From Wikipedia, the free encyclopedia
Sihir (Jawi: سيحير) dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan. Penggunaan istilah sihir dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam. [Ibnu Khaldun]] dalam buku Muqaddimah menjelaskan sihir seperti berikut:
Ilmu sihir dan tilik adalah satu ilmu tentang persediaan jiwa manusia untuk mempengaruhi alam kebendaan sama ada tanpa bantuan atau dengan bantuan dari langit. Yang pertama adalah sihir dan yang kedua adalah tilik. Oleh kerana ilmu-ilmu ini ditolak di sisi syariat kerana berbahaya, dan kerana di antara syarat-syaratnya ialah berpaling daripada Allah, maka kitab-kitab tentangnya telah lenyap di kalangan manusia kecuali yang terdapat dalam kitab-kitab bangsa-bangsa purba termasuk yang wujud sebelum Nabi Musa AS seperti wak pajar .
Antara perkara yang dijumpai dalam catatan Mesir purba adalah mentera khusus untuk merawat kecederaan disebabkan kebakaran, seperti kata-kata Isis dalam satu lagenda Mesir "Isis dan Orisis" untuk menyembuhkan kanak-kanak bernama Horus yang dibakar oleh ahli sihir[1]:
Keluarlah, wahai engkau yang datang di dalam gelap dan masuk secara sembunyi-sembunyi! Adakah engkau datang untuk mengucup kanak-kanak ini? Aku tidak mengizinkan mengucupnya. Adakah engkau datang untuk mengambilnya? Aku tidak mengizinkanmu mengambilnya dariku. Aku telah melindunginya darimu dengan rumput apis yang memedihkanmu, dengan bawang yang menyakitkanmu, dengan madu yang manis dirasa oleh makhluk-makhluk yang hidup dan pahit di mulut makhluk-makhluk yang mati, dengan beberapa bahagian yang busuk dari ikan abad dan dengan tulang ikan sungai.
Penganut agama Islam dilarang keras daripada mengamalkan sihir, kerana dianggap mengingkari hukum Allah/alam dan boleh jatuh syirik. Ia seolah-olah cuba menyaingi kuasa Allah. Orang yang terkena sihir lazimnya dikatakan sebelum itu tiba-tiba meningkat nafsu syahwatnya seperti dia kerap/ketagihan melakukan seks di mana akhirnya mengakibatkan jiwa dan batinnnya menjadi lemah dan mudah kerasukan. [perlu rujukan] Ini juga lantaran dirinya terdedah kepada badan yang tidak suci(tidak mandi wajib/hadas) dan syaitan amat menyukai orang yang demikian. Terdapat juga tanda kusam dan lesu pada wajahnya terutamanya pada bibir dan mata putih[perlu rujukan]. Walau bagaimanapun sihir boleh dielak dengan mengamalkan beberapa ayat suci al-Quran seperti ayatul kursi dan lain-lain. Kedua-dua mazhab Sunni dan Shiah melarang penggunaan sihir. Di dalam aliran Sufi bagaimanapun terdapat konsep "barakah" yang merujuk kepada "rahmat" atau "kuasa Tuhan" yang diberikan kepada orang alim. Juga masih terdapat orang Islam yang menggunakan jin bagi tujuan yang baik seperti dalam perubatan dengan bantuan dari ayat Quran dan doa. Mazhab Wahhabi bagaimanapun melihat segala penggunaan jin atau makhluk halus walaupun untuk tujuan baik sebagai syirik.
Ilmu hitam yang dapat diamalkan masyarakat Melayu terbahagi kepada beberapa bahagian seperti berikut:
Sihir yang diamalkan boleh dikelaskan menurut beberapa kelompok seperti berikut:-
Mereka yang merawat sihir biasanya melalui beberapa kaedah atau cara:-
Pengamal perubatan Melayu yang merawat mangsa sihir boleh digolongkan kepada beberapa bahagian seperti:-
Di dalam media barat terutamanya yang ditujukan kepada kanak-kanak, ahli sihir sering digambarkan sebagai wanita tua yang jahat dengan kulit yang berkedut dan topi berbucu tajam, berbaju hitam atau ungu, dengan hidung yang berketuat and kadang-kadang kuku yang panjang.
Ahli sihir selalunya menaiki penyapu terbang seperti dalam cerita Harry Potter dan filem Hocus Pocus. Mereka selalunya didampingi dengan kucing hitam dan terdapat ahli sihir yang baik seperti dalam cerita Bewitched, Charmed dan The Craft.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.