Orang Tibet

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Orang Tibet (skrip Tibet: བོད་པ།་; Wylie: Bodpa; Bahasa Cina: 藏族; pinyin: Zàng Zú) merupakan sebuah kelompok etnik yang berasal dari Tibet yang sebahagian besarnya terletak di Republik Rakyat China. Dengan sejumlah 5.4 juta orang, mereka ialah kelompok etnik ke-10 terbesar di negara tersebut. Kelompok minoriti Tibet turut terdapat di negara-negara India, Nepal, dan Bhutan.

Fakta Segera Jumlah penduduk, Kawasan ramai penduduk ...

Orang Tibet bertutur dalam bahasa Tibet yang tergolong dalam rumpun bahasa Sino-Tibet dan terdiri daripada pelbagai loghat yang sukar saling difahami. Mengikut tradisi atau mitos asal-usul orang Tibet, mereka diturunkan daripada monyet Pha Trelgen Changchup Sempa dan raksasa batu Ma Drag Sinmo. Kebanyakan orang Tibet menganut agama Buddha Tibet, bahkan juga ada yang menganut agama pribumi iaitu Bön dan lain-lain seperti Islam. Agama Buddha Tibet mempengaruhi seni, drama, dan seni bina Tibet, sementara muka bumi Tibet yang teruk melahirkan buday perubatan dan masakan yang adaptif.

Remove ads

Rujukan

  • Public Domain Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awam: Chisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. Missing or empty |title= (bantuan)
  • Goldstein, Melvyn C., "Study of the Family structure in Tibet", Natural History, March 1987, 109-112 ( on the Internet Archive).
  • Stein, R.A. (1972). Tibetan Civilization. J.E. Stapleton Driver (trans.). Stanford University Press. ISBN 0-8047-0901-7 (paper); ISBN 0-8047-0806-1.
  • Su, Bing, et al. "Y chromosome haplotypes reveal prehistorical migrations to the Himalayas". Human Genetics 107, 2000: 582590.


Remove ads
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads