From Wikipedia, the free encyclopedia
Allahyarham Muhammad Asad atau Leopold Weiss (1900 - 1992) adalah seorang cendekiawan muslim, bekas Duta Besar Pakistan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan penulis beberapa buku tentang Islam termasuk salah satu tafsir al-Quran moden yakni "The Message of the Qur'an". Allahyarham merupakan salah seorang daripada Orang Islam Eropah yang paling berpengaruh.
Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Muhammad Asad terlahir sebagai Leopold Weiss pada tahun 1900 di kota Lemberg, saat itu sebahagian daripada Empayar Austria-Hungary (sekarang bernama Lviv dan terletak di Ukraine) dalam lingkungan keluarga Yahudi. Keluarganya sejak dari turun-temurun lagi adalah rabbi (ketua agama Yahudi), kecuali ayahnya yang menjadi seorang peguam. Pendidikan agama yang ia enyam selama masa kecil hingga mudanya menjadikan ia biasa dengan bahasa Arab, Kitab Perjanjian Lama serta teks-teks maupun tafsir dari Talmud, Mishna, Gemara dan Targum.
Pada usia 14 tahun ia lari dari rumah untuk bergabung dengan tentera Austria dalam Perang Dunia Pertama. Pada usia 19 tahun, ia meninggalkan pengajian di bidang Falsafah dan Sejarah Seni, kemudian menjadi Penolong Pengarah filem, Dr. Murnau, dan genius dalam bidang teater, Max Reinhardt, di Berlin. Tahun 1922, ia menjadi Wartawan untuk Frankfurter Zeitung (sebuah akhbar harian terkemuka di Jerman), dan kemudian menjadi korespondennya untuk negara Timur Tengah.
Tahun 1926, berkat kesan mendalam dari hasil pengembaraannya di negara-negara Islam Timur Tengah (dimana ianya diabadikan dalam salah satu dari bukunya,iaitu "The Road to Mecca"),beliau kemudian memeluk Islam. Ia lantas berkata mengenai Islam: "Dalam pandangan saya, Islam kelihatan seperti sebuah hasil senibina yang sempurna. Semua elemen di dalamnya secara harmoni dalam saling melengkapi dan menyokong; tidak ada yang berlebihan dan tidak ada yang kurang; hasilnya adalah sebuah struktur dengan keseimbangan sempurna dan komposisi yang kuat. " Ia mengembara dan menyaksikan dengan kepala sendiri beberapa pergerakan pembebasan yang muncul pada awal abad ke-20 untuk membebaskan daerah Islam dari kaum penjajah. Ia berkunjung ke India di mana ia berjumpa dan bekerjasama dengan Muhammad Iqbal, ahli falsafah dan penyair yang menginspirasikan lahirnya negara Pakistan. Bahkan ia menjadi Duta Besar Pakistan pertama untuk PBB.
Asad menulis beberapa buku, salah satu yang terkenal adalah "The Road To Mecca",atau "Kembara ke Makkah" di mana ia menceritakan pengembaraannya dalam daerah Islam dan bagaimana ia kemudian memeluk Islam, juga beberapa pemikirannya tentang pergerakan Zionis. Beliau juga menulis The Message of the Qur'an, terjemahan yang dia lengkapi dengan tafsir ringkas berdasarkan pengetahuannya dalam bahasa arab klasik dan tafsir-tafsir klasik. Tafsir tersebut diakui sebagai salah satu terjemahan terbaik Al-Quran dalam Bahasa Inggeris walaupun dikritik oleh beberapa aliran tradisional seperti Mu'tazilah. Beliau juga menulis terjemahan dan komentar terhadap kitab Sahih Bukhari, salah satu kitab koleksi hadis terkemuka.
Pada penghujung hayat beliau,beliau telah berpindah ke Sepanyol,dan menetap bersama isteri ketiga beliau,Pola Hamida Asad,seorang warganegara Amerika Syarikat,berketurunan Poland Katolik yang juga memeluk agama Islam sehingga beliau kembali ke Rahmatullah pada usia 92 tahun pada 20 Februari 1992,dan jenazah beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Masyarakat Islam di Granada,Andalusia,Sepanyol.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.