Monorel Melaka merupakan satu perkhidmatan monorel jenis 'straddle-beam' yang terletak di Bandaraya Melaka, Melaka. Pada asalnya, sistem ini dibina sebagai salah satu tarikan pelancong dan bukannya sebagai sistem pengangkutan awam. Sejak tahun 2020, sistem ini tidak lagi beroperasi.[5]
Monorel Melaka مونوريل ملاك | |||
---|---|---|---|
Umum | |||
Nama lain | Monorail Themepark & Studios (MTS) | ||
Jenis | Monorel lingkaran persiaran dan pelancongan | ||
Sistem | Monorel | ||
Status | Digantung operasi[1] | ||
Lokasi | Bandaraya Melaka | ||
Stesen | 3 | ||
Operasi | |||
Dibuka | 21 Oktober 2010[2] 4 Disember 2017[3] | ||
Ditutup | 3 Disember 2011 (kali pertama)[4] Mac 2020 (kali kedua)[5] | ||
Pemilik | Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah | ||
Pengendali | Menara Taming Sari Sdn Bhd (2010-2013)[2] Monorail Theme Park & Studios Sdn Bhd (2017-2021)[6] | ||
Ciri | Bertingkat | ||
Teknikal | |||
Panjang landasan | 2.9 kilometer (1.8 bt) | ||
Bilangan landasan | 1 | ||
Ketinggian tertinggi | 7 meter | ||
|
Sejarah
Pembinaan Awal
Pada tahun 2008, Ketua Menteri Melaka pada masa itu, Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah menyampaikan hasrat Kerajaan Negeri Melaka menarik 6.8 juta pelancong untuk melawat negeri tersebut. Salah satu cara merealisasikan hasrat tersebut adalah melalui pembinaan sebuah monorel yang bersifat seperti sebahagian daripada taman permainan ala Disneyland dan bakal menjadi mercu tanda unik Melaka.[7]
Jajaran awal monorel ini adalah sepanjang 1.6 kilometer (0.99 bt) dan melalui bahagian pesisiran Sungai Melaka serta mengandungi dua stesen iaitu Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Kampung Bunga Raya Pantai. Semasa fasa perbincangan, kos pembinaan projek ini pada mulanya dianggarkan sebanyak RM28 juta tetapi kemudian dikurangkan kepada RM15.9 juta. Kapasiti gerabak monorel ini turut dikurangkan daripada 88 orang kepada 22 orang.[7] Bagi memastikan kelancaran proses pembinaan monorel ini, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah melakukan perjanjian usaha sama dengan Kumpulan Melaka Bhd dan Agibs Engineering & Construction Sdn Bhd.[8] Bulan Mei 2008 menyaksikan bermulanya pembinaan monorel ini yang seterusnya disiapkan dan dilancarkan oleh Ketua Menteri Melaka pada malam 20 Oktober 2010 serta dibuka kepada orang awam pada keesokan hari.[2][9]
Namun demikian, monorel ini mengalami gangguan sistem beberapa jam selepas pembukaan yang menyebabkan sebuah gerabak monorel terhenti di pretengahan laluan dan memerangkap sebanyak 20 penumpang.[8] Monorel ini masih menjalankan operasi walaupun menghadapi gangguan sebanyak 27 kali dan beberapa penggantungan operasi sementara sepanjang setahun pengoperasian.[10]
Pembinaan Fasa Kedua
Semasa hari perasmian pembukaan Monorel Melaka, Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia telah meluluskan pembinaan fasa kedua monorel ini yang bernilai RM13.2 juta dan menghubungkan Jalan Tun Ali yang bakal membentuk sebuah jajaran lingkaran sepanjang 2.9 kilometer (1.8 bt).[9] Proses pembinaan bermula pada Disember 2011.[10]
Fasa kedua projek monorel ini mengandungi satu stesen penyelenggaraan di persimpangan Jalan Tun Ali dan Jalan Tun Mutahir bagi memastikan sistem monorel itu menepati piawaian yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Antara penambahbaikan yang dilakukan pada fasa kedua projek ini adalah penambahan pintu bantuan kecemasan di gerabak serta penyediaan laluan antara gerabak, pusat kawalan trafik dan sistem pemindahan automatik selain generator.[10]
