Panel suria (juga dikenali sebagai modul atau panel fotovoltan) menyerap cahaya matahari sebagai sumber tenaga bagi menghasilkan tenaga elektrik atau haba. Ia digunakan sebagai sebuah komponen dalam sebuah sistem fotovolta yang lebih besar bagi menjana tenaga elektrik untuk kegunaan komersial dan kediaman.

Thumb
Satu modul fotovoltan di Stesen Angkasa Antarabangsa.
Thumb
Panel-panel suria yang dipasang di atas atap rumah

Sebuah modul fotovoltan terdiri daripada sel suria yang dibungkus dan dihimpunan dalam set 6x10. Pengembangan terbaru Panel Suria Portable Modul ini merupakan suatu tatasusunan sistem fotovoltan yang menghasilkan serta membekalkan elektrik suria untuk tujuan komersial dan domestik. Setiap modul ini dinilai berdasarkan kuasa keluaran arus terusnya di bawah keadaan ujian piawai (standard test conditions, STC) yang berada di antara 100 dan 365 watt (W).


Kecekapan sesebuah modul menentukan kawasan modul dengan nilai output yang sama – modul 230 W berkecekapan 8%  akan menggunakan keluasan sebanyak dua kali yang dipakai modul sama watt dengan kecekapan 16%. Ada beberapa modul suria komersial yang tersedia melebihi kecekapan 22%,[1] bahkan dilaporkan juga melebihi 24%.[2][3] Satu modul suria hanya boleh menghasilkan sejumlah kuasa yang terhad; kebanyakan pemasangan modul melibatkan beberapa modul. Sebuah sistem umum biasanya merangkumi pelbagai jenis model umum, inverter, satu pek bateri untuk tujuan penyimpanan, wayar sambungan, dan mekanisme pengesan matahari pilihan.

Panel-panel ini paling biasa digunakan dalam sistem pemanasan air dalam rumah,[4] namun pemakaian di luar grid (untuk panel-panel suria di kapal angkasa, misalnya) juga dibolehkan.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.