Kesultanan Pahang Darul Makmur adalah daripada keturunan Kesultanan Melaka dan Bendahara Johor yang merupakan keturunan daripada Sang Nila Utama dengan puteri Demang Lebar Daun dari Palembang iaitu Raden Ratna Cendera Puri.

Fakta Segera Sultan dan Raja Pemerintah Negeri Pahang Darul Makmur dan Segala Jajahan Takluknya, Penjawat kini ...
Sultan dan Raja Pemerintah Negeri
Pahang Darul Makmur dan Segala Jajahan Takluknya
Wilayah/Negeri
Thumb
Penjawat kini
Thumb
Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
sejak 11 Januari 2019
dimasyhurkan 15 Januari 2019
Butiran
GelaranKebawah Duli Paduka Baginda
Pewaris takhtaTengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
Penyandang pertamaSultan Muhammad Shah
Pembentukan1 Mac 1470; 554 tahun yang lalu (1470-03-01)
PersemayamanIstana Abu Bakar, Pekan
Laman sesawangwww.dirajapahang.my
Tutup

Sejarah kesultanan Pahang

Pengasas

Kesultanan Negeri Pahang dikatakan telah wujud semenjak zaman Melaka apabila Sultan Muhammad Shah[1] iaitu putera kepada Sultan Mansur Shah dengan Puteri Onang Sari yang dilantik menjadi sultan yang pertama bagi Negeri Pahang. Sebelum itu, Pahang berada dibawah pemerintahan Kerajaan Siam.

Perebutan kuasa

Pada tahun 1614, berlaku peristiwa di mana perebutan kuasa antara Sultan Abdul Ghafur dengan anggota keluarganya dan berakhir dengan satu pembunuhan di mana Sultan Abdul Ghafur dan Raja Muda Abdullah terbunuh. Bagi mengekalkan pemerintahan Negeri Pahang, Sultan Ahmad telah dilantik sebagai Sultan di Pahang.

Serangan Acheh

Pada tahun 1617, Acheh di bawah kepimpinan Sultan Iskandar Muda telah menyerang Pahang dan membawa Sultan Ahmad dan keluarganya ke Acheh.

Di bawah pemerintahan Johor

Seterusnya,pemerintahan Negeri Pahang telah diletakkan di bawah Kesultanan Johor yang berpusat di Johor. Di bawah kesultanan tersebut, pemerintahan Negeri Pahang diletakkan di bawah pemerintahan seorang Bendahara. Keadaan ini berterusan sehinggalah kepada pemerintahan Sultan Mahmud Shah II (Marhum mangkat dijulang). Apabila Sultan Mahmud Shah II mangkat dibunuh oleh Megat Seri Rama (Laksamana Bentan) pemerintahan telah berpindah kepada Bendahara pada masa itu iaitu Bendahara Paduka Raja, Tun Abdul Jalil anak Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid (Marhum Padang Saujana).

Tun Abdul Jalil (Marhum mangkat di Kuala Pahang) menaiki takhta kerajaan dengan gelaran Sultan Abdul Jalil IV. Seorang putera Baginda bernama Tun Abbas dijadikan Bendahara yang memerintah di Pahang. Dari zuriat Tun Abbas inilah lahirnya pemerintahan negeri Pahang daripada kalangan Bendahara sehingga pemerintahan Bendahara Siwa Raja,Wan Ahmad.

Pemerintahan sendiri

Dengan termetrinya Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, telah mengakibatkan pemisahan pemerintahan diantara Riau dengan Johor dan Pahang. Setelah kuasa Raja di Riau dirampas oleh Belanda, maka pemerintah Pahang dan Johor telah mengisytiharkan pemerintahan sendiri dengan memakai gelaran Sultan. Kesultanan Pahang yang ada pada hari ini telah bermula apabila Bendahara Wan Ahmad mula memakai gelaran Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah pada tahun 1882 dan dari zuriat Baginda, kekalnya Raja Pemerintah Negeri Pahang hingga ke hari ini.

Senarai (Sultan Pahang) Dan (Raja Bendahara Pahang), (Bendahara Johor)

DYMM Paduka Seri Sultan Pahang

(Wangsa Kesultanan Melaka-Pahang)

  1. 1470–1475:Sultan Muhammad Muayat Shah I[2][3] (Sultan Pahang Pertama)
  2. mac – ogos 1475:Sultan Abdul Jamal Shah I (Sultan Pahang Ke-2)
  3. 1475–1497:Sultan Ahmadd Muayat Shah I (Sultan Pahang Ke-3)
  4. 1497–1519:Sultan Mansur Muayat Shah I (Sultan Pahang Ke-4)
  5. 1519–1530:Sultan Mahmud Shah Ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah (Sultan Pahang Ke-5)
  6. 1530–1542: Sultan Muzaffar Muayat Shah Ibni Almarhum Sultan Mahmud Muayat Shah (Sultan Pahang Ke-6)
  7. 1540–1555: Sultan Zainal Abidin Shah Ibni Almarhum Sultan Mahmud Muayat Shah (Sultan Pahang Ke-7)
  8. 1555–1560: Sultan Mansur Muayat Shah II Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin (Sultan Pahang Ke-8)
  9. 1560–1575: Sultan Abdul Jamal Shah II Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin (Sultan Pahang Ke-9)
  10. 1575–1590: Sultan Abdul Kadir Alauddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin (Sultan Pahang Ke-10)
  11. 1590–1592: Sultan Ahmad Muayat Shah II (Sultan Pahang Ke-11)
  12. 1592–1614:Sultan Abdul Ghafur Muhiuddin Shah (Sultan Pahang Ke-12)
  13. 1614–1615:Sultan Alauddin Riayat Shah(Sultan Pahang Ke-13)
  14. 1615–1617:Raja Bujang [4] (Sultan Pahang Ke-14)
  15. 1641–1676:Raja Bajau (Putera Sultan Abdullah Ma’ayat Shah II @ Putera Raja Bongsu, Sultan Johor ke-6) [5] (Sultan Pahang Ke-15)
  16. 1676–1688:Sultan Ibrahim Shah I (Sultan Johor ke-8) (Raja Ibrahim @ Putera Raja Bajau) (Sultan Pahang Ke-16 dan Terakhir) Wangsa Kesultanan Melaka-Pahang

