Daewoo Shipbuilding & Marine Engineering Co. Ltd. (DSME; Melayu: Kejuruteraan Marin dan Pembinaan Kapal Daewoo , Korea: 대우조선해양) ialah salah sebuah daripada pembina kapal terbesar di dunia dan salah satu daripada tiga pembina kapal terbesar dari Korea Selatan bersama-sama Samsung dan Hyundai).
Jenis/bentuk sah | Awam |
---|---|
ISIN | KR7042660001 |
Industri | Pembinaan kapal |
Ditubuhkan | 23 Oktober 2000 |
Ibu pejabat | Seoul, Korea Selatan |
Tokoh penting | Nam Sang Tae, Presiden, CEO, dan Pengarah |
Keluaran | FPSO, Separa-tenggelam, kapal gerudi, kapal penumpang, LNG/LPG, VLGC/VLCC, LNG-RV, struktur luar pantai. dan kapal tentera laut |
Hasil | AS$ 8.75 bilion |
Pemilik | Korea Development Bank, Hana Bank, Hanwha Aerospace, National Pension Service, Hanwha Systems, Hanwha Impact |
Bilangan kakitangan | 25,000 |
Syarikat induk | Hanwha Group |
Anak syarikat | Hanwha Ocean Shandong, Samwoo Heavy Industries |
Tapak web | www.dsme.co.kr |
sunting · sunting di Wikidata |
Hangul | 대우조선해양 |
---|---|
Hanja | 大宇造船海洋 |
Perumian Semakan | Dae-u Joseon Haeyang |
McCune–Reischauer | Taeu Chosŏn Haeyang |
Sejarah
Pada 21 Februari 2011, A. P. Moller-Maersk Group (Maersk) menempah 10 kapal kontena besar di DSME, masing-masing dengan kapasiti 18,000 kontena, melebihi kapal kontena terbesar pada masa itu, iaitu. Mærsk kelas E yang berkapasiti 15.200 kontena.[1] Kontrak ini bernilai $1,9 milyar.[2] Kapal pertama dijadulkan selesai pada tahun 2014. Pada Jun 2011, Maersk menempak sepuluh kapal peti kemas lagi, dengan nilai kontrak $1,9 milyar juga.[2] Kapal-kapal ini kini tergolong sebagai kelas Triple E.
Pada 20 Disember 2011, Daewoo Shipbuilding Marine Engineering memenangi kontrak pertahanan terbesar yang pernah dimenangi oleh syarikat Korea Selatan, yang bernilai $ 1.07 bilion untuk membuat tiga kapal selam untuk Indonesia.[3] Kontrak ini juga menandai ekspor kapal selam pertama dari Korea Selatan.[4]
Pada 22 Februari 2012, DSME menerima kontrak dari Kementerian Pertahanan Britain berilai £452 juta untuk membina empat unit kapal pengisian bahan bakar 'MARS' berlambung ganda seberat 37.000 tan untuk Royal Fleet Auxiliary. Keempat-empat kapal ini dijangka mulai beroperasi pada tahun 2016.[5]
DSME juga membuat 15 unit kapal pemecah ais LNG/kapal tangki untuk Yamal LNG untuk digunakan untuk mengeksport gas asli cecair dari Artik Rusia. Setiap kapal direka untuk dikendalikan selama setahun penuh dari Semenanjung Yamal dan boleh memecahkan ais hingga setebal 2.5 meter. Kapal tangki ini direka di Finland oleh Aker Arctic Technology Inc.[6][7]
Pada 15 Jun 2016, Dewan Audit dan Pemeriksaan Korea Selatan menemukan penipuan perakaunan beenilai 1,5 trilipn won (sekitar US$1,27 bilion) pada buku DSME.[8] Pada Julai 2016, diumumkan bahawa saham DSME dihentikan perdagangannya sekurang-kurang hingga 28 September 2017.[9] Setelah kehilangan 3.3 trilion won pada tahun 2015 dan 2.7 trilion won pada tahun 2016, kerajaan memberikan pinjaman kepada DSME sebanyak 2.9 trilion won (US $ 2.6 bilion) pada bulan Mac 2017 untuk mengelakkannya muflis.[10]
Pada tahun 2017, ia telah diumumkan bahawa Korea Utara mungkin telah menceroboh sistem dan mencuri reka bentuk kapal perang DSME pada bulan April 2016.[11]
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.