From Wikipedia, the free encyclopedia
Kaum Miriek merupakan penduduk asal bumiputera di bandar Miri. Miri terletak hampir dengan sempadan Brunei di timur laut Sarawak.
Mereka juga terdapat di Miri, Pujut (Unan) Bakam, Lopeng (Lufieng), Lutong, Bekenu, Kuala Baram (Long Utan) Sibuti, Marudi, Tutong Brunei, Temburong Brunei, dan Kuala Belait.
Nama-nama tempat di sekitar Miri, Sibuti, Lutong yang ada membawa msksud dalam Bahasa miriek adalah seperti berikut :-
Miri - Miriek
Kuala sungei Miri - Long Miriek
Kuala Baram - Long Utan
Sungei Rait - Rait bermaksud pasir
Lopeng - Lufieng (sejenis daun untuk membuat lufai atau kelupis)
Brighton Road (kini Jalan Temenggong Lawai Jau), Brighton bersasal dari perkataan Miriek 'Beritan' bermasud tempat persinggahan berdekatan Muara sungei Miri (Long Miri) yang menjadi perhentian ulang alik kaum Miriek dari dan ke sekitar Kuala Baram, Lutong, Pujut, Lopeng ke Bakam, Berajeh (Beraya), dan Sibuti.
Tanjong Lobang - Teking Lubeng
Luak - Lu' ak yang bererti 'bay'
Pujut - Unan
Baraya - 'Berajeh' yang membawa maksud Buaya
Merbau - Merabuh yang bererti keruh
Liku - Liku dari perkataan 'Likouh' bermaksud sungai. Sungai Liku bermaksud Sungai sungai.
Canada hill - Lad kanada, Lad bermaksud bukit
Lutong berasal dari perkataan selutong iaitu pokok jelutong yang banyak tumbuh sekitar Lutong pada suatu ketika dahulu.
Pujut bererti - Punggut
Kampung Raan - Raan dari pokok bush Raan / Raas
Selepas Berajeh atau Beraya hingga Sibuti kebanyakan nama-nama tempat adalah berasal dari nama dalam Bahasa ethnic [Bakong / Bakaong / Bahung] yang berhijrah sekitar Beraya, Sungai Uban sebelum ke Kampung Menjelin, Rambai, Bekenu Asli, Kuala Satap (Setab bermaksud tebing dalam Bahasa Bakoung)
Kaum Miriek yang berhijrah ke Sibuti berkahwin dengan ethnik Bahoung dan [Daleh/Daliek] yang banyak menetap di kawasan Kayu Kapur Dan Bekenu Dan Kampung Rambai.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.