Remove ads


Kumpulan Infectious Maggots merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Bahasa Inggeris.

Fakta Segera Berasal dari, Syarikat rakaman ...
Infectious Maggots
Berasal dariMalaysia Malaysia
Syarikat rakaman
Sonic Asylum (Sudah tutup)
Pengkarya berkait
Berkumpulan
AhliMadec
Lan Bear
Lan "Bye"
P.E.
Kombat
Bekas ahliJijoe
Fathul
Rizal
Reza
Man
Ian Han
Ezan
As
Tutup

Sejarah

Di sekitar Oktober 1989, beberapa orang pelajar sekolah menengah mula berjinak dengan alat-alat muzik di sebuah studio praktis bernama Hellions Studio di Kompleks Medan Mara, Kuala Lumpur. Tidak lama kemudian, sebuah pertandingan kugiran mula berlangsung di sebuah kelab berhampiran dan mereka bersetuju untuk beradu nasib secara suka-suka dan memasuki pertandingan tersebut dengan menggunakan nama ABC DEAD. Mengikut kata mereka ketika itu, nama itu adalah singkatan dari Anarchy Brings Chaos, Death, Extreme And Destruction yang bermaksud “anarki membawa kekacauan, ektrimis dan kehancuran”.

Empat orang pemuda yang menganggotai kumpulan ini ketika itu adalah Lan “Bear” selaku pemain gitar utama, Lan “Bye” selaku pemain dram, K-Roll selaku pemain bass, Wan Ermie selaku pemain gitar kedua dan Kochix selaku penyanyi. Muzik yang dipelopori mereka ketika itu adalah apa yang dipanggil sebagai “crossover” iaitu campuran muzik Thrash Metal dan muzik Hardcore (muzik Punk yang dikeraskan lagi) seperti apa yang diketengahkan oleh kumpulan-kumpulan barat seperti Sacred Reich, S.O.D/M.O.D., Gang Green dan D.R.I., manakala penyanyi mereka Kochix mengutamakan persembahan suara garau ala Death Metal. ABC DEAD banyak menghabiskan masa lapang mereka di studio tersebut dan berlatih dengan tekun sehingga mereka berjaya menjalankan satu persembahan di kelab Metallica Music Lounge, Kompleks Pertama pada 25 Februari 1990 bersama kumpulan undergound lain seperti Rator.

Tidak lama kemudian, Wan Ermie mengundurkan diri dan menganggotai sebuah kumpulan bernama Mutilation dan kemudiannya menjadi pemain bass untuk kumpulan Deflowered. Untuk sementara itu, dia telah diganti oleh kawan mereka yang bernama Rizal. Sebelum berakhirnya tahun 1990, Rizal menarik diri dan Kochix juga mengikutinya. Dengan serta-merta Kochix telah digantikan oleh Fathul, pemuda lepasan sekolah dari Alor Setar yang pernah menganggotai sebuah kumpulan punk yang bernama Teenage Mutants di bandar utara tersebut. Dengan ada nya ahli baru, mereka mula menukar nama kumpulan kepada INFECTIOUS MAGGOTS yang bermaksud “ulat berjangkit” sebagai satu nama yang membayangi pelbagai penyakit masyarakat sekarang termasuk jenayah dan seksual.

Tidak lama kemudian mereka terus merakamkan 4 lagu untuk dikeluarkan di dalam kaset demo pertama mereka di studio Amerah, Kompleks Pertama. Kesemua lagu-lagu tersebut dirakamkan secara sekali-tangkap (one-take) dengan hanya menggunakan alat rakaman 4-tracks. Dengan cara tersebut, mereka berjaya menghasilkan satu kaset demo yang agak baik dengan masa rakaman yang agak pendek iaitu 2 jam.

Lagu-lagu yang dirakamkan untuk demo tersebut adalah “Inhuman”, “Strange Behaviour”, “Mutiny At Last” dan sebuah lagu yang tidak digunakan kerana mempunyai arah bunyian yang agak lain. Kesemua lagu-lagu tersebut adalah hasilan dari peringkat akhir ABC DEAD dan tidak banyak persamaan dengan apa yang dipertengahkan oleh Infectious Maggots sekarang. Satu kelainan yang ketara dari peringkat ABC DEAD adalah suara Fathul yang lebih garau menyerupai penyanyi muzik “Grindcore” seperti kumpulan Napalm Death dan juga penghasilan lirik-lirik spontan bersahaja.

Kaset demo ini dinamakan mereka sebagai “Life Among The Ruins” dan mula dijual kepada peminat-peminat muzik underground serata Malaysia melalui pos di sekitar awal 1991.

