From Wikipedia, the free encyclopedia
Liliʻuokalani (sebutan Hawaii: [liˌliʔuokəˈlɐni]; diputerikan Lydia Liliʻu Loloku Walania Kamakaʻeha; 2 September 1838 – 11 November 1917) merupakan ratu pertama dan penguasa terakhir yang memerintah Kerajaan Hawaiʻi dari 29 Januari 1891 sehingga kerajaan tersebut digulingkan pada 17 Januari 1893.
Liliʻuokalani | |||||
---|---|---|---|---|---|
Ratu Kerajaan Hawaii (lanjut...) | |||||
Pemerintahan | 29 Januari 1891 – 17 Januari 1893 | ||||
Didahului oleh | Kalākaua | ||||
Diikuti oleh | Kerajaan digulingkan | ||||
Keputeraan | Honolulu, Oʻahu, Kerajaan Hawaii | 2 September 1838||||
Kemangkatan | 11 November 1917 79) Honolulu, Oʻahu, Wilayah Hawaii | (umur||||
Pemakaman | 18 November 1917 Makam Diraja Hawaii | ||||
Pasangan | John Owen Dominis | ||||
| |||||
Kerabat | Kalākaua | ||||
Ayahanda | Caesar Kapaʻakea, ayahanda angkat: Abner Pākī | ||||
Bonda | Analea Keohokālole. Bonda angkat: Laura Kōnia | ||||
Agama | Protestantisme Templat:Noprint inline | ||||
Tandatangan |
Baginda banyak menyumbang kepada budaya orang Hawaii melalui catatan sejarah serta gubahan lagu lalu kekal diingati sehingga hari ini.
Baginda diputerikan di tempat persemayaman nenda sebelah bondanya ʻAikanaka di kaki Kawah Puowaina di Honolulu, pulau Oʻahu.[1]
Baginda mula belajar pada usia empat tahun di Chiefs' Children's School, di mana baginda serta dua kakandanya (James Kaliokalani dan David Kalākaua) serta 13 orang pupunda diajarkan bahasa Inggeris oleh pasangan suami isteri mubaligh Amos Starr Cooke dan Juliette Montague Cooke.[2]
Semasa Raja Kalākaua dalam keberangkatannya mencemar duli ke sekitar San Francisco,[3] selatan California dan utara Mexico, baginda gering menghidap angin ahmar di Santa Barbara[4] Baginda koma di kamar peraduannya di San Francisco selama dua hari sebelum mangkat pada 20 Januari.[5][6] Khabar kemangkatan baginda tidak sampai kepada rakyat baginda di Hawaii sehinggalah mayat baginda dibawa kembali ke Honolulu dalam kapal Charleston pada 29 Januari.[7] Pada hari yang sama ketibaan mayat tersebut, Liliʻuokalani mengangkat sumpah agar taat setia kepada perlembagaan yang sedia ada lalu baginda dimahkotakan sebagai Ratu kepada Kerajaan Hawaii.[8][9]
Meskipun baginda kuat beragama Kristian mazhab Presbyterian, baginda turut mempunyai sikap belas kasihan dan toleransi terhadap agama-agama lain di kerajaannya. Baginda sungguh terutamanya menyambut kehadiran sami-sami Buddha dan Shinto ke negaranya sehingga baginda sudi mencemar duli menghadiri upacara meraikan Hari Wesak oleh segolongan bermazhab Mahayana pada 19 Mei 1901. Kehadiran baginda menjadikan agama-agama ini mula diterima masyarakat setempat sehingga pengharaman anutan tersebut dapat dielakkan oleh Pemerintah Wilayah, serta juga dihormati masyarakat Jepun di kedua-dua Kepulauan Hawaii dan Jepun.[10]
Baginda digulingkan pada 17 Januari manakala sebuah pemerintah sementara pimpinan Sanford B. Dole diiktiraf sebagai suatu kerajaan de facto.[11][12][13] Baginda melepaskan takhtanya kepada pihak Amerika Syarikat dengan harapan agar kerajaan Hawaii yang sebenar dapat dikembalikan.[14] Sementara itu, baginda menghantar Putera David Kawānanakoa dan Paul Neumann, seorang Ketua Peguam, untuk mewakili baginda.[15]
Neumann mengutuskan surat tulisan baginda kepada Presiden Grover Cleveland yang memulakan penggal keduanya pada 4 Mac.[16] Pemerintah Amerika Syarikat pimpinannya mewujudkan suatu laporan yang menyimpulkan dari penemuan yang dibuat bahawa penggulingan baginda Ratu Liliʻuokalani dilakukan secara haram dengan bantuan anggota tentera A.S dan Stevens.
Sepanjang musim panas tahun 1917, baginda menjadi semakin uzur sehingga tidak mampu menggerakkan kakinya dan sering tidak dapat mengecam tempat persemayaman baginda. Suatu majlis mendoakan keselamatan baginda diadakan di Istana Washington di tempat peraduan baginda dihadiri para penjaga dan teman rapat baginda. Baginda mangkat di samping kelompok rapatnya pada pagi November 1917.[17]
Mayat baginda tidak dibawa keluar dari persemayaman itu sehingga waktu tengah malam. Selepas masa tersebut tiba, mayatnya diarak ke Gereja Kawaiahaʻo untuk rakyat jelata memberikan penghormatan terakhir mereka, kemudiannya ke upacara memperingati baginda di Istana ʻIolani pada 18 November. Mayat baginda dibawa ke Makam Diraja Mauna ʻAla di mana baginda disemadikan bersama-sama kerabat baginda yang lain.[18]
Liliʻuokalani diceritakan sangat mahir bermain gitar, piano, organ, ʻukulele dan zither, serta turut menyanyikan lagu-lagu agama dan sekular dalam kedua-dua bahasa Hawaii dan Inggeris.[19][20] Baginda banyak menggunakan gubahan lagunya sebagai suatu ekspresi fikiran baginda terhadap rakyatnya, negaranya serta keadaan politik yang beralku di kepulauan tersebut.[21]
Baginda tetap menggubah lagu-lagu meskipun setelah dipenjarakan di Istana ʻIolani serta diharamkan akhbar dan buku sastera daripada baginda. Antara lagu gubahan tersebut ialah Aloha ʻOe; ia pada asalnya merupakan suatu lagu cinta antara sepasangan yang berpisah, namun ia lama kelamaan menjadi suatu simbol kedukacitaan baginda atas runtuhnya kerajaan baginda.[21][22][23]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.