Kupu-kupu sayap burung,[lower-alpha 1] turut disebut kupu-kupu bersayap burung,[2] ialah kupu-kupu dalam keluarga si ekor lelayang yang tergolong dalam genus Trogonoptera, Troides dan Ornithoptera. Kebanyakan pakar kini mengiktiraf 36 spesies, namun masih dipertikai dan beberapa pakar pula memasukkan genus tambahan. Si sayap burung dinamakan sempena ukuran luar biasa, sayap berbucu-bucu dan penerbangan bak burungnya. Ia dijumpai di seluruh Asia tropika, tanah besar dan kepulauan Asia Tenggara, dan Australasia.

Fakta Segera Si sayap burung, Pengelasan saintifik ...
Si sayap burung
Thumb
Wakil jantan (kiri) dan betina (kanan) bagi Trogonoptera (atas), Troides (tengah), dan Ornithoptera (bawah)
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Arthropoda
Kelas: Insecta
Order: Lepidoptera
Keluarga: Papilionidae
Subkeluarga: Papilioninae
Tribus: Troidini
Genus
  • Trogonoptera Rippon, 1890
  • Troides Hübner, 1819
  • Ornithoptera Boisduval, 1832
Tutup

Terkandung dalam si sayap burung ini ialah beberapa kupu-kupu terbesar di dunia: yang terbesar, sayap burung Ratu Alexandra; kedua terbesar, sayap burung Goliath; kupu-kupu terbesar yang endemik di Australia, sayap burung Cairns; dan kupu-kupu terbesar di India, sayap burung selatan. Satu lagi spesies terkenal ialah sayap burung Rajah Brooke, suatu spesies yang amat menarik dinamakan sempena Tuan James Brooke, Rajah Putih Sarawak pada abad ke-19.

Ia amat popular di kalangan pengutip kupu-kupu disebabkan saiznya dan warna si jantan yang terang, namun semua kupu-kupu ini sekarang disenaraikan oleh CITES,[3] dengan itu mengehadkan eksport antarabangsanya (dan dalam kes O. alexandrae diharamkan sama sekali).

Taburan

Si sayap burung umumnya dijumpai dari Asia Tenggara hingga ke utara Australasia. Trogonoptera brookiana mendiami Semenanjung Thai-Melayu, Borneo, Natuna, Sumatera dan beberapa pulau-pulau sekitar.[4][5] Trogonoptera trojana pula endemik di Palawan di Filipina. Spesies Troides bertaburan luas merentasi alam Indomalaya,[6] namun boleh dijumpai sejauh timur New Guinea bagi Troides oblongomaculatus. Beberapa spesies boleh ditemukan sejauh barat India dan merupakan si sayap burung yang bertaburan paling barat. Kesemua spesies Ornithoptera dijumpai di belahan utara alam Australasia, timur garis Weber; Maluku, New Guinea, Kepulauan Solomon dan barat laut Australia.[7] Pesisihnya ialah Ornithoptera richmondia yang boleh ditemukan di sejauh timur laut New South Wales, Australia di kawasan paling selatan julatnya; taburan paling selatan bagi semua si sayap burung.[perlu rujukan]

Taksonomi

Genus dan spesies

genus: Troides

subgenus: Ripponia
  • Troides hypolitus – sayap burung Rippon
subgenus: Troides
kumpulan spesies: Troides aeacus
  • Troides aeacus – sayap burung keemasan
  • Troides dohertyi – sayap burung hitam Talaud
  • Troides magellanus – sayap burung Magellan
  • Troides minos – sayap burung selatan
  • Troides plateni – sayap burung Dr. Platen
  • Troides prattorum – sayap burung pendaropal Buru
  • Troides rhadamantus – sayap burung keemasan
kumpulan spesies: Troides amphrysus
  • Troides amphrysus – sayap burung Melayu
  • Troides andromache – sayap burung Borneo
  • Troides cuneifera
  • Troides miranda – sayap burung Miranda
kumpulan spesies: Troides haliphron
  • Troides criton – sayap burung Criton
  • Troides darsius – sayap burung Sri Lanka
  • Troides haliphron – sayap burung halifron
  • Troides plato – sayap burung perak
  • Troides riedeli – sayap burung Riedel
  • Troides staudingeri
  • Troides vandepolli – sayap burung van de Poll
kumpulan spesies: Troides helena
  • Troides helena – sayap burung biasa
  • Troides oblongomaculatus – sayap burung titik bujur

genus: Trogonoptera

genus: Ornithoptera

subgenus: Aetheoptera
  • Ornithoptera victoriae – sayap burung Ratu Victoria
subgenus: Ornithoptera
  • Ornithoptera aesacus – sayap burung Obi
  • Ornithoptera croesus – sayap burung keemasan Wallace
  • Ornithoptera euphorion – sayap burung Cairns
  • Ornithoptera priamus – sayap burung hijau biasa
  • Ornithoptera richmondia – sayap burung Richmond
subgenus: Schoenbergia
  • Ornithoptera chimaera – sayap burung khimaira
  • Ornithoptera goliath – sayap burung Goliath
  • Ornithoptera meridionalis – sayap burung berekor selatan
  • Ornithoptera paradisea – sayap burung syurga
  • Ornithoptera rothschildi – sayap burung Rothschild
  • Ornithoptera tithonus – sayap burung Tithonus
subgenus: Straatmana
  • Ornithoptera alexandrae – sayap burung Ratu Alexandra

Kacukan semula jadi

  • Troides prattorum × Troides oblongomaculatus bouruensisTroides mixtum
  • Ornithoptera rothschildi × Ornithoptera priamus poseidonOrnithoptera akakeae
  • Ornithoptera victoriae × Ornithoptera priamus urvillianusOrnithoptera allotei

Catatan

  1. Inggeris: birdwing butterfly; turut disebut sebagai kupu sayap burung[1]

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.