From Wikipedia, the free encyclopedia
Kumpulan The Zikr merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu nasyid Melayu.
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Pada tahun 1990-an, Al-Arqam menerusi Unit Hiburannya (Syukbah Hiburan) menubuhkan kumpulan The Zikr di bawah label OVA Production (Audio Video Al-Arqam) yang ketika itu adalah kumpulan nasyid terawal yang menggunakan alatan perkusi moden seperti drum-machine.
Strateginya mudah, sebagai alternatif hiburan kepada remaja yang mengagung-agungkan muzik barat pada masa itu dan dalam masa yang sama menyediakan hiburan alternatif bercorak keislaman yang mengagung-agungkan Tuhan. Kumpulan ini aktif awal 1990-an dan bergerak selama lima tahun berikutnya.
Lagu-lagu mereka yg sebenar dirakam semula[perlu rujukan] dengan kumpulan nama Raihan dan menjadi popular hingga sekarang.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.