Komandan Kor Marin atau Commandant of the Marine Corps (CMC) biasanya pegawai tertinggi dalam Kor Marin Amerika Syarikat dan merupakan anggota Ketua Turus Bersama. CMC melapor terus kepada Setiausaha Tentera Laut Amerika Syarikat dan bertanggungjawab untuk memastikan organisasi, dasar, pelan, dan program-program untuk Kor Marin dan juga memberi khidmat nasihat kepada Presiden, Setiausaha Pertahanan, Majlis Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Tanah Air, dan Setiausaha Tentera Laut mengenai perkara-perkara yang melibatkan Kor Marin. Di bawah kuasa Setiausaha Tentera Laut, CMC menamakan kakitangan Marin dan sumber-sumber kepada para panglima Markas Medan Bersepadu. Komandan melakukan semua fungsi lain yang ditetapkan dalam Seksyen 5043 dalam Perkara 10 Kod Amerika Syarikat atau perwakilan tugas dan tanggungjawab kepada pegawai lain dalam pentadbiran bagi pihaknya. Seperti dengan ketua-ketua bersama yang lain, Komandan adalah jawatan pentadbiran dan tidak mempunyai kuasa perintah beroperasi ke atas pasukan-pasukan sebenar Kor Marin Amerika Syarikat.

Fakta Segera Lapor kepada, Bidang kuasa ...
Komandan Kor Marin
Thumb
Lambang Kor Marin
Thumb
Bendera Komandan Kor Marin
Thumb
Penyandang
Jeneral Christopher J. Mahoney
sejak 3 November 2023
Jabatan Tentera Laut
Lapor kepadaSetiausaha Pertahanan
Setiausaha Tentera Laut
Bidang kuasaAmerika Syarikat Sunting nilai ini di Wikidata
KediamanMarine Barracks, Washington, D.C. (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
PusatThe Pentagon, Daerah Arlington, Virginia, A.S.
Dilantik olehPresiden
atas nasihat dan persetujuan Senat
Tempoh jawatan4 tahun
Boleh diperbaharui sekali (Dalam masa peperangan atau semasa darurat nasional yang diisytiharkan oleh Kongres)
Surat cara pembentukan10 U.S.C. § 5043
Dibentuk28 November 1775de facto,
12 Julai 1798de jure
Pemegang pertamaSamuel Nicholas
Timbalan/naibAsisten Komandan Kor Marin
Tapak web
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Tutup

Komandan dicalonkan oleh Presiden untuk tempoh empat tahun jawatan dan perlu disahkan oleh Senat. Melalui kuasa statut, Komandan dilantik sebagai Jeneral empat bintang. "Komandan bertanggungjawab terus kepada Setiausaha Tentera Laut untuk jumlah prestasi Kor Marin. Ini termasuklah pentadbiran, disiplin, organisasi dalaman, latihan, keperluan, kecekapan, dan kesediaan perkhidmatan. Komandan juga bertanggungjawab bagi operasi sistem sokongan material Kor Marin". Sejak tahun 1801, kediaman rasmi Komandan terletak di Berek Marin di Washington, DC dan ibupejabat beliau adalah di Arlington, Virginia. Jawatan ini setaraf dengan Komandan Jeneral Marin Diraja British.

Lihat juga

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.