From Wikipedia, the free encyclopedia
Vega merupakan pesawat mono (satu sayap) yang mampu membawa enam penumpang dan dibina oleh syarikat Lockheed bermula pada tahun 1927. Ia menjadi terkenal disebabkan ia digunakan oleh beberapa juru terbang untuk memecahkan rekod yang tertarik dengan rekebentuknya yang tahan dan mampunyai jarak jauh. Amelia Earhart menjadi wanita pertama terbang melintasi lautan Atlantik secara bersendirian dengan menggunakannya, dan Wiley Post berjaya terbang mengelilingi dunia sebanyak dua kali dengan menggunakannya.
Vega direka oleh John Northrop dan Gerrard Vultee, kedua-dua mereka akhirnya menubuhkan syarikat masing-masing. Kapal terbang Vega tersebut pada asalnya bertujuan untuk digunakan laluan penerbangan Lockheed sendiri. Mereka mula dengan membina kapal terbang empat penumpang yang tahan dan juga yang paling pantas. Dengan menggunakan reka bentuk terbaru dalam badan kapal terbang ( fuselage ) monocoque, sayap kantilever dan enjin terbaik yang ada, kapal terbang Vega menepati kelajuan yang dijanjikan.
Badan kapal terbang ( fuselage ) Vega adalah monocoque, tetapi dibina dari lapisan plywood atas rusuk kayu. Kapal terbang ini dibina dalam dua bahagian dalam mesin penekan besar dan digamkan sekali. Dengan pembinaan fuselage sebegini, rusuk sayap ( wing spar ) perlu kosong, dengan itu mereka memutuskan untuk membuat kantilever rusuk tunggal pada bahagian atas kapal terbang. Satu-satunya bahagian badan kapal terbang yang tidak licin adalah peralatan pendaratan. Enjin Wright Whirlwind, yang mampu menghasilkan 225 kuasa kuda (168 kW) dipilih untuk digunakan bagi kapal terbang Vega.
Vega 1 yang pertama, dinamakan Golden Eagle (Helang Emas), berlepas dari kilang Lockheed Los Angeles pada 4 Julai 1927. Ia mampu meluncur pada kelajuan 193 km/h (120 mph) yang laju pada masa itu, dan mempunyai kelajuan tertinggi pada 217 km/h (135 mph). Bagaimanapun dengan keupayaan hanya untuk empat penumpang (campur seorang pemandu) dianggap terlalu kecil untuk penggunaan bagi syarikat penerbangan. Beberapa pengguna persendirian membuat tempahanuntuk rekabentuk tersebut, dan pada akhir tahun 1928, Lockheed telah menghasilkan 68 buah kapal terbang dengan reka bentuk asal ini. Dalam Perlumbaan Udara Kebangsaan 1928 ( National Air Races ) di Cleveland, pesawat Vega memenangi kesemua anugerah kelajuan.
Cuba meningkatkan lagi rekabentuk, Northrop dan Vultee kemudiannya menghasilkan Vega 5 pada tahun 1929. Menambah enjin Pratt & Whitney Wasp 450 kuasa kuda (336 kW) membenarkan dua lagi kerusi ditambah. Mereka juga menambah cowling NACA baru untuk meningkatkan lagi kelajuan, dengan laju kruise meningkat kepada 249 km/h (155 batu sejam) dan laju maksima kepada 266 kilometer sejam (165 batu sejam). Sungguhpun dengan tatarajah enam kerusi baru masih dianggap terlalu kecil, dan Vega 5 juga kebanyakannya dibeli oleh juruterbang persendirian dan penganggkutan esekutif, dan 64 Vega 5 lagi dibina.
Templat:Airlistbox
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.