Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Nengō (年号/ねんごう , "nama tahun") atau gengō (元号/げんごう ) merujuk kepada penandaan zaman pemerintahan seseorang Maharaja Jepun. Kaedah ini turut digunakan negara-negara dalam Alam Cina seperti China, Korea dan Vietnam ketika raja-raja masih memerintah negara-negara tersebut; namun Jepun masih menggunakan kaedah penandaan zaman sebegini sehingga hari ini dalam pentarikhan urusan rasmi kerajaan.
Zaman terkini menurut pentarikhan nengō ini dikenali sebagai "Reiwa" (令和 ) yang bermula sehari sejak penurunan takhta Maharaja Akihito pada 30 April 2019 menamatkan zaman Heisei yang sebelumnya.
Maharaja Kōtoku memulakan kaedah pentarikhan ini seperti yang diguna pakai di China pada 645 tahun Masihi. Zaman yang pertama dalam penandaan ini dinamakan zaman Taika (大化) sempena tindakan pembaharuan politik yang meluas hasil penggubalan undang-undang oleh baginda.
Tidak lama selepas pertabalan Putera Mustsuhito sebagai Maharaja Jepun pada 1867, suatu sistem "satu nama untuk satu zaman" (一世一元 , issei-ichigen) diguna pakai di mana nama zaman akan berubah sebaik sahaja seorang maharaja baharu menaiki takhtanya.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.