From Wikipedia, the free encyclopedia
Orang Nias merupakan sebuah suku kaum yang asli di Nias, sebuah pulau di pesisir Sumatra Utara, Indonesia. Dalam bahasa Nias, mereka dipanggil sebagai Ono Niha, secara harafiahnya bererti "keturunan manusia". Di samping itu, pulau Nias dipanggil sebagai Tanö Niha; Tanö bererti "tanah".
Jumlah penduduk | |
---|---|
1,041,925 (bancian 2010)[1] | |
Kawasan ramai penduduk | |
Indonesia (Nias) | |
Bahasa | |
Bahasa Nias, Bahasa Indonesia | |
Agama | |
Protestan (utama) 73%,[2] Katolik Rom 20%, Islam, Animisme | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Batak, Mentawai |
Suku Nias merupakan komuniti yang kekal hidup dalam norma dan amalan budaya peribumi mereka. Hukum-hukum adat orang Nias dipanggul sebagai fondrakö, dan merangkumi aspek-aspek kehidupan lazim daripada kelahiran hingga kematian.[3] Bukit-bukti struktur ukiran batu dan di kawasan pulau dan struktur megalit membuktikan suku ini mengamalkan budaya megalit. Sistem kasta juga wujud dalam budaya Nias;[4] budaya Nias memiliki 12 taraf kasta dengan kasta tertinggi ialah kasta Balugu.[5] Untuk mencapai taraf ini, seseorang mesti berupaya menganjurkan upacara-upacara besar seperti mengalu-alukan ribuan orang serta menyembelih ribuan ekor khinzir dalam beberapa hari.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.