kumpulan muzik slow rock Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Kumpulan Kris merupakan sebuah kumpulan rock Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1988 dan menyampaikan lagu-lagu rock berbahasa Melayu. Kumpulan Kris muncul di tengah-tengah kehangatan muzik rock menguasai persada muzik tanah air, sebaris dengan kumpulan-kumpulan rock lain seperti Dinamik, WOW, Blackrose, Damasutra dan Laksamana. Kris juga merupakan kumpulan rock ketiga dari Malaysia yang menandatangani kontrak dengan Life Rekod (kini Life Records) selepas Bumiputra Rockers dan XPDC.
Kris | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Malaysia |
Genre | Hard rock, Pop rock, Rock kapak |
Pekerjaan | Penyanyi / Pemuzik |
Instrumen | Vokal / Band |
Tahun aktif | 1988 - 1995 |
Syarikat rakaman | Gong Production (1991-1995) Life Records (1991-1995) |
Pengkarya berkait | M. Nasir Hattan Kumpulan Mega Kumpulan Search |
Ahli | Alim - Vokal Mukhris - Gitar Lomaq - Bass Joey - Dram |
Berbekalkan lagu berhantu Tiara, Kris tidak mengambil masa yang lama untuk menempa populariti. Dalam masa yang singkat mereka berjaya menempatkan diri sebaris dengan kumpulan-kumpulan rock yang sedia ada.
Album pertama Kris yang meletup dengan lagu Tiara telah terjual melebihi 110,000 unit sekaligus menempatkan mereka sebagai salah satu kumpulan rock baru yang paling popular ketika itu. Manakala album kedua telah mencatat jualan sekitar 50,000 unit. Pencapaian ini dianggap hebat bagi sebuah kumpulan yang baru muncul dengan satu album.
Kumpulan Kris diasaskan pada awal tahun 1991 oleh Munir, pemain dram pertama kumpulan Putra sekaligus pemain dram kumpulan The Lips yang sering mengiringi persembahan solo ratu rock negara iaitu Ella. Penubuhan kumpulan ini didorong oleh pelawaan Pak Husin, pengurus syarikat produksi Gong Production yang ketika itu hendak mencari pemuzik-pemuzik yang akan digandingkan bersama vokalis sementara Metal Child, Alim untuk membentuk sebuah kumpulan rock baharu. Munir yang pada ketika itu tidak lagi berminat untuk meneruskan kerjayanya bersama The Lips menerima pelawaan tersebut dan telah mengajak Lomaq (bass) dan Mukhris (gitar) untuk bergabung dengan Alim. Namun di pertengahan jalan, Munir menarik diri dari projek tersebut setelah dipanggil oleh rakan lamanya, Mad (Mat Mega) untuk menyertai kumpulan Mega menggantikan Joey. Sebagai pertukaran, Joey kemudiannya mengisi posisi yang ditinggalkan Munir dan berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bergabung dengan Lomaq, Mukhris dan Alim. Maka, terbentuklah kumpulan rock baharu yang dinamakan Rajawali dan menandatangani kontrak rakaman album pertama yang hanya tinggal proses memasukkan vokal sahaja.
Namun setelah proses tersebut siap, mereka dikejutkan dengan isu nama Rajawali apabila terdapat sebuah kumpulan rock lain yang terlebih dahulu menggunakan nama tersebut dan telahpun memasarkan album mereka di bawah label Sinar Muzik. Tidak mahu isu tersebut berlarutan, mereka sepakat untuk menukar nama kumpulan kepada Kris yang diambil daripada nama sebuah senjata yang digunakan oleh orang Melayu iaitu keris. Akhirnya, album pertama Kris berjudul Tiara mendarat di pasaran pada pertengahan tahun 1991 di bawah label Gong Production sambil Life Rekod (kini Life Records) bertindak sebagai pengedar album.
Kedua-dua album Kris telah dikeluarkan semula oleh LIFE Records bagi membolehkan peminat-peminat memiliki semula koleksi lagu-lagu mereka selepas 20 tahun.
Carta pujaan 10 Radio 1 Malaysia (kini Radio Klasik FM) | ||
---|---|---|
Tahun | Tajuk | Kedudukan |
(23Ogos - 19 Sep) 1993 | Lagu Cenderawasih | 1 |
Anugerah Juara Lagu (AJL) | ||
---|---|---|
Tahun | Karya | Keputusan |
1991 | Tiara | Menang
• Juara Lagu tempat ke -3
|
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) | ||
---|---|---|
Tahun | Kategori | Keputusan |
1992 | Penyanyi Berkumpulan Popular | Tercalon |
Anugerah Industri Muzik (AIM) | |||
---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Karya | Keputusan |
1993 | Video Muzik Terbaik | Cenderawasih | Tercalon |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.