dapat mengikut beberapa perkataan yang dinyanyikan oleh anda serta boleh menggunakan alat muzik yang terdapat di sekitar mereka. Ibu bapa boleh menjadikan lagu dan muzik sebahagian daripada masa bermain mereka dengan memasangkan kaset lagu kanak-kanak dan membaca buku yang mempunyai gambar menarik dan berbunyi dapat menarik minat anak-anak terhadap membaca. Irama yang disertai senikata lagu akan membantu anak-anak mengembangkan kemahiran bahasa mereka. Selain itu, muzik yang didengari oleh anak-anak juga membantu mereka menghafal dan menajamkan fikiran. Sebagai contoh, nama para Nabi dan Rasul yang dinyanyikan amat mudah diingati oleh kanak-kanak berbanding sekiranya kita menyuruh mereka menghafal kesemua nama itu tanpa ada irama dan muzik. Hal ini secara tidak langsung merupakan salah satu teknik kita mendidik anak-anak dan membantu mereka dalam proses pembelajaran, terutama yang melibatkan hafalan. Muzik juga membantu anak-anak menambahkan lagi kemahiran yang ada pada mereka. Ini kerana apabila mereka minat pada muzik, kita akan membelikan satu jenis alatan atau instrumen muzik untuk mereka berlatih menggunakan instrument tersebut. Secara tidak langsung mereka bukan sahaja boleh mendendangkan lagu tersebut dengan baik, malah mereka juga akan mahir menggunakan alat muzik dan mampu mengenal nota-nota muzik. Personaliti kanak-kanakPakar kanak-kanak berpendapat perkembangan personaliti bayi bermula dari peringkat janin lagi. Bayi yang baru lahir seperti kain putih bersih. Ia dilengkapkan dengan semua pancaindera dan boleh berinteraksi dengan persekitarannya serta orang sekeliling terutama ibu bapanya. Kebanyakan orang berpendapat bayi yang baru lahir sebagai pasif dan tidak berupaya mengenali ibu bapa serta persekitarannya. Pada masa kini pakar perkembangan kanak-kanak menjelaskan bayi yang baru lahir sudah berupaya memberi tindak balas persekitaran dan perhatian ditunjukkan orang lain kepadanya. Ramai ibu bapa bertanyakan cara merangsang bayi. Kini jelas prestasi kognitif seseorang bayi boleh dipertingkatkan dengan memberi persekitaran yang penuh dengan rangsangan kepada kanak-kanak. Stimulasi atau rangsangan ini perlulah ditunjukkan kepada kanak-kanak dari peringkat bayi lagi. Jika diperhatikan kelakuan bayi dalam beberapa hari dilahirkan kelihatan dia berada dalam beberapa keadaan iaitu tidur nyenyak, mengantuk, berjaga, memerhatikan sekitarnya dan menangis. Keadaan sesuai bagi merangsang bayi ialah ketika masih sedar atau celik. Ibu bapa perlu faham masa sesuai untuk merangsang bayi kerana jika diteruskan tanpa mengambil kira kemampuannya ia boleh memberikan kesan negatif. Apabila bayi asyik memerhatikan wajah ibunya, ibu perlu bercakap dengannya, menyanyi, menunjukkan senyuman gembira atau mencium tubuh bayinya itu. Sewaktu menyusukan bayi boleh digunakan untuk merangsang bayi. Perkataan seperti “anak mak cantik’ dan “anak mak sayang” boleh digunakan bagi tujuan itu. Ibu bapa digalakkan berbual dengan bermesra dengan bayi sewaktu dimandikan atau lampinnya ditukar. Jarak mata bayi dengan wajah ibunya ketika menyalin lampin sungguh sesuai untuk berinteraksi antara bayi dan ibu. Sambil menyalin lampin gunakan perkataan indah untuk merangsang minda bayi seperti “ cantiknya anak ibu” dan “wanginya anak ibu”. Bahasa digunakan ibu bapa setiap hari dapat membentuk minda bayi membentuk bahasanya. Ibu bapa perlulah faham mereka seharusnya memberikan perhatian terhadap perkembangan bahasa bayi dan membantunya dengan berbual mesra. Bahasa penting untuk seseorang mempelajari keadaan sekelilingnya kerana melaluinya kanak-kanak boleh melafazkan kehendaknya, bertanya, meminta dan mengeluarkan pandangan berhubung sesuatu perkara. Bayi yang selalu menangis tentu kurang berkebolehan menerima persekitaran serta orang sekelilingnya. Ada ibu bapa yang membiarkan anak menangis sendirian dan cara itu perlu dielakkan. Sebaiknya, ibu bapa memujuk dan memahami apakah yang diperlukan anak mereka atau mendodoi dengan mesra.Bermain dengan bayi amat digalakkan. Jarinya boleh dicium dan kedua tangannya ditepuk supaya mindanya terangsang serta berasa gembira. Selain itu, persekitaran bayi boleh diperkayakan dengan melakukan