Metro Montreal (Perancis: Métro de Montréal) merupakan satu perkhidmatan kereta api awam, di mana ia berkhidmat di kawasan bandar raya Montreal dan sekitarnya seperti pulau Montreal, Laval dan Longueuil. Kereta api bawah tanah (metro) ini diuruskan dan dikendalikan oleh Perbadanan Pengangkutan Montreal (Société de transport de Montréal, STM).
Metro Montreal ميترو مونتريال | |||
---|---|---|---|
Umum | |||
Nama asal | Métro de Montréal | ||
Lokasi | Montreal, Laval, Longueuil Quebec Kanada | ||
Jenis transit | Alihan laju | ||
Jumlah laluan/aliran | 4 | ||
Jumlah stesen | 68 | ||
Bil. penumpang harian | 1.263 juta pada hari bekerja (Q4 2014)[1][2] | ||
Bil. penumpang tahunan | 357 juta (2014)[2] | ||
Operasi | |||
Mula beroperasi | 14 Oktober 1966 | ||
Pengendali | Perbadanan Pengangkutan Montreal (STM) | ||
Jumlah kenderaan | 759[3] | ||
Teknikal | |||
Panjang sistem | 71 km[3] | ||
Tolok landasan | 1,435 mm (4 kaki 8 1⁄2 in) tolok piawai dengan pad larian untuk roda tayar getah di luar rel keluli | ||
Pengelektrikan | "Rel ketiga", 750 V DC pada bar panduan di kedua-dua sisi landasan | ||
Kelajuan purata | 40 km/j (25 mph) | ||
Kelajuan tertinggi | 72 km/j (45 mph) | ||
| |||
sunting |
Dibuka pada 14 Oktober 1966 ketika zaman kepimpinan Datuk Bandar Jean Drapeau, perkhidmatan metro ini diilhamkan daripada Metro Paris (Métro de Paris) dan ini dapat dilihat dari reka bentuk stesen dan stok kereta api.[4] Pada asalnya, rangkaian Metro Montreal terdiri daripada 26 buah stesen pada 3 buah aliran dan kini (2016) terdapat 68 buah stesen pada 4 aliran dengan jumlah panjang 71 kilometer (44 bt). Sejak tahun 2007, kereta api ini telah menjangkau sehingga Longueuil di tebing selatan sungai St. Lawrence melalui Laluan Kuning dan di Laval melalui Laluan Jingga.
Sistem metro di Montreal ini merupakan yang tersibuk di Kanada dan ketiga tersibuk di benua Amerika Utara dari segi jumlah penumpang harian, selepas Bandaraya New York, Amerika Syarikat dan Bandaraya Mexico. Pada 2014, purata 1.24 juta penumpang telah menggunakan Metro Montreal pada hari bekerja dengan 357 juta perjalanan dibuat pada tahun tersebut.[1][2] Menurut STM, lebih 7 bilion penumpang telah dibawa oleh metro ini pada 2010.
Rangkaian
Aliran | Stesen terminal | Tahun dibuka |
Tahun sambungan terakhir | Panjang (km) | Bilangan stesen | Kekerapan kereta api (minit) | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Waktu puncak | Waktu luar puncak | |||||||||
Hijau | Angrignon | ↔ | Honoré-Beaugrand | 1966 | 1978 | 22.1 | 27 | 3–5 | 4–11 | |
Jingga | Côte-Vertu | ↔ | Montmorency | 1966 | 2007 | 30.0 | 31 | 3–4 | 4–8 | |
Kuning | Berri-UQAM | ↔ | Longueuil–Université-de-Sherbrooke | 1967 | 1967 | 4.25 | 3 | 4–5 | 5–10 | |
Biru | Snowdon | ↔ | Saint-Michel | 1986 | 1988 | 9.7 | 12 | 4–5 | 5–10 |
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.