Metodisme merupakan suatu kelompok pecahan mazhab Protestan dalam agama Kristian hasil penulisan dan ajaran John Wesley. Ia berakar sebagai suatu gerakan pembaharuan dalam Gereja England (Anglikan) pada abad ke-18 tapi kemudiannya muncul sebagai suatu mazhab gereja yang tersendiri setelah kematian Wesley. Ia banyak tersebar luas di serata Empayar British dan Amerika Syarikat kerana hasil kerja giat para mubaligh dan[1] mempunyai sebanyak 80 juta penganut dan anggota di 138 buah negara di seluruh dunia. Mereka digelar Metodis kerana cara mereka beribadah dan melayani orang lain pada waktu itu dan diberi kata 'Method-ist' yang akhirnya disatukan dan terciptalah nama 'Methodist' yang dikenal pada masa ini di seluruh dunia.[nb 1][2]

Thumb
Gereja Metodis di Johor, Malaysia.

Latar belakang

John Wesley (1703–1791) dan adiknya Charles (1707–1788), memulakan suatu gerakan dalam Gereja England sekitar abad ke-18[3][4] melalui penubuhan sebuah persatuan bernama "Holy Club" di Universiti Oxford.[5] Para ahli dalam kelab ini biasa menjalani hidup berwarak di mana mereka menahan diri daripada berhibur bsecara berlebihan, berpuasa, menghadiri misa mingguan serta menziarahi golongan susah seperti fakir miskin, pesakit dan banduan penjara. Kelompok ini mendapat gelaran mereka sebagai "Metodis" (Methodist) kerana dilihat berkecenderungan mengikut peraturan (rule) dan kaedah atau metode (method) dalam urusan beragama mereka.[6]

Ajaran-ajaran

Nota

  1. Setakat 2013. This figure is an estimate by the World Methodist Council and includes members of united and uniting churches with Methodist participation. It represents approximately 60 million committed members and a further 20 million adherents.

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.