masyarakat tersusun diperintah suatu badan politik From Wikipedia, the free encyclopedia
Rencana ini mengenai penglihatan konsep negara dari aspek politik. Untuk aspek lain, silalah pilih daripada rencana Negara.
Siri Politik |
---|
|
Subsiri Politik |
|
Negara ialah satu komuniti politik tersusun yang menakluki sesuatu kawasan dan mempunyai kedaulatan luaran dan dalaman yang boleh menguatkuasakan monopoli terhadap penggunaan kekerasan yang difikirkan wajar.[1]
Tidak diperlukan sesebuah negara mempunyai satu kerajaan yang tersusun. Dalam sejarah sendiri terdapat banyak kisah negara yang mempunyai kelompok-kelompok puak yang mempertikaikan kerajaan seperti Republik China pada tahun 1912, akan tetapi negara berkenaan tidak pula berhenti kewujudannya. Maka, sebuah kerajaan tidak diperlukan untuk pembentukan satu negara, asalkan kewujudannya diiktiraf komuniti dunia. Pengiktirafan ini juga memberikan sesebuah negara hak untuk memasuki perjanjian dengan negara lain pada peringkat antarabangsa. Walaupun kewujudan satu kerajaan tidak perlu untuk negara, negara tetap memerlukan kerajaan untuk mengawal hal ehwal dalamannya.
Perkataan negara dalam maksud terkini biasanya merujuk kepada konsep yang lahir hasil Perdamaian Westfalen pada tahun 1648 yang memperkenalkan konsep moden "negara bangsa" (nation-state, seperti pada Melaka dan Turki Uthmaniyah) berbanding "negara empayar" (empire-state, seperti pada Malaysia dan Turki). Negara daripada aspek politik state biasanya digunakan dalam bidang sains politik.[2]
Max Weber dalam buku Politik als Beruf ("Politik sebagai vokasi", 1918) memberi definisi Negara yang paling kerap digunakan dalam teori-teori politik masa kini. Mengikut Weber, "Setiap negara wujud hasil penggunaan kekerasan [...] Jika tiadanya institusi sosial ganas wujud, konsep 'negara' tidak membawa maksud dan satu keadaan yang diberi nama 'anarki' akan timbul. Maka, negara adalah "satu komuniti manusia yang dengan jayanya mendapat pengiktirafan penggunaan kekerasan dalam satu kawasan." Dalam definisi ini dia mencerminkan pendapat ahli falsafah Thomas Hobbes yang mengatakan penguatkuasaan Leviathan akan mencegah kematian yang ganas. Weber: "Negara adalah satu-satunya sumber 'hak' menggunakan kekerasan".[3][4][5][6][7]
Definisi yang diberi Weber adalah penting kerana beliau memperkenalkan usul suatu negara sebagai satu-satunya bentuk penggunaan kuasa yang sah. Dalam maksud itu, kuasa, yang berlawanan dengan umpamanya keganasan, organisasi, penagihan dan atribusi lainan adalah konsep penting yang dikaitkan dengan negara dalam politik sains terkini.[8]
Dalam pada itu, sesetengah cendakiawan juga berbeza pendapat menghujahkan kuasa negara. Errico Malatesta, seorang anarkis terkenal, menulis "Ahli anarki secara amnya menggunakan perkataan "Negara" untuk merujuk kesemua institusi politik, perundangan, kehakiman, ketenteraan, kewangan dll. yang dikawal sendirinya dan ditadbir oleh kelakuan sendiri sesetengah individu tertentu dan mempunyai kepercayaan ramai untuk menjaga keselamatan mereka, dan perlaksaan ini, secara terangan atau tersembunyi, memaksa orang ramai menghormatinya dengan itu menggunakan penguatkuasaan kolektif komuniti ke arah ini"
Lainnya mengkritik atribusi lain negara moden seperti autonomi atau kedaulatan. Dalam teori satu negara adalah entiti yang mempunyai autonomi luas dalam hal ehwal ekonomi dan sosial dalamannya dan bebas daripada pengaruh negara dan kuasa lain. Akan tetapi beberapa komentar kini mengatakan bahawa kita kian kehilangan keadaan ini dalam sistem antarabangsa dan merujuk kepada perubahan sifat ekonomi, budaya, politik dan teknologi seperdi fenomena globalisasi dan kewujudan entiti-entiti supranasional seperti Kesatuan Eropah. Lihat Kenichi Omahe, The end of the nation state, 1996).
