From Wikipedia, the free encyclopedia
Tan Sri Dato' Seri DiRaja Mohammad Tajol Rosli bin Tan Sri Mohammed Ghazali (lahir 6 November 1946) merupakan bekas Menteri Besar Perak. Beliau berkhidmat sebagai Menteri Besar Perak pada 3 Disember 1999 hingga 10 Mac 2008. Beliau adalah Adun Pengkalan Hulu (Kroh).
Tan Sri Dato' Seri DiRaja Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali PSM; SPSA (Perak); DGSM (Melaka); SPMP, DPMP, AMP (Perak) | |
---|---|
Menteri Besar Perak ke-9 | |
Dalam jawatan 1999–2008 | |
Raja | Azlan Muibud Yusuf Izud |
Didahului oleh | Ramli Ngah Talib |
Digantikan oleh | Mohammad Nizar Jamaluddin |
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi Pengkalan Hulu | |
Dalam jawatan 2004–2013 | |
Didahului oleh | Ibrahim Mohd Hanafiah |
Digantikan oleh | Aznel Ibrahim |
Majoriti | 4,645 (PRU-12) |
Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Luar Bandar | |
Dalam jawatan 1983–1984 | |
Didahului oleh | Mohd Radzi Sheikh Ahmad |
Digantikan oleh | Alias Md Ali |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Gerik | |
Dalam jawatan 1978–1999 | |
Didahului oleh | Shamsuddin Din |
Digantikan oleh | Khamsiyah Yeop |
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi Kenering | |
Dalam jawatan 1999–2004 | |
Didahului oleh | Khamsiyah Yeop |
Digantikan oleh | Mohd Tarmizi Idris |
Dalam jawatan 1974–1978 | |
Didahului oleh | Mohamed Ghazali bin Jawi |
Digantikan oleh | Wan Mohamed bin Wan Teh |
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan | |
Dalam jawatan 1995–1999 | |
Didahului oleh | Daud Taha Osu Sukam |
Digantikan oleh | Mohd Shafie Apdal |
Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos | |
Dalam jawatan 1990–1995 | |
Didahului oleh | Abdul Ghani Othman |
Digantikan oleh | Chan Kong Choy |
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar | |
Dalam jawatan 1986–1990 Berkhidmat with Ng Cheng Kuai | |
Didahului oleh | Abdillah Abdul Hamid |
Digantikan oleh | Mohd Yasin Kamari |
Pengerusi MARA | |
Dalam jawatan 1984–1986 | |
Didahului oleh | Mohd Ridzuan Abd Halim |
Digantikan oleh | Mohd Khalid Yunus |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 6 November 1946 |
Parti politik | UMNO |
Pasangan | Puan Sri Kamariah Mokri |
Anak | 3 |
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali |
|
Beliau dilahirkan di Lenggong, Perak. Beliau merupakan anak kepada Tan Sri Mohamed Ghazali bin Jawi, seorang bekas Menteri Besar Perak.
Beliau telah mendapat pendidikan awal di Teluk Intan dan di Lenggong, Perak. Kemudiannya, beliau meneruskan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh. Pada tahun 1964, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Melbourne, Australia dan memperoleh segulung Ijazah Sarjana Muda Perdagangan.
Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Puan Sri Datin Seri DiRaja Kamariah bt. Mokri dan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata.
Sebelum memasuki arena politik, beliau pernah menjadi rakan perniagaan di sebuah firma perunding pengurusan.
Pada tahun 1977, beliau telah dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Kenering. Beliau juga merupakan seorang Ahli Parlimen bagi kawasan Gerik dari tahun 1978 hingga tahun 1999. Di samping itu, Tan Sri Dato' Seri juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi MARA (1984-1986), dan sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Pembangunan Luar Bandar (1983-1986).
Pada tahun 1986, Tan Sri Dato' Seri telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan pada tahun 1990, beliau berkhidmat pula sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos. Pada tahun 1995, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan pada tahun 1997 sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Dalam Negeri. Pada Januari 1999, beliau telah dilantik sebagai menteri penuh di Jabatan Perdana Menteri.
Penglibatan Tan Sri Dato' Seri di dalam bidang politik bermula sejak 1967 lagi, sebelum bermulanya perkhidmatan beliau di pelbagai agensi Kerajaan. Di dalam UMNO, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi dan Ketua Bahagian UMNO untuk Bahagian Gerik. Beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa Biro Pengguna dan Biro Sumber Manusia UMNO. Di samping itu, Dato' Seri juga adalah Ahli Jawatankuasa Perhubungan Awam UMNO Negeri Perak.
Daripada tahun 1976 hingga 1984, beliau pernah menjawat jawatan Setiausaha Pemuda UMNO Negeri Perak, Timbalan Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Timbalan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Grik dan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Grik.
Y.A.B. Tan Sri Dato' Seri telah dikurniakan dengan pelbagai anugerah dan kurnia negeri seperti - P.S.M., S.P.S.A., S.P.M.P., D.P.M.P. dan A.M.P.
Penyandang Terdahulu | Menteri Besar Perak 3 Dis 1999 - 10 Mac 2008 |
Penyandang Kemudian |
Tan Sri Ramli Ngah Talib | Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.