From Wikipedia, the free encyclopedia
Marriott Hotels & Resorts ialah jenama hotel dan penginapan Marriott International. Syarikat yang beribu pejabat di Bethesda, Maryland ini kerap disenaraikan dalam senarai tempat kerja terbaik versi Forbes, dan menjadi tempat kerja terbaik keempat di United Kingdom, versi The Times pada tahun 2009.[1]
![]() | |
Jenis/bentuk sah | Anak syarikat |
---|---|
Industri | Perhotelan |
Ditubuhkan | 1957 |
Pengasas | J. Willard Marriott |
Ibu pejabat | Bethesda, Maryland, Amerika Syarikat |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
Syarikat induk | Marriott International |
Tapak web | www.marriott.com |
sunting · sunting di Wikidata |
Sehingga 31 Disember 2018, terdapat 567 hotel dan penginapan dengan jumlah 201.366 bilik beroperasi di bawah jenama ini.[2][3] Program kesetiaan jenama ini ialah Marriott Bonvoy.
Marriott bermula dengan dua motel pada dekad 1950-an. Motel pertama ialah Quality Inn berdekatan Washington D.C. dan kemudian Twin Bridges, yang dibuka berdekatannya. Dengan pembukaan motel kedua, Marriott menjadi sebuah jenama. Twin Bridges dibubarkan pada tahun 1990, sementara Quality Inn masih tetap beroperasi sebagai hotel, bukan lagi motel.
Pada tahun 1967, Marriott membuka penginapan pertamanya, Camelback Inn, di Arizona. Marriott Hotels & Resorts kemudian berkembang ke luar Amerika Syarikat pada tahun 1969 dengan membuka Marriott di Acapulco, Mexico.
Pada tahun 1975, Marriott Hotels & Resorts juga telah berkembang ke Eropah, dengan membuka Marriott di Amsterdam.
Pada tahun 1976, Marriott membuka dua taman Great America, namun kemudian dijual kepada Six Flags pada tahun 1984.
Sejak ditubuhkan, Marriott International memiliki dan mengelola sendiri beberapa hotelnya. Pada tahun 1993, Marriott memutuskan untuk memisahkan pemilikan hotelnya ke syarikat baru yang diberi nama Host Marriott, sehingga hanya fokus pada pengelolaan hotel.
Sehingga 1999, terdapat 360 unit Marriott Hotels & Resorts di 47 negara, dan pada tahun 2012, Marriott Hotels & Resorts meraikan pembukaan harta milikan ke-500, iaitu Pune Marriott Hotel & Convention Centre, di Pune, India.[perlu rujukan] Pada April 2014, Marriott Hotels & Resorts memperoleh The Protea Hotel Group di Afrika Selatan, dan bertukar nama dari Protea Hotels kepada Protea Hotels By Marriott.[perlu rujukan]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.