From Wikipedia, the free encyclopedia
Mahjong atau mah-jongg[1] (Cina Tradisional: 麻將, Cina Ringkas: 麻将, pinyin: Májiàng; Kantonis: Màhjeung;) merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China. Juga dikenali sebagai Bahasa Cina: 麻雀; pinyin: Máquè; Kantonis: Màhjeuk; Jepun: Mājan.
Mahjong_in_Hangzhou.jpg | |
Genre | Permainan minda, |
---|---|
Pemain | 3 or 4 |
Masa penyediaan | 1–5 minit |
Masa permainan | Bergantung/mengikut peraturan |
Peluang rawak | Moderate |
Kemahiran yang diperlukan | Taktik, memori, strategi |
Mahjung | |||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama Bahasa Cina | |||||||||||||||||||||||||||||
Tulisan Cina Tradisional | 麻將 | ||||||||||||||||||||||||||||
Tulisan Cina Ringkas | 麻将 | ||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||
Asli/Nama Selatan | |||||||||||||||||||||||||||||
Tulisan Cina Tradisional | 麻雀 | ||||||||||||||||||||||||||||
Tulisan Cina Ringkas | 麻雀 | ||||||||||||||||||||||||||||
Maksud harfiah | little sparrows | ||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||
Vietnamese name | |||||||||||||||||||||||||||||
Vietnamese | mạt chược | ||||||||||||||||||||||||||||
Thai name | |||||||||||||||||||||||||||||
Thai | ไพ่นกกระจอก | ||||||||||||||||||||||||||||
RTGS | phai nok krachok | ||||||||||||||||||||||||||||
Korean name | |||||||||||||||||||||||||||||
Hangul | 마작 | ||||||||||||||||||||||||||||
Hanja | 麻雀 | ||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||
Japanese name | |||||||||||||||||||||||||||||
Kanji | 麻雀 | ||||||||||||||||||||||||||||
Kana | マージャン | ||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||
Khmer | |||||||||||||||||||||||||||||
Khmer | ម៉ាចុង |
Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian juga sebagai permainan komputer.
Objek permainan adalah membina set lengkap - atau gabungan - biasanya bertiga, dari sama ada 13 atau 16 keping. Orang pertama mendapatkannya adalah dikira pemenang. Kepingan yang memberi kemenangan melengkapkan set pemain sama ada 14 atau 17 keping.
Terdapart suatu mitos yang menyatakan bahawa permainan ini dibangunkan Kongzi, pemikir Cina teragung pada 500 SM: kemunculan permainan tersebut berkaitan dengan penjelajahan beliau menyebarkan ajarannya kepada raja-raja yang ada dalam negeri Tionghua. Tiga biji buah naga juga menyamai dengan tiga nilai yang diturunkan dalam jaran tersebut:
Namun kesahihan muasal ini tidak dapat disahihkan langsung.
Mitos ini juga mendakwa bahawa Confucius menggemari burung yang mungkin menjelaskan nama "Mahjong" (麻雀, yang bermaksud burung pipit). Bagaimana pun, tiada bukti kewujudan mahjong sebelum era Taiping pada kurun ke-19 yang mengenepikan Confucius sebagai pencipta yang mungkin.namun kesahihan cerita ini diragui. Dakwaan ini mungkin adalah cerita yang diragui kebenarannya. Menurut mitos ini,
Teori lain membayangkan bahawa permainan tersebut dimajukan dari kad dan permainan domino Cina sekitar tahun 1850. Ramai sejarawan percaya bahawa ia berasaskan satu permainan kad Cina yang disebut sebagai Mádiào atau Ma Tiae (馬吊 " Kuda Gantung") atau Yèzí (葉子 "Daun") pada awal zaman Dinasti Ming. Permainan ini dimainkan dengan 40 keping kad yang penampilannya serupa dengan kad-kad yang digunakan dalam permainan Ya Pei. 40 keping kad ini, dinomborkan dari 1 hingga 9 dalam empat buah sut berbeza bersama-sama empat keping kad bunga tambahan, adalah benar-benar serupa dengan penomboran buah-buah mahjong masa kini. Masih wujud lagi perdebatan sihat mengenai siapa yang mencipta permainan tersebut. Satu teori menyatakan bahawa pegawai tentera China yang berkhidmat semasa Pemberontakan Taiping telah mencipta permainan tersebut untuk mengisi masa. Teori lain menyatakan bahawa seorang bangsawan yang tinggal di kawasan Shanghai telah mencipta permainan tersebut antara tahun 1870 dan 1875. Manakala yang lain pula percaya bahawa di sekitar tahun 1850 di bandar Níngpō, dua orang bersaudara telah mencipta mahjong berdasarkan permainan Mádiào.
Permainan tradisional Cina ini diharamkan di negara asalnya pada tahun 1949, apabila Republik Rakyat China ditubuhkan. Rejim komunis baharu yang memerintah China melarang sebarang aktiviti perjudian yang dianggap sebagai simbol kerosakan golongan kapitalis. Selepas berlakunya Revolusi Kebudayaan, permainan tersebut dihidupkan kembali sehingga menjadi kegiatan masa lapang digemari orang Cina. Bagaimana pun,permainan ini kekal masyhur di tempat-tempat lain seperti di Hong Kong dan Makau terutamanya di kalangan masyarakat penutur bahasa Kantonis.
Meja yang dikhususkan untuk bermain mahjong berbentuk segi empat tepat dan dengan saiz cukup kecul untuk mendapatkan buah permainan. Sisi meja ditinggikan bagi mengelakkan buah tergelincir keluar manakala permukaan meja dipasangkan dengan baldu agar buah mainan tidak cepat haus.
Setiap buah mempunyai rekaan muka yang tersendiri yang membezakan ia antara satu sama lain. Buah-buah ini boleh berbeza rekaan ia dari kawasan ke kawasan ia dimainkan namun fungsi dan peranan buah tetap sama:
Jumlah buah yang tersedia akan menentukan bilangan buah yang dapat digunakan setiap pemain:
Jumlah buah | BIl. buah gunaan untuk setiap pemain |
---|---|
136 | 17 |
144 | 18 |
152 | 19 |
160 | 20 |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.