Mamat Exists
Penyanyi lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Mohd Ali Kamarudin atau lebih dikenali sebagai Mamat Exists (lahir 23 April 1978) ialah seorang penyanyi lelaki Malaysia.[1] Beliau ialah bekas vokalis kepada kumpulan pop rock Exists. Beliau bergerak secara solo pada tahun 1995 dan popular dengan lagu Salju Di Danau Rindu dan Hanya Engkau Kekasih.
Kerjaya
Beliau memulakan kerjaya dalam bidang muzik ketika berusia 13 tahun bersama kumpulan remaja Exist pada tahun 1990an. Beliau kemudiannya meninggalkan Exist pada 1994 dan meneruskan kerjaya nyanyiannya secara solo.[2]
Pada tahun 1995, Mamat muncul dengan album solo pertamanya berjudul Mamat yang diterbitkan oleh Mat Penang di bawah label Jojo's Production. Lagu hit dalam album ini ialah Salju Di Danau Rindu.
Gegar Vaganza 2014
Mamat merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim pertama pada 2014. Beliau telah memenangi tempat ketiga sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM15,000.[1][3] Beliau juga telah dianugerahkan Persembahan Terbaik Pilihan Penonton dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000. Berikut ialah senarai persembahan beliau:
Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 1) | |||||
---|---|---|---|---|---|
Konsert | Tema | Lagu tugasan | Penyanyi asal | Kedudukan | Keputusan |
Minggu 1 | Throwback | "Rahsia Pohon Cemara" | Exists | Ke-12 | SELAMAT |
Minggu 2 | Memori Berkasih | "Kamelia" | Sweet Charity | Ke-7 | SELAMAT |
Minggu 3 | Kenangan Mengusik Jiwa | "Teguh" | Amy Search | Ke-5 | SELAMAT |
Minggu 4 | Ada Berani? | "Ibu" | Exists | Ke-8 | SELAMAT |
Minggu 5 | Impian dan Dedikasi | "Kau Ilhamku" | Man Bai | Ke-3 | SELAMAT |
Minggu 6 | Berdua Lebih Baik | "Sandarkan Pada Kenangan" (duet bersama Ikka Razman) | Jamal Abdillah & Siti Sarah | Ke-2 | SELAMAT |
Minggu 7 | Carta Lagu Hits | "Dealova" | Once Mekel | Ke-4 | SELAMAT |
Minggu 8 | Akhir | Medley: "Salju Di Danau Rindu" dan "Janji Padamu" Battle (Hip Hop): "HAVOC" (bersama Fazli Zainal) |
Dirinya sendiri dan Exists Joe Flizzow, Altimet & SonaOne |
Ke-5 Ke-2 |
TEMPAT KETIGA |
Kehidupan peribadi
Beliau telah berkahwin dengan Marshila Mustapa Kamal pada 2001 dan dikurniakan tiga anak, iaitu Aleeya Mysara, Mohd Eiki Daniel dan Dylea Mysara. Perkahwinan mereka hanya bertahan selama 9 tahun apabila mereka bercerai talak dua pada 29 Oktober 2009.[1][4][5]
Diskografi
Album studio
- Mamat (1995)
- Pasrah (1996)
- Seminit Bagiku (2004)
Album kompilasi
- Dulu...Sekarang (2003)
- Naluri Kasih (2006)
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.