Tidak lama kemudian mereka mengambil seorang lagi pemain gitar bernama P.E. dan mula mempertengahkan muzik “Grindcore” (satu percampuran stail muzik dari Ultra-Hardcore/Punk dan Death Metal) seperti apa yang dimainkan oleh kumpulan-kumpulan Napalm Death, Terrorizer, Carcass dan Morbid Angel. Ketika itu juga, Fathul dan Lan “Bear” mula bermain dengan kumpulan-kumpulan muzik underground lain sebagai projek-sampingan “side-project” antatranya adalah Flowers Decay (sekarang ini dikenali sebagai DeFlowered) yang dianggotai oleh Fathul dan Lan “Bear untuk sementara, manakala  Fathul tidak lama kemudian menubuhkan sebuah kumpulan muzik Indie-Pop (campuran elemen power-pop, punk dan pop 60’an) bersama Spiral Kinetik Circus.

Tidak lama kemudian, K-Roll terpaksa menarik diri untuk meneruskan pelajarannya dan dia telah digantikan oleh As (bekas pemain dram Deflowered). Infectious Maggots mula menyiapkan lagu-lagu baru untuk rakaman demo kedua mereka untuk dikeluarkan pada awal 1992. Pada masa ini juga, Lan “Bye” juga sibuk membantu kumpulan muzik Death Metal bernama Sil Khannaz dari segi latihan lagu-lagu baru mereka dan berlarutan sehingga menjadi “sessionist drummer” atau pemain dram sesi untuk rakaman album pertama Sil Khannaz.Lan Bear pula merupakan pemain gitar untuk rakaman demo sebuah kumpulan muzik Grindcore yang bernama Mighty Devastator.

Dalam bulan Jun 1992, Infectious Maggots bersama The Pilgrims, Mutilation, Assault dan F.T.G. bersama di dalam sebuah konsert bertajuk Alternative Music Showcase Part 1 di kelab Renaissance, Plaza Yow Chuan, Ampang dan konsert ini mempersembahkan kali pertama arah baru muzik Infectious Maggots.

Di sekitar September 1992, Sonic Asylum Records menawarkan satu kontrak rakaman kepada Infectious Maggots dan mula menjalankan rakaman album pertama di dalam bulan Oktober di studio FGM. Namun, sebaik sebelum rakaman bermula, As menarik diri dan menganggotai kumpulan Death Metal iaitu Silent Death. Oleh kerana situasi itu, Fathul telah memainkan bass selain dari menyanyi.

Album yang dihasilkan mereka telah dinamakan “Deep Within Our Grief Factory, Milk Runs Red” satu tajuk yang menggambarkan perasaan hati masyarakat sekarang yang telah kehilangan kesucian hidup dan juga meningkat nya keganasan dan kezaliman di dalam hidup seharian. Dari segi muziknya pula, banyak elemen-elemen elektronik atau lebih dikenali sebagai muzik Industrail (muzik yang dihasil oleh banyak kumpulan kesenian bunyi, dari kumpulan muzik eksperimental di sekitar awal hingga akhir 70’an seperti kumpulan Kraftwerk, Cabaret Voltaire dan Throbbing Gristle yang menggunakan bunyian elektronik iaitu synthesizer dan “beat” yang “monotonous”) telah diserapi oleh Infectious Maggots selain dari muzik Grindcore yang menjadi teras utama. Rentak drum Lan “Bye” pula diinspirasi dari lagu-lagu dansa dan pop dari zaman 70’an dan 80’an seperti Chic, Dennis Edwards dan Red Hot Chilli Peppers agar lagu-lagu mempunyai beat yang rancak. Lirik-lirik pula berkisar di alam masalah peribadi seperti kesunyian hidup dan pandangan diri ke atas perhubungan peribadi.

Infectious Maggots pada pertama kalinya mempersembahkan lagu-lagu dari album mereka di sebuah konsert mereka di Anderos Fun Club, Ampang pada 6 Disember 1992. Konsert bertajuk “Alternative Music Showcase Part 2” ini juga mempersembahkan kumpulan-kumpulan lain seperti Flop Poppy, Spiral Kinetik Circus, Mutilation dan Sil Khannaz. Pada kali ini, mereka mendapat khidmat sementara pemain bass baru iaitu Knox. Dengan terjualnya album mereka ini, Infectious Maggots Telah banyak kali menjalankan konsert termasuk bersama The Pilgrims pada 6 Februari 1993.

