MasterChef Malaysia (Musim 1)
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
MasterChef Malaysia Musim 1 secara rasmi ke udara pada 22 Oktober 2011 pada waktu 9:00 malam (Waktu Malaysia) di Astro Ria.
MasterChef Malaysia mempunyai format yang berbeza dalam setiap episod. Format episod tipikal adalah seperti berikut:
Dalam episod pengenalan ini memaparkan 3 juri professional iaitu Chef Jo, Chef Priya dan Chef Yahaya mengalu-alukan kedatangan 40 peserta teratas Masterchef Malaysia (Top 40) di Bootcamp. Para peserta kemudiannya melalui Ujian Kemahiran yang pertama iaitu memotong dadu bawang kuning. Sekiranya gagal menepati kualiti dan standard yang ditetapkan, mereka perlu mengulangi ujian tersebut sehingga para juri berpuas hati. 30 peserta terselamat, manakala 10 peserta yang tercorot haruslah melalui Ujian Ciptarasa. Siapakah yang bakal diundang untuk mengadili para peserta didalam Ujian Cipta Rasa? Jangan ketinggalan untuk menonton episod pertama MasterChef Malaysia.
Episod kali ini menyaksikan seorang peserta wanita mengambil keputusan untuk meninggalkan Masterchef Malaysia atas sebab-sebab peribadi. Bagaimanapun 35 peserta yang tinggal terus berjuang menghadapi Ujian Kemahiran yang kedua iaitu memisahkan kuning telur daripada putih telur. 19 peserta terselamat manakala 16 peserta yang gagal menepati kualiti dan piawaian para juri kemudiannya mengharungi cabaran seterusnya iaitu memukul telur putih sehingga kembang dan menitis jatuh apabila mangkuk diterbalikkan. Kehadiran Chef Zubir yang membawa bersama hidangan istimewa beliau iaitu Prawn Dumpling telah memperlihatkan 8 peserta mengharungi cabaran Ujian Sajian Pantas.
Kehebatan 32 peserta yang tinggal diuji lagi dalam Ujian Kemahiran seterusnya iaitu memarut kelapa. Dengan teknik memarut yang betul serta kepantasan memerah kelapa bagi mendapatkan santan yang berkualiti Bagi merebut anugerah 4 apron Masterchef Malaysia, 10 peserta ini dinilai dalam Ujian Ciptarasa yang menggunakan cili kering sebagai bahan utama. Kini tinggal 28 peserta yang mencuba nasib bagi melayakkan diri berada dalam senarai 24 peserta teratas(Top 24).
Teknik memotong ayam yang betul dan cara-cara memisahkan ayam daripada tulangnya (de-bone) merupakan Ujian Kemahiran yang perlu dilalui oleh 27 peserta. Daripada keputusan ujian tersebut hanya 12 peserta sahaja akan dipilih untuk menghadapi Ujian Cipta Rasa. 7 sajian yang paling kreatif dan lazat telah membawa tuah kepada 7 lagi peserta untuk mendapat apron Masterchef Malaysia.
Menyedari hanya tinggal 8 tempat sahaja lagi dalam Masterchef Malaysia, 20 peserta bergabung tenaga memilih pasangan masing-masing untuk menghadapi cabaran Peti Saji Misteri. 10 pasangan peserta ini dikehendaki memasak dengan menggunakan sama ada 1 sahaja atau semua bahan yang ada dalam Peti Saji Misteri. Bahan masakan tersebut ialah Beras Putih, Beras Perang, Beras Pulut, Kelapa dan Tepung. Peserta juga diberi pilihan untuk menambah 12 sahaja bahan-bahan mentah yang terdapat dalam pantry. 2 hidangan perlu mereka sediakan iaitu 1 hidangan manis dan 1 hidangan savoury. Memikirkan hanya tinggal 5 sahaja apron Masterchef Malaysia dan dengan kehadiran Chef Riz bersama hidangan istimewa beliau iaitu Kek Tiramisu telah menyuntik semangat peserta untuk berusaha gigih menyediakan hidangan tersebut mengikut resipi yang diberikan. Siapalah bakal 24 peserta yang mendapat apron MasterChef? Sama-sama kita lihat didalam episode kali ini.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.