Dalam Bahasa Inggeris perkataan "state" berasal daripada konsep state atau takhta zaman silam dimana head of state (ketua negara) secara biasanya seorang raja, akan bersantai.[9] Dengan proses metonimi, perkataan state merujuk kepada raja berkenaan dan kuasa yang dimilikinya, miskipun penggunaan pertama tidak lagi digunapakai. Satu bentuk sama adalah konsep kebolehan bangunan kerajaan mempunyai kebolehan mempunyai kuasa, seperti "The White House today released a statement..." ("Rumah Putih pada hari ini mengeluarkan satu kenyataan akhbar...")
Pembentukan sesebah negara berkait rapat dengan kenaikan sesuatu tamadun. Pada zaman silam, manusia telah mengamalkan kehidupan secara nomad, iaitu sistem pindah tempat tinggal mengikut pemburuan yang dilakukan untuk mendapatkan makanan. Cara hidup itu bertukar pada sekitar tahun 9000 SM apabila kaedah-kaedah pertanian dan pembajakan tanah mula dicipta. Pengamalan kaedah-kaedah ini memerlukan manusia menetap di tanah yang diusahakan seumur hidup mereka. Dengan ini, perkara mengenai kawalan terhadap tanah buat pertama kalinya menjadi isu. Sebagai balasan terhadap perkembangan ini, pelbagai jenis hak memiliki tanah diperkenalkan, dengan manusia menuntut jenis milikan berlainan terhadap tanah beberapa kawasan. Ketidaksetujuan dan pertikaian mengenai sifat dan takat pemilikan tanah diantara mereka menjadi punca keganasan dan peperangan yang pertama.
Dalam sesetengah tempat di dunia seperti Mesopotamia dan lembah sungai Nil, faktor keadaan semulajadi seperti kesuburan sesetengah tanah berbanding yang lain menyebabkan berlakunya konsentrasi milikan tanah dengan sesetengah orang tertentu sahaja dengan yang lainnya hanya mengusahakan tanah berkenaan. Kawalan terhadap ini juga bermaksud kawalan keatas orang yang hidupnya bergantung kepada tanah berkenaan. Hatta, negara-negara primatif pertama mula wujud. Negara-negara ini secara lazimnya mengamalkan pemerintahan kuku besi dan tidak stabil, dengan para pemerintahnya berkuasa mutlak terhadap rakyat mereka sehingga pemerintah lain menggantikan mereka. Dengan tiadanya undang-undang dan kemudahan infrastruktur, dan kuasa diamalkan secara ikut suka sendirinya, sesetengah ahli teori politik dan sejarahwan tidak menggangap negara-negara awal ini sebagai negara yang tulen dalam erti sebenar negara; kadang-kala mereka dirujuk sebagai proto-negara.
Antara undang-undang terawal yang ditemui seperti Kod Hammurabi, dikatakan telah diamalkan pada kira-kira 1700 SM. Pada masa inilah konsep undang-undang iaitu salah satu ciri negara moden, mula menjelma. Namun, para pemerintah Timur Tengah Silam mempunyai tradisi lama memegang kuasa mutlak dan menuntuk status tuhan-negara (lihat despotisme Hidraulik). Maka, undang-undang membataskan kuasa para raja-raja tidak berkembang dalam kawasan itu.
Negara-negara kota (juga: polis) merupakan badan berupa negara yang pertama ditubuhkan pada zaman Yunani Purba di mana kuasa ditetapkan secara jelas dalam undang-undang, meskipun undang-undang berkenaan pentadbiran kota-kota ini masih boleh dipinda secara mudah. Idea demokrasi juga wujud di Athens kuno. (Lihat demokrasi Athens)
Ramai institusi kenegaraan moden (terutamanya di Eropah Barat dan kawasan yang pernah dijajah empayar Eropah Barat) boleh dikesan permulaan mereka ke Rom kuno, yang mewaris pemerintahan para orang Yunani dan memperbaikinya lagi (dengan khususnya aturan undang-undang, meskipun tidak lengkap). Akan tetapi, Republik Rom menjadi Empayar Rom pula.
