Laksamana (kugiran)

From Wikipedia, the free encyclopedia

Laksamana merupakan salah satu kumpulan rock Malaysia[1] yang mencipta nama sekitar tahun 1990-an.[2] Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.

Fakta Segera Juga dikenali sebagai, Genre ...
Laksamana
Juga dikenali
sebagai
Ihsan
GenreHard rock, rock progresif, slow rock, balada
Tahun aktif1990
Kegiatan berkaitanBerkumpulan
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Tutup

Kumpulan yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini (seangkatan dengan Olan) terkenal dengan lagu Gugurnya Bunga Cinta yang mendapat sambutan baik daripada para peminatnya.[3][4]

Laksamana hanya sempat merakamkan dua album sahaja. Album pertama berjudul Syukur mendapat sambutan hangat dengan lagu Gugurnya Bunga Cinta. Sementara lagu Bulan Madu Dalam Hempedu dipetik dari album kedua mereka berjudul Resah. Album ini masih mengekalkan konsep yang hampir dengan album terdahulu. Lagu 'jiwang-jiwang' masih menjadi senjata utama Laksamana.

Barisan keanggotaan

Laksamana dianggotai oleh Mizi (bes), Lokman (gitar), Ahmad (dram) dan Nizam Arjuna (penyanyi).[5]

Diskografi

Album-album studio

  • Syukur (1991)
  • Resah (1992)

Runut

Syukur

  • "Gugurnya Bunga Cinta"
  • "Itulah Caraku"
  • "Akukah Yang Terlewat"
  • "Kehilangan"
  • "Kita Adalah Sama"
  • "Bunga Berbisa"
  • "Hadirlah Kasih"
  • "Aku Adalah Mentarimu"

Resah

  • "Curang"
  • "Apa Kau Kan Bikin"
  • "Luka Di Kemudian"
  • "Panji Si Dalang"
  • "Kembalikan Irama Cintamu"
  • "Bulan Madu Dalam Hempedu"
  • "Lantas Menjulang Resah"
  • "Setelah Mencermin Diri"
  • "Koran Dari Parak"
  • "Bayangan Yang Tak Pasti"

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.