From Wikipedia, the free encyclopedia
Lloyd Vernet Bridges, Jr. (15 Januari 1913 - 10 Mac 1998) merupakan pelakon Amerika Syarikat yang aktif dalam dalam siri televisyen dan telah berlakon kira-kira 150 buah filem.
Lloyd Bridges | |
---|---|
Kelahiran | Lloyd Vernet Bridges, Jr. 15 Januari 1913 |
Meninggal dunia | 10 Mac 1998 pada usia 85 |
Pasangan | Dorothy Dean Simpson |
Bridges dilahirkan di San Leandro, California oleh pasangan Lloyd Vernet Bridges, yang terbabit dalam perusahaan hotel California pernah memiliki pawagam. dan Harriet Evelyn Brown. Beliau pernah menuntut di Sekolah Tinggi (Senior) Eureka pada 1931. Bridges seterusnya menyambung pelajaran dalam jurusan sains politik di Universiti California, Los Angeles, yang juga tempat beliau bertemu jodohnya, Dorothy Dean Simpson; dan mereka berkahwin pada 1939. Di Pantai St. Pete.
Bridges mula berlakon untuk Broadway pada 1939 dalam sebuah produksi William Shakespeare yang berjudul Othello. Beliau pernah disenaraihitamkan sekitar 1950-an setelah beliau menyertai House Un-American Activities Committee yang juga menjadi Parti Komunis. Beliau memulakan kerjaya beliau semula apabila nama beliau dipulihkan oleh anggota FBI dan mula menumpukan kepada pembikinan drama TV.
Bridges mula dikenali setelah memegang watak sebagai Mike Nelson, menerusi siri TV Sea Hunt, (1958 – 1961). Beliau seterusnya membintangi rancangan antologi eponim The Lloyd Bridges Show, yang turut menampilkan kedua-dua orang anak lelakinya Beau Bridges dan Jeff Bridges. Beliau juga pernah ditawarkan watak sebagai Captain Kirk sebelum watak tersebut berpindah kepada William Shatner. Beliau pernah berlakon dalam The Loner (yang berakhir dengan satu musim sahaja pada 1965 hingga 1966), dua rancangan TV yang gagal menerusi stesyen NBC iaitu San Francisco International Airport (1970/71) dan Joe Forrester (1975/76). Kemudian beliau mencuba pula membawa peranan menerusi Paper Dolls (1984) dan Capital News (1990), yang diterbitkan oleh American Broadcasting Company (ABC), dan sekali lagi menerusi Harts of the West (1993), untuk CBS. Beliau pernah memainkan watak sebagai Commander Cain menerusi Battlestar Galactica (1978).
Beliau juga pernah berlakon untuk siri pendek seperti Roots, How the West Was Won , dan The Blue and the Grey. Pernah pernah mendapat dua kali pencalonan untuk Anugerah Emmy. Kedua-duanya pada 1957 dan 1998.
Bridges pernah terbabit dalam lebih 150 buah filem sepanjang hayatnya seperti Pada hayatnya yang terakhir, beliau menuruskan pejuangan sebagai anak seni menerusi filem seperti Airplane!, Hot Shots!, dan Jane Austen's Mafia!.
Beliau merupakan ayah kepada pelakon Jeff Bridges dan Beau Bridges serta datuk kepada Jordan Bridges. Beliau telah meninggalkan dunia pada 10 Mac 1998 kerana penyakit biasa.
Sebuah episod dalam drama Seinfeld ("The Burning") telah didedikasikan semperna mengingati Lloyd Bridges. Beliau memegang watak sebagai Izzy Mandelbaum menerusi episod "The English Patient" dan " The Blood".
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.