Kejatuhan Empayar Rom di barat dan pemindahan penduduk secara ramai-ramai menukar karekter politik Eropah. Para "barbarian", iaitu kerajaan bukan Rom dan cheiftain yang berlaku selepasnya bersifat ephemeral dan sementara, tidak melambangkan pemerintahan negara yang moden. Kerajaan Charlemagne juga tidak stabil tampanya tradisi primogeniturnya menjadi tiga kerajaan kecil dengan termeterainya Perjanjian Verdun pada tahun 843. Kerajaan-kerajaan ini dianggap lebih sebagai pajakan tanah berbanding kerajaan sebenar oleh para raja yang memerintah mereka. Sekali lagi dalam sejarah Eropah, negara hanya menjadi milikan peribadi sesorang individu, meskipun pada masa yang sama di Timur, negara empayar yang hebat seperti China telah muncul.
Ketiadaan pengganti yang benar kepada Empayar Rom di Barat Eropah mewujudkan keadaan vakum kuasa. Kerajaan-kerajaan di Eropah Barat menghadapi ancaman daripada pejuang Islam di selatan, serta penghijrahan beramai-ramai penduduk daripada Eropah Timur ke kawasan mereka dan tekanan daripada Viking di utara. Pada masa yang sama kerajaan-kerajaan Eropah berperang sesama sendiri. Zaman Gelap Eropah telah pun berlangsung.
Reaksi terhadap keadaan ini adalah penyatuan semua kerajaan-kerajaan Eropah dibawah satu perikatan yang diketuai Gereja Roman Katolik, keadaan yang tidak pernah berlaku meskipun semasa pemerintahan Empayar Rom sendiri sebelum itu. Sistem ini mewujudkan beberapa institusi-institusi feudal yang meregulasi konflik dalam dan memberikan Eropah Barat keupayaan untuk menahan tekanan luaran meskipun tiada keadaan kesatuan sebagaimana negara yang moden.
Sistem ini berkesan diluar Eropah dengan bentuk Perang Salib semasa Zaman Gelap terus berlangsung. Pada tahun 1302, Paus Boniface VIII berkata bahawa kuasa-kuasa politik dunia Kristian melakukan "mengikut kehendak paderi". Ini merendahkan kuasa raja-raja yang diwajibkan memberi ketaatan mereka yang tertinggi kepada Paus.
Empayar Suci Rom yang merupakan salah satu daripada kuasa besar zaman gelap, merupakan saingan kepada kuasa Paus dibawah Maharaja Suci Rom Frederick Barbarossa yang menawan Itali untuk menekankan tuntutannya terhadap kuasa pada pertengahan abad ke-12. Kekurangkan kuasa Paus adalah satu tema utama Zaman Gelap; dengan Skisma Barat di abad ke 14 selepasnya, iaitu satu pertikaian fasal perlantikan Paus pengganti, dieksploitasi oleh para sekularis yang bergiat aktif pada masa itu dan ia menambah kepada kuasa mereka yang semakin berkembang. Ketimbulan pajakan tanah yang luas seperti Perancis dan Castile mewujudkan kembali konsep negara moden.
Perubahan bentuk kerajaan ke bentuk lebih sekular menjadi sebahagian besar kontroversi di Zaman Moden Awal Eropah. Dinasti-dinasi kerajaan Eropah tidak mengambil kuasa secara dramatik pada permulaan abad ke-16, dan tambahan pula, ancaman luar telah beransur-ansur menghilang. Reformasi Protestan memberi impak yang kuat terhadap struktur politik Eropah kerana keadaan ini tidak sahaja mengancam kedudukan agama dalam politik, tetapi juga institusi-institusi feudalisme yang wujud sejak kian lama. Konflik-konflik ganas yang wujud selepasnya menggabungkan agama dan politik dan memperlihatkan pihak yang menyokong kuasa Paus (dan Maharaja Suci Rom di negara Jerman) melawan pihak yang menyokong institusi sekular dan hak kedaulatan mereka membuat keputusan-keputusan dalam negeri, terutama apabila keputusan itu melibatkan agama, antara kedua-dua belah mazhab Katolik dan Protestan.
