From Wikipedia, the free encyclopedia
Keith Allen Haring (4 Mei 1958 – 16 Februari 1990) merupakan seorang artis seni Amerika Syarikat yanng mengkhusus kepada seni popular dan seni jalanan seumpama grafiti yang muncul daripada Bandar Raya New York pada abad 1980-an.[1]
Keith Haring | |
---|---|
Kelahiran | Keith Allen Haring 4 Mei 1958 |
Meninggal dunia | Februari 16, 1990 31) Bandar Raya New York, Amerika Syarikat | (umur
Pendidikan |
|
Terkenal kerana |
|
Karya terkenal | "Crack is Wack" |
Gerakan politik | Kesedaran AIDS |
Anugerah | The Art Award [[[Wikipedia:Penjelasan|Penjelasan diperlukan]]][perlu rujukan] |
Laman web rasmi | www |
Keith Haring lahir di Reading, Pennsylvania pada 4 Mei 1958; Beliau anak sulung dalam empat adik-beradik (yang selebihnya perempuan: Kay, Karen and Kristen)[2] kepada Joan Haring dan Allen Haring, seorang jurutera dan kartunis amatur. Keluarga mereka berpindah ke Kutztown, Pennsylvania, di mana beliau membesar di sana. Beliau menamatkan persekolahannya pada tahun 1976. Keluarganya beragama Kristian mazhab United Church of God,[3] malah Haring pernah terlibat dalam pergerakan evangelis Jesus Movement yang berleluasa di Amerika Syarikat semasa usia remajanya.[3]
MInatnya terhadap seni lukisan mula berputik hasil hubungan rapat bersama ayahnya membantu membuat projek lukisan,[4] malah juga dipengaruhi karya-karya pekartun lain seperti Walt Disney, Dr. Seuss, Charles Schulz serta juga produksi Looney Tunes terutamanya siri The Bugs Bunny Show.[4] Beliau pada usia awal dewasa pula merantau serata Amerika Syarikat menjual rekaan kemeja T yang pelbagai memaparkan dari kugiran muzik sampai ke slogan politik.[5]
Beliau melanjutkan pengajiannya dalam bidang seni komersil di Ivy School of Professional Art Pittsburgh pada 1976, namun beliau hilang minat setelah hasil pembacaan The Art Spirit (1923) karya Robert Henri.[6] Beliau menamatkan pengajiannya hanya dua semester setelah itu pada tahun 1978.[4]
Haring meninggal pada 16 Februari 1990 tidak lama setelah mengalami komplikasi berkaitan penghidapan AIDS.[7]
Madonna dalam konsert pertama di New York jelajah dunia Blond Ambition pada Jun bulan mengumumkan suatu sumbangan amal di mana semua jualan tiket akan disalurkan kepada seberapa badan amal membantu berkaitan penjagaan mangsa-mangsa AIDS sempena memperingati Haring. His art remains on display worldwide.[8]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.