Jijoe (Deflowered) menyertai Infectious Maggots untuk menggalas tugas pemain bass tetapi hanya untuk waktu yang singkat, kemudian Riza dan Rizal (kembar) menyertai mereka sebagai pengganti kekal untuk posisi pemain bass dan pemain gitar. Fathul akhirnya mengundurkan diri dan telah digantikan oleh Ezan.

Pada tahun 1994, Fathul telah mengumpulkan semula lagu-lagu yang tidak digunakan untuk album pertama dan mengeluarkannya sebagai EP yang diberi tajuk "Cookie Jar".

Pada tahun 1995, mereka melancarkan album kedua kita berjudul 'Unknown' kali ini di bawah label Pony Canyon Music. Namun, Lan “Bye” yang telah lama membantu Sil Khannaz, telah mengundurkan diri dan menjadi pemain dram kekal untuk Sil Khannaz. Ezan mengajak Wira (Necrotic Chaos) untuk mengambil tempat Lan Bye sebagai dram. Pada saat itu, mereka baik-baik saja sampai salah satu daripada ahli band itu Lan Bear telah dilanda masalah kesihatan dan sebagai akibat kehilangan band itu menyentuh dan arah. Setelah Lan Bear kembali sihat, dia dikenali sebagai manusia baru, ia diberi kesempatan untuk menyertai kembali dengan kumpulan sebagai gitar yang pertama.

Pada tahun 2000, dengan ketiadaan ahli kumpulan asal, Fathul telah berkeputusan untuk merakamkan lagu-lagu baru nya di bawah nama Infectious Maggots bersama kerjasama dengan CD Naz iaitu bekas pemain gitar untuk Sil Khannaz waktu itu. Album yang terhasil dinamakan Karat Besi Simfoni.

Pada tahun 2006, dengan line-up baru, Riza (Gitar) Rizal (Bass), Lan Bear, Lan Bye (Dram) Man (Vokal) telah beraksi di Rock The World 7 pada Disember 2006.

Pada tahun 2010, line-up album pertama telah menggegarkan dunia metal bawah-tanah semula dengan kemunculan Fathul. Penyatuan line-up album pertama ini telah disambut dan disokong oleh semua peminat metal yang sebenar dan dari rakan-rakan metal yang terkenal seperti Sil Khannaz, Silent Death, Brain Dead dari seluruh pelusuk Malaysia kerana mereka semua tahu pencipta Infectious Maggots yang sebenar-benarnya dari era ABC DEAD ialah Lan “Bear” dan Lan "Bye".

Fathul akhirnya akur dan mengundurkan diri akibat kesihatan. Persembahan beliau terjejas akibat kesihatan dan dilhat sering kurang bertenaga. Posisinya kini telah digantikan oleh bekas vokalis kumpulan Negation iaitu Madec yang mendapat reaksi mengagumkan dari peminat-peminat dengan persembahan vokal beliau yang amat bertenaga.

Mereka telah mendapat tawaran untuk beraksi di festival heavy metal yang terkenal dan terbesar di Malaysia iaitu KL Metalcamp 2017. Namun, Jijoe tidak dapat memberikan khidmat nya kerana urusan bersama keluarga. Tugas beliau telah digalas oleh Kombat iaitu gitaris until kumpulan The Pilgrims.

Persembahan sulung mereka berlima di KL Metalcamp 2017 mendapat ulasan kepujian yang tinggi dan dikatakan persembahan yang terpaling baik sepanjang hayat kumpulan ini.

Mereka kemudiannya mengadakan persembahan di Dungun yang dukacitanya merupakan persembahan yang terakhir Jijoe bersama mereka. Jijoe telah mengambil keputusan untuk bersara dari kumpulan ini untuk memajukan kareer dan keluarga.

Persembahan mereka di Dungun telah memecah rekod kehadiran yang tertinggi pernah dicatatkan untuk scene heavy metal Dungun. Walaupun mereka memulakan persembahan lewat jam 1:20 pagi, hadirin tetap setia dan tidak berganjak. Persaraan Jijoe turut disambut oleh rakan band dan hadirin semua.

Remove ads

Ahli-ahli

Anggota

  • Madec - Vokals
  • Lan 'Bear' - Gitar
  • Lan "Bye" - Drum
  • P.E. - gitar
  • Kombat - Bass

Bekas Ahli

  • Jijoe
  • Fathul
  • Rizal
  • Reza
  • Man
  • Ian Han
  • Ezan
  • As

Diskografi

  • Life Among The Ruins demo (1990)
  • Deep Within Our Grief Factory Milk Runs Red (1993)
  • Cookie Jar E.P. (1994)
  • Unknown (1996)
  • Karat Besi Simfoni (2000)

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.

Remove ads