Konflik-konflik ini memuncak dengan Perang Tiga Puluh Tahun pada abad ke-17. Pada tahun 1648, kuasa-kuasa Eropah menandatangani Perjanjian Westfalen yang mengakhiri keganasan agama yang wujud disebabkan niat politik tersembunyi dan kuasa politik Gereja dihampuskan, meskipun agama tetap memainkan peranan penting dalam ideologi anugerah Tuhan kepada Raja. Prinsip "cuius regio, eius religio" yang dimeterai di Westfalen dan sebelumnya di Perjanjian Augsburg merupakan asas kepada prinsip tidak campur tangan antara negara dan evolusi negara moden. Di Jerman, pejabat Maharaja Suci Rom dimansuhkan.
Negara terus berkembang apabila para pemerintah membawa bangsawan dan bandar bebas dibawah pemerintahan efektif mereka dan megumpulkan kekayaan dan prestij yang besar. Pegawai kerajaan yang semakin banyak dipanggil birokrasi sempena perlaksanaan Idea Republikan.
Selepas kira-kira seratus tahun Triti Westphalia dimeterai, negara dalam bentuknya yang moden menjadi melalui Revolusi Perancis. "Tuntutan rakyat" menjadi laungan dan Napoleon dan Grande Armee (Tentera Besar) Perancis melakukan perang disekitar Eropah. Kesemua kawasan yang ditawan membubarkan organisasi negeri lama dan bertukar menjadi negara moden seperti yang kita kenali pada hari ini, iaitu negara bangsa. Negara bangsa ini menjadi entiti politik yang paling dominan diseluruh dunia semenjak itu, akan tetapi pelbagai jenis ideologi mengawal pentadbiran negara-negara ini pada abad ke-19 dan abad ke-20. Organisasi luaran dan dalaman negara ini juga dikawal ideologi-ideologi ini. Lihat sistem politik dan sistem ekonomi.
Kriteria untuk kenegaraan tidak ketara. Selalunya keadaan politik melepasi definasi undang-undang. Tetapi, satu dokumen yang definasinya sering digunakan adalah Konvensyen Montevideo daripada tahun 1933, dengan artikel utama mengatakan:
Juga di artikel 3 adalah ketara bahawa kenegaraan adalah bebas daripada pengiktirafan negara lain. Inilah teori pengistiharan kenegaraan. Walaupun Konvensyen Montevideo merupakan perjanjian kawasan benua Amerika dan tidak mempunyai penguatkuasaan undang-undang di luar benua berkenaan, sesetengah orang melihatnya sebagai kenyataan tepat adat undang-undang antarabangsa.
Pada belah yang satu lagi pula, artikel 3 diserang para pemikir yang mendukung teori konstruktif kenegaraan, di mana satu negara hanya wujud jika ia diiktiraf negara-negara lain. Satu contoh dalam amalan adalah ketika kerajaan Somalia runtuh pada tahun 1990an, konvensyen Montevideo akan menakrifkannya sebagai tidak lagi wujud dan pengistiharan republik Somaliland selepasnya akan dapat pengiktirafan sah negara. Tetapi republik ini tidak iiktiraf negara lain dan satu sebab ini adalah harga integriti wilayah di persada antarabangsa. Pengiktirafan kerajaan tidak sama dengan pengiktirafan negara. Negara-negara lain tidak pernah berhenti mengiktiraf Somalia tetapi sebaliknya memilih untuk mengiktiraf dua negara berlainan, Somalia dan Eritrea.
Artikel 1 konvensyen juga diserang oleh mereka yang berpendapat bahawa ia gagal mengambil kira situasi kompleks pendudukan tentera, pemberian wilayah, dan kerajaan yang dibuang negara. Richard W. Hartzell adalah seseorang yang berpendapat sedemikian dengan mengatakan bahawa keempat kriteria diatas harus dikembangkan kepada sembilan. Lihat Konvensyen Montevideo dan Pendudukan Tentera Diarkibkan 2006-05-28 di Wayback Machine.