pelbagai bunyi menarik seperti lagu dari peti muzik atau gambar berwarna warni. Malah muzik klasik cukup banyak memberi impak yang besar untuk perkembangan kognitif dan bahasa bayi. Seorang profesor muzik di Kolej Muzik Kunitachi, Jepun mengatakan muzik klasik adalah penting untuk membesarkan anak-anak.Berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan, muzik tersebut mempunyai tiga kesan positif untuk ibu dan bayi yang dikandung. Pertama, muzik klasik membantu menghasilkan gelombang alpha otak yang mana kita memilikinya ketika sedang santai atau merasa selesa. Oleh kerana janin amat dipengaruhi oleh keadaan ibu, rasa relaks, tenang dan selesa semasa mendengar muzik klasik akan memberi kesan positif kepada bayi juga. Kesan positif kedua ialah muzik klasik turut membantu perkembangan otak janin kerana ia boleh mendengar termasuk di dalam air. Jadi, sekiranya kita memainkan muzik untuk janin, ia akan memberi ransangan kepada otak untuk berkembang dengan lebih baik.Kesan ketiga pula ia membantu ibu mengeluarkan lebih banyak hormon yang diperlukan oleh janin mahu pun diri sendiri.Malah, kajian terbaru juga mendapati muzik klasik adalah antara jalan yang paling sesuai untuk bayi bersedia dengan masa depan. Memberikan makanan berkhasiat yang berkualiti untuk perkembangan kognitif dan bahasa bayi Kajian Prof Mark Rosenweig dari U.C.L.A dari Amerika Syarikat, menunjukkan ramisaraf dendrit boleh digalakkan pertumbuhannya. Samalah halnya dengan pokok yang boleh menggalakkan pertumbuhan ranting-ranting dengan memberikan zat makanan dalam bentuk baja, maka ramisaraf dendrit yang menyerupai ranting-ranting pokok itu pun boleh digalakkan tumbuh subur dengan memberikan zat makanan yang disebut nutrien saraf. Nutrien saraf merupakan zat khusus untuk tujuan menggalakkan ramisaraf dendrit tumbuh subur. Menurut Dr W.H Schuessler, seorang pakar biokimia bangsa German menyatakan bahawa saraf di otak memerlukan beberapa nutrien atau zat tertentu untuk dapat berfungsi dengan sempurna. Nutrien atau zat yang sesuai untuk otak ialah jenis garam tisu biokimia. Setelah menjalankan kajian mengenai fungsi otak dan hubungannya dengan makanan. Pergerakan dan persekitaran mendedahkan ibu dengan kuman yang boleh memberi kesan kepada bayi sebelum dilahirkan. Dalam keadaan ini, rahim bertindak melindungi bayi dari kuman. Selepas kelahiran, perlindungan kepada bakteria dan parasit diperoleh pula dari susu ibu. Beberapa bahan dalam susu ibu bukan saja berupaya menentang penyakit tetapi sesetengahnya menguatkan lagi pembentukan sistem imun bayi. Ia memberi kesihatan yang baik kepada bayi walaupun selepas dia tidak lagi menyusu. Ini kerana susu ibu memiliki ramuan terbaik untuk pertumbuhan bayi dari jumlah asid lemak, laktosa, air, asid amino untuk pencernaan, pertumbuhan minda bayi dan mengandungi antibodi. Selain membantu perkembangan retina dan memberi perlindungan kepada sistem saraf tengah bayi. Ia juga membawa enzim pencernaan yang membantu bayi mencerna nutrisi dalam susu. Justeru, ia berupaya memberi bayi imuniti terhadap jangkitan dan penyakit seperti otitis media, pneumonia, mengurangkan masalah jangkitan darah dan radang otak. Malah dalam satu kajian di Denmark, susu ibu memberi kesan pada pembentukan minda dan meningkatkan perkembangan kognitif bayi dan bahasa bayi. Kajian mengesahkan bahawa nutrien dalam susu ibu dan genetik mempunyai kesan terhadap IQ. Kanak-kanak kecil (bayi) yang tidak mendapat susu ibu akan lebih menyebabkan IQ mereka rendah, tahap pencapaian pendidikan rendah dan rendah dalam pergaulan sosialnya. Belajar sambil bermainPada peringkat perkembangan 6 bulan pertama, bayi banyak belajar daripada persekitarannya terutama melalui interaksi antara anda dengannya. Satu perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah bayi belajar melalui permainan. Setiap kali anda bermain ataupun berinteraksi dengan bayi, anda sebenarnya mengajarnya lebih banyak perkara mengenai diri anda, dirinya sendiri dan persekitarannya. Setiap aktiviti permainan mudah seperti menggoncangkan alatan yang berbunyi memberi kesan terhadap perkembangan derianya. Bayi belajar memfokus penglihatan dan pendengarannya terhadap objek berkenaan. Sekiranya aktiviti ini diulang-ulang, bayi akan belajar menggoncang alatan dan menyebabkan berlaku kebisingan. Antara perkara yang boleh anda lakukan dalam ‘mengajar’ bayi anda adalah:
