Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Lyndon Baines Johnson (27 Ogos 1908-22 Januari 1973; Jawi: لاءيندن بينس جونسن) atau nama gelaran LBJ ialah ahli politik Amerika yang berkhidmat sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-36 dari tahun 1963 hingga 1969. Setelah melayari sebuah kerjaya yang panjang di Kongres Amerika Syarikat, Johnson berkhidmat sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat pada tahun 1963 lalu menggantikan John F. Kennedy yang terbunuh.
Lyndon B. Johnson لاءيندن بي. جونسن | |
---|---|
Dalam jawatan 22 November 1963 – 20 Januari 1969 | |
Naib Presiden | Tiada (1963-1965) Hubert Humphrey (1965-1969) |
Didahului oleh | John F. Kennedy |
Digantikan oleh | Richard Nixon |
Naib Presiden Amerika Syarikat ke-37 | |
Dalam jawatan 20 Januari 1961 – 22 November 1963 | |
Presiden | John F. Kennedy |
Didahului oleh | Richard Nixon |
Digantikan oleh | Hubert Humphrey |
Senator Amerika Syarikat dari Texas | |
Dalam jawatan 3 Januari 1949 – 3 Januari 1961 | |
Didahului oleh | W. Lee O'Daniel |
Digantikan oleh | William A. Blakley |
Ketua Majoriti Senat | |
Dalam jawatan 3 Januari 1957 – 3 Januari 1961 | |
Timbalan | Mike Mansfield |
Didahului oleh | William F. Knowland |
Digantikan oleh | Mike Mansfield |
Dalam jawatan 3 Januari 1955 – 7 November 1956 | |
Timbalan | Earle C. Clements |
Didahului oleh | William F. Knowland |
Digantikan oleh | William F. Knowland |
Ketua Minoriti Senat | |
Dalam jawatan 7 November 1956 – 3 Januari 1957 | |
Timbalan | Earle C. Clements |
Didahului oleh | William F. Knowland |
Digantikan oleh | William F. Knowland |
Dalam jawatan 3 Januari 1953 – 3 Januari 1955 | |
Timbalan | Earle C. Clements |
Didahului oleh | Styles Bridges |
Digantikan oleh | William F. Knowland |
Pengerusi Kaukus Demokrat Senat | |
Dalam jawatan 3 Januari 1953 – 3 Januari 1961 | |
Didahului oleh | Ernest McFarland |
Digantikan oleh | Mike Mansfield |
Ketua Pengelola Majoriti Senat | |
Dalam jawatan 3 Januari 1951 – 3 Januari 1953 | |
Ketua | Ernest McFarland |
Didahului oleh | Francis J. Myers |
Digantikan oleh | Leverett Saltonstall |
Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dari daerah ke-10 Texas | |
Dalam jawatan 10 April 1937 – 3 Januari 1949 | |
Didahului oleh | James P. Buchanan |
Digantikan oleh | Homer Thornberry |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Lyndon Baines Johnson 27 Ogos 1908 Stonewall, Texas |
Mati | 22 Januari 1973 64) Johnson City, Texas | (umur
Kewarganegaraan | Amerika |
Parti politik | Demokrat |
Pasangan | Lady Bird Taylor (k. 1934) |
Anak |
|
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali |
|
Tandatangan | |
Perkhidmatan tentera | |
Kesetiaan | Amerika Syarikat |
Cabang/khidmat | Tentera Laut Amerika Syarikat |
Tahun khidmat |
|
Pangkat | Komander |
Unit | Simpanan Tentera Laut Amerika Syarikat |
Perang/Pertempuran | Perang Dunia Kedua |
Ia juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Minoriti Parti Demokrat di Senat. Sebagai presiden, ia bertanggungjawab untuk pengesahan beberapa undang-undang yang berunsur liberal, termasuk Gerakan Hak Sivil Amerika tahun 1955-1968, Medicare, program "War on Poverty". Itu semua terdapat dalam program Great Society. Secara berturut, LBJ meningkatkan kehadiran pasukan Amerika Syarikat semasa Perang Vietnam, dari 16,000 di tahun 1963 kepada 550,000 pada awal tahun 1968, di mana lebih daripada 1,000 tentera Amerika terbunuh setiap bulan.
LBJ dipilih semula pada tahun 1964, namun pencalonannya pada tahun 1968 gagal sebagai hasil pergolakan di dalam partinya, lalu ia mengumumkan bahawa ia tidak ingin meneruskan pencalonan. Johnson dikenali ramai kerana keperibadian yang gila kuasa dan mencengkeram ahli politik utama. Warisan jangka panjangnya sukar diukur, kerana kemajuan yang dicipta dalam bidang hak-hak sivil dan program "Great Society", dicacatkan oleh isu Perang Vietnam.
Kerana menggantikan Presiden Kennedy, pada masa jawatan pertama ia tidak didampingi oleh naib presiden. Lalu setelah terpilih dalam menjalankan masa jawatan kedua, ia didampingi oleh Naib Presiden Hubert H. Humphrey.
Suami Lady Bird Johnson ini meninggal dunia di tanah peternakan LBJ di Stonewall, Texas, pada 22 Januari 1973.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.