Dilihat daripada sudut negara individu, ia boleh dikatakan sebagai satu pemusatan organisasi. Mereka yang menkaji dari sudut ini menekankan hubungan antara satu negara dengan rakyatnya. Ahli falsafah politik Thomas Hobbes mengemukakan argumentasi bahawa untuk menggelakkan peperangan diantara pelbagai pihak, kita memerlukan satu "Leviathan", satu pemusatan kuasa dan organisasi dalam satu negara. Akan tetapi, ramai institusi yang dipanggil "negara" tidak mencapai definasi ini. Sebagai contoh, di negara-negara seperti Somalia, Iraq, Afghanistan dan Republik Demokratik Congo, peperangan saudara yang sering berlaku di dalam mereka ini dengan satunya dipanggi "kerajaan pusat" lebih ganas daripada apa yang berlaku sebelum pembentukan sesuatu negara. Kes-kes sebegini dirujuk sebagai "negara gagal".
Sesetengah negara lagi pula mempunyai kuasa yang besar terhadap rakyat mereka, keadaan yang dipanggil totalitarianisme dengan kes pembunuhan beramai-ramai rakyatnya sendiri pun ada (contoh:Pol-Pot di Kemboja). Negara-negara ini dipanggi "negara-negara pemburu" (Benjamin Polak dan Boaz Moselle (2001), Model Satu Negara Pemburu (A Model of a Predatory State), Journal of Law, Economics and Organisation. pp. 1-33)
Daripada segi ekonomi, satu sifat dasar negara moden adalah regulasi hak milik tanah, pelaburan, perdagangan dan pasaran komoditi (dalam hal-hal makanan, minyak, dll.) dengan menggunakan mata wangnya sendiri. Walaupun ramai negara memberi kuasa ini atas kehendak sendiri kepada blok-blok perdagangan seperti Perjanjian Perdagangan Bebas Benua Amerika Utara dan Kesatuan Eropah ia sentiasa menjadi langkah yang menimbulkan kontroversi dan membuka persoalan sama adalah blok-blok ini sebenarnya merupakan negara-negara yang lebih besar. Kajian ekonomi politik yang berevolusi menjadi kajian ekonomi secara sendirinya dalam zaman moden, menjawab persoalan sebegini dengan lebih mendalam.
Tetapi, walaupun negara dipengaruhi dalam membuat keputusan dan tidak lagi mempunyai pentadbiran mutlak dalam hal-ehwal dalaman, hakikatnya mereka lebih kuat dalam konteks hubungan antarabangsa daripada subdivisi lebih rendah seperti negeri. Tetapi, anjakan sekarang adalah berhaluan ke pemerintahan supernegara dan keadaan ini kelihatan akan terus berlaku. Ramai pada zaman kini, terutama yang mendukung teori konstutisif undang-undang antarabangsa melihat konsep kedaulatan sebagai ketinggalan zaman dan negara hanyalah subdivisi utama dunia. Lihat kerajaan dunia.
Falsafah politik yang berbeza mempunyai pendapat berbeza mengenai negara sebagai satu organsisasi domestik. Dalam era yang moden ini, falsafah-falsafah ini berkembang serentak dengan kapitalisme, yang secara kebetulan bertembung dengan kewujudan semula negara sebagai sektor masyarakat yang berpusat dan berasingan. Ahli falsafah seperti Thomas Hobbes, John Locke dan Jean-Jacques Rousseau mengaji isu-isu berkenaan peranan sebenar negara. Para ahli falsafah terkini seperti John Rawls dan Robert Nozick lebih berminat dengan keadilan yang dibahagikan dan moral menggunakan kuasa politik.
Terdapat empat teori mengenai asas dan justifikasi negara, iaitu:
Keempat-empat teori ini boleh membawa kesemua pendapat politik yang wujud. Dalam pengamalan pula, kebanyakan orang dan falsafah politik menerima kombinasi dua atau lebih keempat-empat teori diatas, dengan megemukakan argumentasi bahawa negara lain mempunyai pengasas lain. Teori konfik pula adalah penggunaan teori yang tidak dipersetujui dengan teori yang dipersetujui untuk membandingkan negara yang sah daripada negara yang tidak sah.
Sesetengah falsafah yang paling besar mengenai negara adalah: kontrakarianisme, liberalisme, Marxisme, konservatisme dan anarkisme.