Bayi Baru Lahir Hingga 4 BulanPada peringkat ini, berikan peluang kepada bayi anda bagi meneroka persekitarannya menggunakan kekuatan ototnya. Perhatikan apabila bayi menangis, ia akan menggerak-gerakkan kakinya seperti menendang dan menggapai-gapaikan tangan-nya. Pergerakan ini sebenarnya adalah satu stimulasi dan kesan daripada aktiviti penerokaannya menggunakan ototnya. Elakkan daripada terlalu melindunginya dengan sentiasa mendukungnya kerana ia membantutkan usaha penerokaannya. Letakkan bayi anda di atas lantai dan biarkan dia meneroka kekuatan kaki, tangan dan kepalanya. Sekiranya anda mampu, anda boleh menghiasi persekitaran penerokaannya dengan pelbagai permainan yang pelbagai warna dan corak. Hati-hati dengan barang permainan kerana dikhuatiri akan menjerut lehernya ataupun mengakibatkannya tercekik. Antara aktiviti permainan mudah yang boleh anda lakukan dalam merangsang bayi anda adalah: Gerakkan lidah anda ke luar dan ke dalam beberapa saat. Berikan sedikit masa kepada bayi anda meniru lagak anda. Sentuh anggota badannya seperti menggeleteknya. Per-hatikan responsnya. Sekiranya bayi anda sudah belajar cara untuk senyum, anda akan dapat melihat senyuman di bibirnya. Tambahkan pengalaman pembelajarannya dengan mem-bawanya keluar bersiar-siar di halaman rumah anda ataupun membawanya melawat pelbagai tempat di dalam rumah sendiri sama ada dapur, ruang tamu, bilik tidur dan sebagainya. Bayi 4 bulan hingga 6 bulanPada peringkat ini, deria penglihatan bayi sensitif terhadap cahaya dan warna. Walaupun fokus penglihatannya masih belum membangun sepenuhnya, bayi mampu melihat dalam jarak yang dekat. Koordinasi otot tangannya juga sedang berkembang pesat. Sesetengah bayi sudah mampu memegang objek tertentu di tangannya. Pada masa inilah, anda seharusnya memperkenalkan padanya pelbagai tekstur objek sama ada licin, kesat dan sebagainya. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan bersama bayi anda adalah:
Dapatkan objek pelbagai bentuk seperti bulat, tiga segi, empat segi dan sebagainya. Bayi 6 bulan hingga 1 tahunKeadaan fizikal bayi adalah stabil pada masa ini. Kepalanya lebih tegap malah boleh digerakkan ke pelbagai arah. Kemampuan verbalnya juga begitu menggalakkan. Bayi akan cuba meniru pergerakan bibir anda, tanda ia bersedia untuk bercakap, walaupun dalam bahasa bayinya sendiri. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan bersama bayi anda adalah:
Bahasa digunakan ibu bapa setiap hari dapat membentuk minda bayi membentuk bahasanya. Ibu bapa perlulah faham mereka seharusnya memberikan perhatian terhadap perkembangan bahasa bayi dan membantunya dengan berbual mesra. Bahasa juga penting untuk seseorang mempelajari keadaan sekelilingnya kerana melaluinya kanak-kanak boleh melafazkan kehendaknya, bertanya, meminta dan mengeluarkan pandangan berhubung sesuatu perkara. Bayi yang selalu menangis tentu kurang berkebolehan menerima persekitaran serta orang sekelilingnya. Ada ibu bapa yang membiarkan anak menangis sendirian dan cara itu perlu dielakkan. Sebaiknya, ibu bapa memujuk dan memahami apakah yang diperlukan anak mereka atau mendodoi dengan mesra. Bermain dengan bayi amat digalakkan. Jarinya boleh dicium dan kedua tangannya ditepuk supaya mindanya terangsang serta berasa gembira. Selain itu, persekitaran bayi boleh diperkayakan dengan melakukan pelbagai bunyi menarik seperti lagu dari peti muzik atau gambar berwarna warni. Untuk merangsang bayi ibu bapa digalakkan berkomunikasi, menyanyi atau membaca bagi membantu proses perkembangan bahasa dan minda. Justeru itu, ibu bapa digalakkan menggunakan perkataan yang sesuai ketika berinteraksi. Apabila perkembangan bahasa kanak-kanak dipercepatkan, prestasi perkembangan kognitif atau inteleknya turut meningkat dari semasa ke semasa. RujukanSumber: Diadaptasikan daripada Teori Kepintaran Berganda Howard Gardner dalam bukunya Frames of Mind: The Theory of Multiple Intelligence (1983) |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.