Kelewatan Pembukaan
Kelewatan pembinaan fasa kedua menyebabkan monorel ini tidak dapat dibuka kepada orang awam. Namun begitu, monorel ini dilihat bergerak pada waktu malam berkemungkinan bagi melakukan proses pengujian ke atas sistem tersebut. Pada 4 Disember 2017, monorel ini akhirnya memulakan operasi[6] dan telah digunakan oleh lebih 17,000 pengunjung sepanjang 2 bulan pengoperasian[11]. Malangnya, monorel ini masih mengalami masalah yang sama apabila sebuah gerabak monorel terhenti di tengah-tengah landasan pada 2 Mei 2019.[12]
Penghentian Operasi dan Insiden yang Berlarutan
Monorel ini berhenti beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan pada tahun 2020, tetapi syarikat pengendali tidak dapat memulakan semula operasi monorel ini kerana kekangan kewangan dan bilangan pengunjung yang rendah.[5] Situasi ini turut menjadi lebih rumit apabila syraikat tersebut ditamatkan kontrak mengoperasi monorel ini disebabkan melanggar terma dan syarat perjanjian yang dimeterai pada 23 Ogos 2018.[1] Disebabkan itu, Kerajaan Negeri Melaka masih mencari penyelesaian bagi menghidupkan semula monorel ini sejak Ogos 2020.[5][13]
Laluan
Monorel Melaka | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
Monorel ini menelusuri pesisir Sungai Melaka dan mematah balik sepanjang 2.9km. Monorel ini mempunyai tiga stesen iaitu Stesen Hang Jebat yang terletak bersebelahan Taman Rempah di Pengkalan Rama, Stesen Hang Tuah yang terletak berhampiran stesen bas lama Melaka dan Stesen Tun Ali yang terletak di Jalan Tun Ali. Setiap stesen monorel ini berkeluasan 2,500 kaki persegi.
Kontroversi
Penggantungan Operasi oleh SPAD
Setelah monorel ini mengalami pelbagai jenis masalah sejak permulaan operasi pada Oktober 2010, SPAD bertindak menghantar lima jurutera bagi melaksanakan pemeriksaan sistem dan teknikal dari 3 November hingga 5 November 2011.[14] Keadaan monorel yang penuh dengan masalah menyebabkan monorel ini digantung perkhidmatan selama 30 hari. Menurut Ketua Pegawai Operasi SPAD, Azhar Ahmad, antara masalah yang timbul ialah monorel yang diimport dari China itu tidak mempunyai manual fungsi yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan Inggeris dan menyukarkan operasi pembaikan dan penyelenggaraan. Selain itu, monorel itu turut mengalami kesulitan operasi pada waktu hujan disebabkan cengkaman tayar monorel yang tidak kuat.[15]
Jika pengendali berkenaan ingin meneruskan operasi, pegawai berkenaan mengarahkan pengendali menyediakan beberapa fasiliti yang disarankan oleh SPAD seperti sebuah kenderaan berkren ‘cherry picker’ untuk mengangkut penumpang terkandas sekiranya berlaku situasi seperti sebelum ini.[15]
Pengendali Ditamatkan Kontrak
Pada 22 September 2021, Kerajaan Negeri Melaka telah membatalkan kontrak pengendali perkhidmatan monorel ini kerana melanggar perjanjian yang dimeterai bersama Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN) pada tahun 2018. Syarikat berkenaan menambah klausa membangunkan 15 lot tanah di sekitar stesen monorel ini. Syarikat tersebut juga telah gagal membayar yuran komitmen sebanyak RM100,000 kepada UPEN dan gagal membayar lima peratus daripada jumlah keuntungan atau minimum RM1,000 kepada MBMB sejak kontrak bermula. Selain itu, aspek keselamatan turut diabaikan oleh syarikat berkenaan.[1]
Lihat juga
Rujukan
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.