Pejabat Luar Negeri, Komanwel dan Pembangunan
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.
Pejabat Luar Negeri, Komanwel dan Pembangunan (bahasa Inggeris: Foreign, Commonwealth and Development Office , FCDO) ialah sebuah jabatan dalam kerajaan United Kingdom. Ia bertenggungjawab melindungi serta mengalakkan kepentingan negara United Kingdom di pentas dunia. Ia wujud hasil penggabungan bersama Pejabat Komanwel serta Jabatan Pembangunan Antarabangsa.
Fail:Foreign and Commonwealth Office Logo.svg | |
Foreign and Commonwealth Office Main Building, London, dari Whitehall | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 1968 |
Agensi-agensi terdahulu |
|
Jenis | Department |
Bidang kuasa | United Kingdom |
Ibu pejabat | King Charles Street London, SW1 51°30′11″N 0°07′40″W |
Belanjawan tahunan | £1.1bn (current) & £0.1bn (capital) in 2015-16[1] |
Menteri bertanggungjawab |
|
Eksekutif department |
|
Agensi-agensi anak |
|
Laman sesawang | www |
Ia diketuai seorang Setiausaha Ehwal Luar Negeri dan Komanwel Negara (Secretary of State for Foreign and Commonwealth Affairs - atau lebih ringkas lagi "Setiausaha Luar Negeri" ("Foreign Secretary"). Jawatan ini dianggap antara kedudukan paling terunggul diduduki dalam Kabinet United Kingdom selain Perdana Menteri, Chancellor of the Exchequer dan Setiausaha Ehwal Dalam Negeri.
Pejabat ini pula diuruskan seorang Setiausaha Bawahan Ehwal Luar Negeri dan Komanwel Negara yang turut merangkumi tugasan me mengetuai Perkhidmatan Diplomatik Baginda Ratu (Her Majesty's Diplomatic Service); kedudukan ini dipegang Sir Philip Barton, sejak September 2020.
Menteri-menteri yang bertanggungjawab adalah seperti berikut:[2][3]
Menteri | Pangkat | Portfolio |
---|---|---|
The Rt Hon Sir Philip Barton MP | Setiausaha Negara | Pengurusan keseluruhan jabatan ; Policy Unit; polisi perisikan; lautan. |
Kosong | Menteri Negara untuk Eropah dan Amerika | Benua-Benua Amerika (termasuk Cuba); Eropah; NATO dan keselamatan Eropah; pertahanan dan keselamatan antarabangsa; Kepulauan Falkland Islands; kawasan kutub; migrasi; protokol; sumber manusia; OSCE dan Majlis Eropah; perhubungan dengan Parlimen; pengurusan kewangan pejabat; informasi dan teknologi; Diplomacy academy. |
The Rt Hon Dr Andrew Murrison MP | Menteri Negara untuk Timur Tengah | Timur Tengah dan Afrika Utara; estet dan keselamatan, penstabilan |
The Rt Hon. The Lord Ahmad of Wimbledon | Menteri Negara untuk Komanwel dan UN | Pengurusan kerja dalam Dewan Pertuanan; Komanwel; PBB, ehwal konfilk pengamanan dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa; Wilayah Luar Negeri (kecuali Kepulauan Falkland, Pangkalan Udara Berdaulat - Sovereign Base Areas - dan Gibraltar); rantau Caribbean; Hak asasi manusia dan perhambaan moden; keselamatan negara termasuk terorisme balas, pencegahan ekstremisme dan keganasan siber |
Mark Field (Suspended) | Menteri Negara untuk Asia dan Pacific (Unpaid) | Asia (except Central Asia); Australasia dan Lingkungan Pasifik; komunikasi, diplomasi awam dan pemberian biasiswa; British Council; diplomasi ekonomi; ministerial oversight of FCO Services; Foreign & Komanwel Office representative for Prosperity Fund Ministerial Board |
Harriett Baldwin MP | Menteri Negara untuk Africa | Africa; consular policy; international crime. |
Pada 16 Jun 2020, Boris Johnson mengumumkan penggabungan pejabat ini dengan Jabatan Pembangunan Antarabangsa[4] berikutan rombakan kabinet dibuat tahun 2020[5] yang bakal berkuatkuasa September tahun sama;[6] langkah ini dinyatakan agar melicinkan agihan bantuan "seiring kepentingan UK di luar negara"[7] Tindakan tersebut ditegah tiga perdana menteri menjawat sebelumnya – Gordon Brown, Tony Blair dan David Cameron.[8]