Ranggi atau kelopak bunga merupakan jenis daun yang mengelilingi bahagian pembiakan bunga. Helai-helai daun ini biasanya berwarna terang atau berbentuk luar biasa bagi menarik serangga pendebunga. Keseluruhannya, sekelompok ranggi dikenali sebagai korola atau sari bunga.[1]
Ranggi biasanya diiringi oleh set daun khas yang dikenali sebagai kelopak terletak di bawah korola. Bahagian ranggi dan kelopak yang kelihatan sama dan susah dibezakan pada genus seperti Aloe dan Tulipa dikenali sebagai tepal. Genus tumbuhan seperti Rosa dan Phaseolus memiliki kelopak dan ranggi yang jauh berbeza.
Variasi
Ranggi boleh jauh berbeza pada spesies berlainan. Bilangan ranggi pada bunga mungkin mempunyai petunjuk pada pengelasan tumbuhan. Sebagai contoh, bunga tumbuhan eudikotiledon (kumpulan dikotiledon terbesar) paling kerapnya memiliki empat atau lima ranggi sementara bunga monokotiledon memiliki tiga atau enam ranggi, sungguhpun terdapat banyak pengecualian pada aturan ini.[2]
Putaran ranggi atau korola mungkin sama ada jejarian atau bersimetri secara dwisisi (lihat simetri dalam biologi and simetri flora). Sekiranya kesemua ranggi adalah pada asasnya bentuk dan saiz serupa, bunga tersebut dikatakan sebagai biasa atau aktinomorf (bererti "bentuk-pancaran"). Banyak bunga hanya bersimetri pada satu paksi (cth. simetri adalah bilateral) dan diistilahkan luar biasa atau zigomorfi (bererti "berbentuk kuk atau sepasang"). Pada bunga "luar biasa", bahagian bunga lain mungkin terubahsuai dari bentuk "biasa", tetapi ranggi menunjukkan perbezaan terbesar dari simetri jejarian. Contoh bunga zigomorfi boleh dilihat pada anggerik dan ahli keluarga kekacang.
Pada kebanyakan tumbuhan keluarga Asteraceae seperti bunga matahari, Helianthus annuus, ukur lilit pada kuntum bunga terdiri dari anak bunga ruji (ray floret) dan anak bunga ceper (disc floret). Setiap anak bunga ruji secara anatomi merupakan bunga individual dengan ranggi besar tunggal, anak bunga ceper berkumpul di tengah cakera kuntum bunga.[3]
Ranggi bagi spesies tumbuhan berlainan juga jauh berbeza dari segi warna dan pola warna, kedua-dua bagi cahaya kelihatan dan pada ultralembayung. Pola sedemikian sering berfungsi sebagai panduan pada pendebunga, dan dikenali dengan pelbagai gelaran seperti pemandi madu, pemandu debunga, pemandu bunga dan sebagainya.
Sungguhpun ranggi biasanya merupakan bahagian paling menonjol bagi bunga, sesetengah rumput (Poaceae), hanya memiliki ranggi yang amat kecil atau tiada langsung.
Struktur yang serupa
Kadangkala bahagian yang berbeza secara botani kelihatan seperti ranggi. Dalam genus Canna, ranggi sebenar adalah kecil sementara stamen adalah besar dan berwarna terang. Sebilangan tumbuhan memiliki pengasuh yang menyerupai ranggi, sebagai contoh bagi Bougainvillea, Cornus florida (flowering dogwood) dan ahli keluarga Euphorbiaceae.
Korola
Istilah keseluruhan bagi kesemua ranggi adalah korola. Kaliks (semua ranggi) dan korola keseluruhan membentuk sari salut. Peranan korola bagi evolusi tumbuhan telah dikaji dengan pesatnya sejak Charles Darwin mengetengahkan teori asal korela memanjang dan tiub korela.[4]
Sekiranya ranggi bebas dari sesama sendiri pada korela, pokok itu adalah polipetal atau koripetal; sementara sekiranya sebahagian ranggi sekurang-kurangnya bersepadu, ia adalah gamopetal atau simpetal.
Genetik
Genetik asas pembentukan ranggi, menurut Model ABC Perkembangan Bunga, iaitu sepal, ranggi, stamen, dan karpel adalah versi diubah suai sesama sendiri. Ia kelihatan bahawa mekanisme bagi membentuk ranggi berevolasi hanya sedikit (kemungkinan hanya sekali), berbanding berevolasi beberapa kali dari stamen.[5]
Lihat juga
Rujukan
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.