Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan yang dipertanggungjawabkan untuk memajukan dan menggalakkan pembangunan ekonomi dan sosial golongan petani di kawasan Kemubu.
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 30 Mac 1972 |
Bidang kuasa | Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia |
Ibu pejabat | Peti Surat 127, Jalan Dato’Lundang 15710 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia |
Menteri bertanggungjawab | |
Eksekutif agensi |
|
Agensi induk | Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia |
Dokumen penting | |
Laman sesawang | Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu |
Nota kaki | |
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu di Facebook |
KADA, sebuah agensi yang unggul, berusaha meningkatkan taraf sosio-ekonomi petani dan pengeluaran makanan negara. Terutama dalam pengeluaran padi dan beras untuk memenuhi keperluan beras negara. KADA juga merupakan agensi kerajaan pusat yang membangunkan dan memperkuat institusi peladang. Tujuannya adalah menaungi keluarga tani dan meningkatkan pendapatan per kapita golongan petani agar selaras dengan pendapatan per kapita negara.
KADA juga bertujuan bagi merancang dan mengusahakan kawasan Kemubu dengan pelbagai kemajuan pertanian mengikut sebagaimana yang diperuntukkan oleh negeri.
KADA ditubuhkan pada 30 Mac 1972 melalui Seksyen 4 (1) Akta 69, Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu 1972, dan dilancarkan dengan rasminya oleh YAB Tun Hj Abdul Razak Bin Hussein, Perdana Menteri Malaysia kedua pada 2 Mac 1973.
Menjadi sebuah agensi peneraju dalam bidang Agromakanan ke arah melahirkan golongan sasar yang berpendapatan tinggi.
KADA akan terus memberikan perkhidmatan yang berkualiti, efisien, berteknologi dan berintegriti serta meneroka pasaran dalam dan luar negara dalam membantu meningkatan pendapatan petani di kawasan seliaan KADA dengan usaha yang mapan untuk menjadikan agensi ini sebagai badan utama dalam pengeluaran agromakanan di samping meningkatan keupayaan petani dan usahawan tani yang berdaya saing dan inovatif.
KADA berusaha mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan peningkatan tahap kepuasan pekerja sebagai komitmen KADA untuk melahirkan pekerja berkompetensi dan setia dengan kegiatan pembangunan yang komprohensif.
Memberikan perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan berkesan dalam bidang sumber bekalan air, pengurusan sistem pengairan dan saliran serta penggunaan teknologi pertanian melalui kaedah pembangunan bersepadu.
Meningkatkan hasil pengeluaran padi serta lain-lain makanan dan meningkatkan taraf sosio-ekonomi keluarga tani dalam kawasan KADA.
Menghasilkan dan mempelbagaikan pengeluaran produk agromakanan yang berkualiti.
Mencapai ekonomi golongan sasar berpendapatan tinggi merupakan salah satu aktiviti ekonomi utama dalam Model Ekonomi Baru yang dikenalpasti adalah sektor pertanian yang akan melonjakkan negara berpendapatan tinggi dalam tahun 2020.
Memantapkan penggunaan teknologi dan inovasi secara meluas yang bertepatan dengan kehendak pengeluaran membolehkan peningkatan produktiviti dan pengurangan kos pengeluaran.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.