Locked Up in Malaysia's Lockdown
episod rancangan dokumentari terbitan Al Jazeera From Wikipedia, the free encyclopedia
episod rancangan dokumentari terbitan Al Jazeera From Wikipedia, the free encyclopedia
"Locked Up in Malaysia's Lockdown" (Melayu: Tersekat di Sekatan Pergerakan Malaysia ) ialah sebuah episod dalam rancangan dokumentari berbahasa Inggeris iaitu 101 East terbitan Al Jazeera. Episod dokumentari itu diterbitkan di laman perkongsian video YouTube pada 3 Julai 2020, 6:42 petang (WPM).[1] Episod ini membuat liputan terhadap layanan pekerja asing di Malaysia semasa wabak KOVID-19. Kerajaan Malaysia menafikan dakwaan bahawa pengendalian warga asing seperti yang terpapar dalam dokumentari tersebut berdasarkan isu perkauman serta menyatakan bahawa laporan Al Jazeera itu tidak benar.[2]
"Locked Up in Malaysia's Lockdown" | |
---|---|
Episod 101 East | |
Tarikh keluaran asal | 3 Julai 2020 |
Durasi penyiaran | 25 minit |
Pada 20 Julai, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mendapati bahawa penggambaran dokumentari terbabit adalah tanpa lesen pengeluaran yang sah berdasarkan Seksyen 22(1) Akta FINAS 1981 (Pindaan 2013).[3][4][5] Pihak Polis Diraja Malaysia juga melancarkan siasatan ke atas dokumentari tersebut sementara Jabatan Imigresen Malaysia menyoal siasat imigran Bangladesh yang ditemu ramah dalam dokumentari tersebut.[6][7][8] Sebagai reaksi, beberapa organisasi sivil termasuk mengeluarkan seruan terhadap kerajaan Malaysia agar menghentikan intimidasi kepada pihak media dan melindungi hak pekerja migran.[9] Pendatang itu, yang dikenali sebagai Mohammad Rayhan Kaybir, kemudian diusir ke Bangladesh pada 22 Ogos.[10]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.