[5]

Bendahara Johor, Raja Bendahara Pahang dan KDPB Sultan Pahang

(Wangsa Bendahara Johor-Pahang)

  1. 1688–1697:Dato' Bendahara Seri Maharaja Tun Habab Abdul Majid bin Almarhum Tun Muhammad Ali Al-Aydrus (Bendahara Johor ke-19)
  2. 1697–1699:Dato' Bendahara Seri Maharaja Tun Abdul Jalil @ Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV ibni Almarhum Dato' Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid Al-Aydrus (Bendahara Johor ke-20)
  3. 1699–1708:Dato' Bendahara Seri Maharaja Tun Mas Anom bin Almarhum Tun Habib Abdul Majid Al-Aydrus (Bendahara Johor ke-21)
  4. 1708–1716: Dato' Bendahara Seri Maharaja Tun Abdullah bin Almarhum Tun Habib Abdul Majid Al-Aydrus (Bendahara Johor ke-22)
  5. 1718–1721:Dato' Bendahara Seri Maharaja Tun Abdul Djamal bin Almarhum Tun Habib Abdul Majid Al-Aydrus (Bendahara Johor ke-23)
  6. 1722–1724:Dato' Bendahara Seri Maharaja Tun Abbas ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV (Bendahara Johor ke-24 dan Nenek Moyang Wangsa Temenggong) Anak beliau ialah Temenggong Tun Abdul Jamal bin Almarhum Bendahara Tun Abbas (Temenggong Johor ke-I)
  7. 1724–1734: Dato' Bendahara Seri Maharaja Tun Husain ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV @ Tun Abdul Jalil (Bendahara Johor ke-25)
  8. 1734–1748: Dato' Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir I ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV @ Tun Abdul Jalil (Bendahara Johor Lama ke-26)
  9. 1748–1777: Dato' Bendahara Seri Maharaja Tun Hasan bin Almarhum Tun Abbas (Bendahara Johor ke-27 dan Terakhir)
  10. 1777–1802: Raja Bendahara Seri Maharaja Tun Abdul Majid bin Almarhum Tun Hasan (Raja Bendahara Pahang Pertama)
  11. 1802–1803: Raja Bendahara Seri Maharaja Tun Muhammad bin Almarhum Tun Abdul Majid (Raja Bendahara Pahang Ke-2)
  12. 1803–1806: Raja Bendahara Seri Maharaja Tun Koris bin Almarhum Tun Abdul Majid (Raja Bendahara Pahang Ke-3)
  13. 1806–1847: Raja Bendahara Seri Maharaja Tun Wan Ali bin Almarhum Tun Koris (Raja Bendahara Pahang Ke-4)
  14. 1847–1863: Raja Bendahara Seri Maharaja Tun Wan Mutahir bin Almarhum Tun Wan Ali (Raja Bendahara Pahang Ke-5 dan Terakhir)
  15. 1863–1881: Raja Bendahara Seri Maharaja Tun Wan Ahmad ibni Almarhum Tun Wan Ali (Permasyhuran ke-1 kemudian Baginda menggunakan gelaran Sultan) (Sultan Pahang Pertama) Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah bagi gelaran Tengku untuk keturunan beliau kerana beliau menjadi Sultan Pahang
  1. 16 Ogos 1881 – 13 April 1909: Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah ibni Almarhum Raja Bendahara Seri Maharaja Tun Wan Ali (Permasyhuran ke-2) (Sultan Pahang Pertama) Sultan Ahmad al-Mu’azzam Shah bagi gelaran Tengku untuk keturunan beliau kerana beliau menjadi Sultan Pahang [6]
  2. 13 April 1909 – 11 Jun 1917:Sultan Mahmud Shah[6] (Sultan Pahang Modern Ke-2)
  3. 11 Jun 1917 – 22 Jun 1932:Sultan Abdullah al-Mu’tassim Billah Shah[6](Sultan Pahang Ke-3)
  4. 22 Jun 1932 – 7 Mei 1974 : Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’azzam Shah[6](Sultan Pahang Ke-4)
  5. 7 Mei 1974 – 11 Januari 2019 : Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah[6](Sultan Pahang Ke-5)
  6. 11 Januari 2019 – kini : Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah[7] (Sultan Pahang Ke-6)
  7. Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (Tengku Mahkota Pahang dan Pewaris takhta ke-I)

Rujukan

  • Aruna Gopinath (1991). Pahang 1880-1933: A Political History. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society.
  • Zakiah Hanum (2004). Asal Usul Negeri-Negeri Malaysia. Times Editions-Marshall Cavendish. ISBN 9812326081.
  • Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (2011). The Encyclopedia of Malaysia : Volume 16, The Rulers of Malaysia. Archipelago Press. ISBN 9789813018549.

Nota kaki

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.