Penderitaan atau kesengsaraan (kata dasar sengsara, "kesulitan...kesukaran" dari bahasa Sanskrit संसार saṃsāra, "perputaran keberadaan mengelilingi dunia"[1][2]) dalam erti kata luas bermakna pengalaman afektif kesusahan and keperitan seseorang individu bertindak balas dari persepsi sesuatu ancaman atau bahaya.[3] Penderitaan boleh jadi berbentuk fizikal[4] atau mental.[5] Keamatannya berbeza-beza, daripada ringan hinggalah tidak tertahan. Faktor masa dan kekerapan lazimnya memburukkan lagi keadaan. Selain faktor-faktor ini, sikap seseorang terhadap penderitaanya mungkin mengambil kira aspek berapa banyak kesengsaraan itu, adakah ia boleh dielakkan, kegunaannya dan sama ada ia berpatutan.
Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 1119. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 167–168.
Hudson, Wayne (2012). "Chapter 14: Historicizing Suffering,". Dalam Malpas, Jeff; Norelle, Lickis (penyunting). Perspectives on Human Suffering. Springer. According to the standard account suffering is a universal human experience described as a negative basic feeling or emotion that involves a subjective character of unpleasantness, aversion, harm or threat of harm to body or mind
, memetik:
- Spelman, E. V. (1995). Fruits of sorrow framing our attention to suffering. Boston, Mass., USA: Beacon Press.
- Casell, E. J. (1991). The nature of suffering and the goals of medicine (ed. pertama). New York: Oxford University Press.
Contoh penderitaan fizikal: kesakitan, kegatalan, kena geletek, sesemut atau kebas, lapar atau dahaga, dan pelbagai gejala penyakit; rujuk:
Penderitaan mental juga dipanggil psikologi atau emosi. Contohnya: kehibaan, kesedihan, kemurungan, jijik, kejengkelan, kemarahan, keberangan, kebencian, penghinaan, cemburu, iri hati, teringin, kekecewaan dan patah hati.
Maklumat lanjut Emosi ...
Emosi |
Belas kasihan • Cinta • Ekstasi • Enui • Epifani • Fanatisisme • Harga diri • Iri hati • Kasihan pada diri sendiri • Keambivalenan • Keangkuhan • Kebahagiaan • Kebanggaan • Kebencian • Kebosanan • Keghairahan • Kekecewaan • Kekeliruan • Kekosongan • Kemarahan • Kemarahan salih • Kemurungan • Kepahitan • Keprihatinan • Kesangsian • Kesedihan • Kesepian • Ketakutan • Ketenangan • Kompersi • Limerens • Melankolia • Nafsu • Panik • Pemuasan • Penderitaan • Penerimaan • Pengharapan • Penghinaan • Perasaan cemburu •
Perasaan disingkirkan • Perasaan gerun • Perasaan terkejut • Rasa bersalah • Rasa malu • Rasa menyampah • Rasa segan • Rasa sesal • Rasa terhutang budi • Rindu kampung halaman • Sikap apati • Taubat |
Tutup