From Wikipedia, the free encyclopedia
Jata Azerbaijan menggabungkan simbol tradisional dan moden. Titik utama lambang ini adalah simbol api. Warna yang digunakan dalam komposisi lambang diambil dari bendera Azerbaijan. Warna tersebut boleh ditemui pada latar belakang di belakang bintang berpucuk lapan (۞ Rub El Hizb).
Penggunaan jata semasa sekarang, diambil dan digunakan pada 17 November, 1990 dengan keputusan oleh Sidang Tertinggi di Republik Autonomi Sosialis Soviet Nakhichevan, kemudianya diluluskan oleh Parlimen Azerbaijan pada 5 Februari, 1991.
Jata negara Azerbaijan semasa ada mempunyai kesamaan dengan jata Republik Demokratik Azerbaijan (DRA) pada tahun 1918.
Dalam tahun 1922, dimana Azerbaijan diletakkan bersama-sama Georgia dan Armenia sebagai sebuah kawasan Republik Sosialis Persekutuan Soviet Transcaucasia (RSPST). Jata ini digunakan oleh kerajaan Caucasus Selatan. Ia mencampurkan rekabentuk jata dari penduduk-penduduk dari tiga negara tersebut. Didalam jata ini, terdapat unsur seni keislamanan dan komunis. Ukiran bintang yang berada dijata merupakan satu elemen dari jata lama Georgia (1918-1921); bulan sabit pula digunakan sebagai melambangkan keislaman, yakni agama yang dianuti oleh orang Azeri, dan Gunung Ararat pula digunakan sebagai lambang kepada Armenia.
Apabila Kesatuan Soviet berpecah dalam tahun 1991 dan Azerbaijaa terus menjadi satu republik bebas, dan mengantikan jata (sekarang) serta menjadikan ia jata negara sejak dari tahun 1991.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.