Kontrakarianisme berdasarkan teori kontrak sosial. Ia juga merupakan satu-satunya falsafah besar negara yang tidak termasuk mana-mana ideologi politik disebabkan pelbagai ideologi politik telah memasukkannya sebagai sebahagian daripada mereka sendiri. Kontrakarianisme adalah asas demokrasi moden dan juga pelbagai jenis sosialisme dan sesetengah jenis liberalisme. Dalam pemikiran kontrakarianisme, negara harus melakukan mengikut kehendak umum, iaitu kehendak seluruh masyarakat dan cuba mengharmonikan ia dengan kehendak individu. Negara memberikan barangan awam dan pelbagai jenis lagi barangan yang dipergunakan seharian dan mengelakkan individu daripada masalah menggunakan sesuka hati dengan memaksa mereka membayar cukai.
Liberalisme dalam maksud klasik adalah berdasarkan teori hak semulajadi. Dalam maksud ini, sesetengah ataupun semua "hak" wujud secara semulajadi dan tidak diwujudkan negara. Sebagai contoh, John Locke percaya bahawa hak milikan tanah individu wujud sebelum pembentukan sesuatu negara dan tujuan utama negara adalah untuk menjaga hak ini. Secara sejarahnya, para ahli liberal menekankan apa yang negara tidak patut melakukan daripada apa yang negara patut melakukan. Falsafah liberal mengenai negara adalah apa-apa kuasa yang dimiliki negara harus dibawah hak semulajadi yang wujud secara bebas daripada minda manusia dan lebih berkuasa daripada apa-apa kontrak sosial. Akan tetapi, terdapat pertikaian diantara ahli falsafah liberal tentang apa sebenarnya merupakan hak ini. Pengkritik pula mengatakan bahawa hak-hak ini tidak wujud langsung, kerana tidak dapat diperhatikan dalam alam semulajadi.
Pada sebelah lainnya pula, terdapat juga para ahli falsafah liberal yang menerima teori kontrak. Dalam kebanyakan kes, mereka merupakan ahli politik bersayap kiri liberalisme, dengan nama panggilan ahli liberal sosial (ahli falsafah liberal "Perjanjian Baru" (New Deal); lihat Liberalisme Amerika) dan mahukan konsep negara kebajikan, berbeza dengan para libertarianis yang mahukan negara "minima". Kenaikan dominasi koperat keatas masyarakat dalam abad ke-20 menjadi elemen baru dalam apa yang dipercayai semua tentang apa yang negara harus lakukan untuk melindungi hak awam.
Falsafah Marxisme mengenai negara adalah berdasarkan teori konflik - secara spesifiknya idea konflik kelas. Dalam maksud ini, peranan utama negara dalam pengamalan adalah untuk menguatkuasakan sistem kini dimana harta dan tanah dibahagikan secara tidak saksama, dan pengawalan oleh kelas tertentu termasuk pengambilan kesempatan. Negara juga menjadi agen tengah dalam pelbagai jenis konflik sosial, dan menjadi sumber keadaan infrustruktur sosial untuk masyarakat keseluruhannya. Dalam sistem feudalisme umpamanya, para bangsawan mengunakan kekuatan ketenteraannya sendiri untuk mengeksploitasi vassal mereka. Dibawah kapitalisme pula, penggunaan kuasa dipusatkan dibawah satu organsisasi khas yang melindungi monopoli kelas kapitalis keatas sumber alam, dan memberikan eksploitasi keatas mereka yang tidak mempunyainya. Dalam teori Marxis moden, dominasi kelas juga boleh bercanggah dengan beberapa dominasi lain seperti patriarki dan etnik.
Tambahan pula dalam teori Marxis, para kelas dan semua jenis pengambilan kesempatan perlu dimusnahkan dengan menubuhkan sistem sosialis dengan diikuti sistem komunis. Tujuan terakhir komunisme adalah satu masyarakat yang tidak berklas, tidak mempunyai tanah dan tidak bernegara iaitu keadaan sama rata; akan tetapi, sosialisme masih mengekalkan hak milikan tanah peribadi sebagai sesuatu yang demokratik. Maka, Marxisme menentang konsep negara berdasarkan teori konflik tetapi tidak mahu memansuhkan negara secara terus. Maka terdapat sedikit pertindanan antara Marxisme dengan kontrakarianisme: negara sosialis yang para Marxis mahukan dalam rancangan jangka pendek mereka adalah berdasarkan satu kontrak sosial. Negara ini kemudiannya haruslah berunsur-unsur "hilang" semasa demokrasi terus mengambil-alih demorasi perwakilan. Selepas prosesnya selesai, orde baru komunis telah dicapai dan negara tidak wujud secara berasingan daripada rakyatnya.
