Masjid Agung Xi'an
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Masjid Agung Xi'an (Cina ringkas: 西安大清真寺; pinyin: Xī'ān Dà Qīngzhēnsì) terletak berhampiran Menara Gendang (Gu Lou) di Lorong Huajue di Xi'an, provinsi Shaanxi, China, adalah salah satu masjid tertua dan terkenal di negara itu.
مسجد شيان 西安大清真寺 Masjid Agung Xi'an | |
---|---|
西安大清真寺 Xī Ān Dà Qīng Zhēn Sì | |
Info asas | |
Lokasi | Kawasan Muslim Xi'an |
Koordinat geografi | 34°15′47.9″N 108°56′11.0″E |
Agama | Islam Sunni |
Perbandaran | Xi'an |
Wilayah | Shaanxi |
Negara | China |
Tahun ditahbiskan | 742 (pruba), 1392 (bentuk kini) |
Pemimpin | Persatuan Islam China |
Penerangan seni bina | |
Jenis seni bina | Masjid |
Gaya seni bina | Cina |
Luas kawasan | 12,300 m2 |
Masjid ini dikatakan dibina sewaktu Wangsa Tang (pemerintahan Maharaja Xuanzong, 685-762 Masihi),[1] dan merenovasikan pada zaman-zaman kemudian (terutamanya sewaktu pemerintahan Maharaja Hongwu dari Wangsa Ming). Walu bagaimanapun, bangunan masjid terkini secara kebanyakannya dibina pada 1384 Masihi ketika pertabalan MaharajanHongwu pada Dinasti Ming.[2] Ia tetap menjadi sebuah tapak pelancong masyhur Xi'an, dan masih digunakan oleh umat Islam China (kebanyakannya suku Hui) kini sebagai sebuah tempat beribadat. Tidak seperti masjid-masjid di negara Timur Tengah atau Arab, Masjid Agung Xi'an adalah keseluruhannya Cina pada gaya pembinaan dan seni binanya, terkecuali sesetengah hurufan dan hiasan Arab, kerana masjid itu tidak mempunyai kubah atau minaret gaya tradisional.[3]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.