From Wikipedia, the free encyclopedia
Melon Juice (メロンジュース , Meron Juusu) adalah single ke-2 oleh kumpulan gadis idola Jepun HKT48, telah dipasarkan di Jepun pada 4 September 2013.
"Melon Juice" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh HKT48 | ||||
daripada album 092 (en) | ||||
Dilancarkan | 4 September 2013 | (Jepun)|||
Format | Maxi Single, Muat-turun digital | |||
Genre | J-pop | |||
Syarikat | Universal Sigma | |||
Penulis | Akimoto Yasushi (lirik) | |||
Penerbit | Akimoto Yasushi | |||
Kronologi single HKT48 | ||||
| ||||
Kulit album single alternatif | ||||
Kulit Depan Jenis B |
||||
Kulit Depan Jenis C |
||||
Kulit Depan Edisi Teater |
||||
Gambar promosi | ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Pengumuman tarikh single ini dipasarkan semasa persembahan Team H 2nd Stage "Hakata Legend" di Teater HKT48 pada 13 Jun 2013. Sashihara Rino menyampaikan pengumuman tersebut yang mengejutan bagi peminat dan anggota HKT48 yang sedang merayakan Sashihara mendapat tempat pertama dalam Pilihan Raya Senbatsu Penyertaan Single AKB48 yang ke-32.
Lagu "Melon Juice " pertama kali dipersembahkan di hadapan 32,000 orang penonton dalam acara konsert hari pertama kumpulan AKB48 di Fukuoka Yahoo! Dome pada 20 Julai 2013. Konsert tersebut merupakan sebahagian daripada lawatan musim panas AKB48 di lima stadium di Jepun yang berjudul 2013 Manatsu no Dome Tour " Mada Mada , Yaranakya Ikenai Koto ga Aru ". Sebelum lagu ini dinyanyikan, Sashihara mengumumkan nama tajuk dan butiran selanjutnya mengenai single ini. Sashihara memanggil satu per satu nama anggota HKT48 yang terpilih sebagai anggota senbatsu "Melon Juice", dan mengumumkan bahawa kedudukan center (posisi tengah) dibahagikan kepada dua anggota kenkyuusei iaitu Tashima Meru dan Tomonaga Mio.
Lagu "Melon Juice" berirama punk rock bercampur dengan irama pop. Koreografi untuk lagu ini dicipta oleh Takenaka Natsumi. Tema koreografi lagu ini adalah gerakan yang "amat keras dan punk" . Gerakan memutar kepala dilakukan dengan cepat hingga rambut anggota HKT48 menjadi berantakan seperti buah tembikai (melon) dimasukkan di dalam pengisar. Pada bahagian bertahan, anggota HKT48 melakukan mengangguk kepala secara berulang-ulang, dan ketika dipertunjukkan di muka umum, penonton diminta untuk bersama-sama katakan "Melon Juice!". Ciri khas lain dari gerakan tari lagu ini adalah mengambarkan tangan membentuk dua batang straw yang dibuat secara berpasangan oleh ahli-ahli HKT48.
Pengambilan gambar video muzik "Melon Juice " dilakukan di atas pentas live house Yokohama Blitz di Yokohama dengan latar belakang sebuah pengiring band. Seribu orang awam yang berperanan sebagai penonton dipilih melalui loteri. Tsuchiya Takatoshi bertindak sebagai pengarah dalam video muzik ini.
Foto gambar sampul single ini adalah hasil karya jurugambar Aoyama Yuuki yang pernah mengambil gambar Sashihara Rino untuk buku foto berjudul " Sashiko " .
(Posisi Tengah: Tashima Meru, Tomonaga Mio)
(Posisi tengah: Miyawaki Sakura)
(Posisi tengah: Kodama Haruka)
Dikeluarkan | Carta Single Oricon | Kedudukan puncak | Debut jualan (salinan) | Jumlah jualan (salinan) |
---|---|---|---|---|
4 September 2013 | Carta harian | 1 | 222,984 | 293,736 |
Carta mingguan | 1 | 268,897 | ||
Carta bulanan | 1 | 287,245 | ||
Carta tahunan |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.