Dalam pemikiran konservatif yang berdasarkan kuasa besar semulajadi, struktur kini dimana tradisi dan hierarki klas, patriaki, dominasi etnik, etc.) dilihat sebagai membawa kebaikan kepada semua. Pendek kata, ia berasaskan idea bahawa pengamalan perkara tradisi adalah baik dan seharusnya dikekalkan. Maka, para ahli konservatif menerima sesetengah idea daripada liberalisme dan Marxisme, tetapi melihatnya dalam konteks berbeza: negara memaksa rakyat menerima kelas dan pelbagai dominasi lainnya, tetapi ini dilihat sebagai perlu demi kebaikan mereka. Kepercayaan ini berdasarkan bahawa keadaan ini terbukti berjaya secara dahulu lagi. Tambahan pula, sebagaimana para liberalis, negara telah sekian lama wujud dan "semulajadi". Ramai para ahli falsafah konservatif mengeluarkan kenyataan bersetuju dengan teori hak semulajadi, terutama dalam dekad-dekad kebelakangan ini.
Dalam pemikiran anarki pula, negara adalah sesuatu yang tidak lain daripada segmen yang membawa ekploitasi keatas masyarakat. Dengan menolak sama sekali teori Hobbes yang mengatakan bahawa hanyalah negara boleh menghalang keganasan, mereka mengemukakan argumentasi bahawa sebenarnya kuasa negaralah yang menyebabkan keganasan. Inilah teori konflik tentang kewujudan negara. Mereka menganggap bahawa jika orang ramai boleh melaksanakan satu cara untuk berkerjasama secara aman dan mengeluarkan kreativiti individu, negara dan penyekatannya terhadap kebebasan individu akan dihampuskan. Masalahnya dengan ini adalah "apakah" cara yang membolehkan keadaan ini wujud. Berlainan dengan perspektif para Marxis, negara adalah sesuatu yang tidak perlu, berbanding perlu dalam revolusi konflik antara klas.
Satu cara berguna untuk memahami debat-debat terkini dalam sains politik adalah mengikuti kata Stephen Krasner (1984). Mengikut katanya, para saintis politik selalunya mengaji empat konsep negara, iaitu:
Pendekatan-pendekatan ini menekankan pelbagai fungsi berlainan dan atribusi negara dan hatta, memberikan pelbagai penjelasan untuk hasil politik. Walau bagaimanapun, pada hakikat amnya, sains politik kontemporari mengaji negara sebagai masalah pemerintahan kuasa dan bukan masalah pembahagiannya (pluralisme). Cara paling baik untuk mengaji negara adalah melalui institusinya, yang menjadi amalan majoriti saintis politik. (institusisme, institisisme bersejarah, institusisme baru). ((Peter Evans, Theda Skocpol, Dietrich Rueschemeyer, eds., Bringing the State Back in, Cambridge University Press, 1985)).
Semenjak itu, teori kritikal dalam politik geografi dan perhubungan antarabangsa mewujudkan teori 'pos-moden' mengenai negara. Ini mengemukakan argumentasi bahawa, dalam satu dunia globalisasi, negara diambil kuasanya oleh aktor antarabangsa seperti NGO, IGO, TNC dan pelbagai aktor masyarakat sivil. Satu pandangan extrem berdasarkan teori ini diperkenalkan Kenichi Ohmae yang menulis buku-buku yang bertajuk Pengakhiran kewujudan Negara Bangsa:Kenaikan Ekonomi Kawasan (The End of the Nation States:Rise of Regional Economies) (Ohmae, Kenichi, Harper Collins, 1995). Satu lagi versi yang lebih serderhana melihat negara sabagai telah bersatu dalam perhubungan, dimana sesetengah kedaulatan dan kawalan telah diberikan kepada badan koperat, organisasi antarabangsa seperti Kesatuan Eropah dan organisasi bukan kerajaan seperti Oxfam yang kini terlibat dalam 'pengawalan' sesetengah kawasan. (Derek Gregory merujuk negara sebagai rangkaian dalam bahagian 1 daripada bukunya mengenai Perang keatas Keganasan yang dipanggil The Colonial Present, 2004, Blackwell Press).
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.