pemeriksaan yang menggunakan medan magnet dan gelombang radio untuk menghasilkan gambaran imej organ dan struktur dalam badan From Wikipedia, the free encyclopedia
Pengimejan resonans magnet (bahasa Inggeris: Magnetic Resonance Imagingcode: en is deprecated , dipendekkan kepada MRI) merupakan satu kaedah pengimejan perubatan yang digunakan untuk menghasilkan gambar organ dalaman dalam organisma hidup dan juga untuk mengesan jumlah kandungan air dalam struktur geologi. Ia biasanya digunakan untuk menggambarkan secara pathologi atau perubahan fisiologi tisu hidup dan juga menganggarkan ketelusan batu kepada hidrokarbon. Pengimbas teknik pengimejan ini menggunakan medan magnet, dan gelombang radio untuk menghasilkan imej dalaman badan, berbanding imbasan tomografi berkomputer yang lebih menggunakan sinar-X dan sinaran pengion.
Individu yang hendak diteliti diletakkan dalam pengimbas MRI yang membentuk medan magnet yang kuat sekitar bahagian yang ingin diimbas. Proton-proton (atomhidrogen) dalam tisu badan yang mengandungi molekul air menghasilkan suatu isyarat yang diproses membentuk suatu imej badan.
Tenaga daripada medan magnet yang berayun dipakaikan pada pesakit pada frekuensi resonan yang sesuai.
Atom hidrogen menghasilkan isyarat frekuensi radio yang disukat oleh suatu gegelung penerima. Frekuensi ini boleh diolah untuk memasukkan maklumat kedudukan melalui pempelbagaian medan magnet melalui gegelung kecerunan (gradient coil).
Gegelung ini saling terbuka dan tertutup sehingga bunyinya boleh didengari sewaktu imbasan dijalankan pada pesakit.
Sebuah pengimbas MRI terdiri daripada beberapa komponen tertentu: magnet utama yang mengkutubkan sampel, gegelung baji (shim coil) untuk membetulkan peralihan dalam kehomogenan medan magnet utama, sistem kecerunan yang menempatkan isyarat resonan magnet, dan sistem frekuensi radio yang menguja sampel serta mengesan isyarat NMR yang terhasil. Keseluruhan sistem ini dikawal oleh beberapa buah komputer sampingan.
Pengimejan ini memerlukan medan magnet yang begitu kuat dan sekata. Kekuatan medan magnet ini diukur dalam tesla (T): kebanyakan sistem pengimejan ini beroperasi pada 1.5 T tetapi ada juga sistem gred komersial yang beroperasi pada antara 0.2 dan 7 T. Kebanyakan mesin pengimbas ini mempunyai magnet bersifat superkonduktif yang memerlukan helium cecair. Kekuatan medan yang lebih rendah boleh dicapai melalui magnet kekal, magnet jenis ini sering dipasang pada mesin pengimbas yang direka secara terbuka untuk merawat pesakit yang klaustrafobia.[1]
Simon, Merrill; Mattson, James S (1996). The pioneers of NMR and magnetic resonance in medicine: The story of MRI. Ramat Gan, Israel: Bar-Ilan University Press. ISBN0-9619243-1-4.
Haacke, E Mark; Brown, Robert F; Thompson, Michael; Venkatesan, Ramesh (1999). Magnetic resonance imaging: Physical principles and sequence design. New York: J. Wiley & Sons. ISBN0-471-35128-8.
P Mansfield (1982). NMR Imaging in Biomedicine: Supplement 2 Advances in Magnetic Resonance. Elsevier. ISBN9780323154062.
Eiichi Fukushima (1989). NMR in Biomedicine: The Physical Basis. Springer Science & Business Media. ISBN9780883186091.
Bernhard Blümich; Winfried Kuhn (1992). Magnetic Resonance Microscopy: Methods and Applications in Materials Science, Agriculture and Biomedicine. Wiley. ISBN9783527284030.
Peter Blümer (1998). Peter Blümler, Bernhard Blümich, Robert E. Botto, Eiichi Fukushima (penyunting). Spatially Resolved Magnetic Resonance: Methods, Materials, Medicine, Biology, Rheology, Geology, Ecology, Hardware. Wiley-VCH. ISBN9783527296378.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
Zhi-Pei Liang; Paul C. Lauterbur (1999). Principles of Magnetic Resonance Imaging: A Signal Processing Perspective. Wiley. ISBN9780780347236.
Franz Schmitt; Michael K. Stehling; Robert Turner (1998). Echo-Planar Imaging: Theory, Technique and Application. Springer Berlin Heidelberg. ISBN9783540631941.
Vadim Kuperman (2000). Magnetic Resonance Imaging: Physical Principles and Applications. Academic Press. ISBN9780080535708.
Bernhard Blümich (2000). NMR Imaging of Materials. Clarendon Press. ISBN9780198506836.
Jianming Jin (1998). Electromagnetic Analysis and Design in Magnetic Resonance Imaging. CRC Press. ISBN9780849396939.
Imad Akil Farhat; P. S. Belton; Graham Alan Webb; Royal Society of Chemistry (Great Britain) (2007). Magnetic Resonance in Food Science: From Molecules to Man. Royal Society of Chemistry. ISBN9780854043408.
What to Expect During Your MRI Exam - video daripada Institut Keselamatan, Pendidikan dan Penyelidikan Resonans Magnet mengenai jangkaan ketika menjalani ujian pengimbasan MRI
Sasaki M; Ehara S; Nakasato T; Tamakawa Y; Kuboya Y; Sugisawa M; Sato T (April 1990). "MR of the shoulder with a 0.2-T permanent-magnet unit". AJR Am J Roentgenol. 154 (4): 777–8. doi:10.2214/ajr.154.4.2107675. PMID2107675.
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.