Muhammad Faiz Na’aman

From Wikipedia, the free encyclopedia

Dr. Muhammad Faiz Na’aman adalah merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU yang dilantik pada 2016. Beliau berkelulusan doktor perubatan (MBBS) dari Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS), kini Universiti Cyberjaya, dan pernah berkhidmat di Hospital Kuala Lumpur. Selain itu beliau juga adalah pemegang Diploma Mikrobiologi dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).[1][2][3]

Fakta Segera Dr., Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU ...
Dr.
Muhammad Faiz Na’aman
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU
Dalam jawatan
2016–2023
PresidenMahiaddin Yassin
Ahli Lembaga Pengarah
Institut Koperasi Malaysia
Dalam jawatan
2020–2021
Maklumat peribadi
LahirKuala Lumpur
Parti politik (2024-kini)
(2020-2023)
(2016-2020)
KediamanPutrajaya
PekerjaanAhli politik, Usahawan
Bidang pengkhususanDoktor
Tutup

Beliau kini bergelar usahawan dalam pelbagai jenis perniagaan. Sebelum penubuhan Parti BERSATU, Dr. Faiz merupakan Ahli Dewan Tertinggi NGO PERKASA. Dr. Faiz pernah dilantik sebagai Timbalan Presiden ASEAN-China Business Council (ACBC) oleh satu entiti swasta dan kini menjawat sebagai ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sejak 2018.

Pada 16 Julai 2020, Dr. Faiz telah dilantik sebagai ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) oleh Perdana Menteri Malaysia ke-8 YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin. Selain itu Dr. Faiz juga merupakan ahli Panel Pemikir NGO Malaysia Corruption Watch (MCW) sejak 2019 yang bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)[4]. Dr. Faiz turut berperanan sebagai Penasihat Lembaga Eksekutif Persatuan Pegawai Keselamatan Pelabuhan Malaysia (MAPAS).

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.