From Wikipedia, the free encyclopedia
Kinoko Nasu (奈須 きのこ , Nasu Kinoko, dilahirkan pada 28 November 1973) ialah seorang penulis Jepun yang terkenal kerana menulis karya-karya novel visual seperti Tsukihime dan Fate/stay night. Gaya dan teknik penceritaan Nasu telah menjadikannya salah seorang daripada novelis visual paling popular di Jepun.
Bersama-sama rakan kelas sekolah menengahnya iaitu Takeshi Takeuchi, Nasu telah menubuhkan Type-Moon pada tahun 2000, asalnya sebagai sebuah kumpulan dōjin untuk mencipta novel visual yang berjudul Tsukihime, yang telah mendapat populariti tinggi dalam masa yang singkat; salah satu faktornya adalah gaya penceritaan Nasu yang unik. Sebuah judul sambungan kepada Tsukihime, iaitu Kagetsu Tohya, telah dikeluarkan pada bulan Ogos 2001.
Selari dengan kejayaan Tsukihime, Type-Moon menjadi sebuah organisasi komersial. Pada tanggal 28 Januari 2004. Type-Moon mengeluarkan judul Fate/stay night, hasil karya Nasu; siri tersebut juga telah menarik perhatian dan seterusnya mengundang kejayaan yang tinggi, menjadi salah satu daripada judul novel visual paling popular pada hari keluarannya. Sebuah judul sambungan kepada Fate/stay night, iaitu Fate/hollow ataraxia, dikeluarkan pada 28 Oktober 2005. Kedua-dua karya novel visual Nasu (Tsukihime dan Fate/stay night) telah diadaptasikan menjadi siri-siri anime dan manga yang popular.
Dikalangan karya-karya Nasu yang lebih awal termasuklah novel-novel Kara no Kyoukai, asalnya diterbitkan pada tahun 1998 dan dicetak semula pada tahun 2004, Angel Notes, Mahoutsukai no Yoru dan Koori no Hana.
Nasu juga telah menulis karya-karya berikut:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.