From Wikipedia, the free encyclopedia
Kata pemeri ialah kata yang bertugas memeri hal atau merangkaikan frasa utama dalam predikat dengan frasa subjek dan sebagai pemisah antara subjek dengan predikat ayat. Dengan kata lain, frasa yang hadir sebelum kata pemeri ialah subjek ayat sementara frasa yang hadir selepas kata pemeri ialah predikat ayat. Terdapat dua jenis kata pemeri, iaitu ialah dan adalah. Kata pemeri tergolong dalam kata tugas.
Pada umumnya, kata pemeri 'ialah' hadir di hadapan frasa nama, manakala 'adalah' hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Kata pemeri juga pada umumnya tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi, kecuali dalam binaan kata nafi dan frasa adjektif. Selain itu kata pemeri turut tidak boleh hadir di hadapan frasa atau kata kerja.
Perkataan "ialah" itu terdiri daripada "ya" dan "lah", bukannya "ia" orang ketiga. "Ya" menyatakan kebenaran. "Ialah" hanya diguna apabila ayat memberi definisi.
"Adalah" pula bagi membuat penerangan kepada sesuatu sifat atau adjektif.
Manakala menggunakan perkataan "merupakan" perlu dielakkan. Pembentukan perkataan ini tidak dapat difahami. Dan sesuatu yang tidak difahami, elok tidak digunakan.
Perkataan yang mempunyai awalan "me-" dan akhiran "-kan" lazimnya menunjukkan perbuatan transitif seperti berikut:
Perkataan "merupakan" tidak jatuh ke dalam pola ini.
Ada sesuatu yang tidak kena pada ayat yang menggunakan perkataan "merupakan" di atas. Oleh sebab itu, penggunaan perkataan seperti ini tidak digalakkan. Lebih baik ayat di atas ditulis seperti berikut:
Penggunaan kata pemeri amat terbatas, dan sebenarnya kurang digalakkan dalam pembentukan ayat-ayat bahasa Melayu.
Kata pemeri 'ialah' berfungsi membuat takrifan. Kata ini menghubungkan subjek dan predikat yang seimbang. Contoh:
Kata pemeri 'adalah' pula memberi huraian atau penjelasan mengenai subjek. Kata ini menghubungkan subjek dengan predikat yang menjadi huraiannya. Contoh:
Merupakan tergolong dalam kata sendi. Fungsi 'merupakan' menunjukkan makna seperti. Contoh:
Terdapat perbezaan diantara penggunaan ialah dengan adalah. Sebagai contoh, perhatikan ayat (1) yang berikut:
Dalam ayat (1), frasa “Putrajaya” ialah subjek ayat manakala frasa “pusat pentadbiran baru Malaysia” ialah predikat ayat. Kedua-duanya (subjek dan predikat) dipisahkan oleh kata pemeri ialah. Sebenarnya, kehadiran kata pemeri dalam ayat seperti (1) hanya bersifat pilihan. Dengan kata lain, tanpa kehadiran ialah ayat (1’) yang dijana tetap gramatis.
Bagaimanapun, bagi ayat yang lebih panjang, kehadiran kata pemeri dapat membantu meningkatkan kefahaman kerana pemisahan antara subjek dengan predikat ayat adalah lebih jelas.
Maksud ayat (2) lebih jelas berbanding ayat (2’) kerana kehadiran kata pemeri ialah menyebabkan pemisahan yang nyata antara subjek ayat (Putrajaya yang terletak di tengah-tengah Malaysia) dengan predikat ayat (pusat pentadbiran baru negara ini). Ketiadaan kata pemeri ialah dalam (2’) menyebabkan pemisahan tersebut menjadi agak kabur.
Kesalahan yang sering dilakukan dalam penggunaan kata pemeri ini dapat dibahagikan kepada dua jenis. Pertama, menggunakan kata pemeri adalah dalam struktur ayat yang sepatutnya menggunakan kata pemeri ialah, atau sebaliknya. Dengan kata lain, kesalahan menukar ganti penggunaan kata pemeri tersebut dengan sewenang-wenangnya. Kedua, menggunakan kata pemeri adalah dalam struktur ayat yang tidak sepatutnya menggunakan sebarang kata pemeri.
Contoh kesalahan jenis pertama terlihat dalam ayat (3) sementara contoh kesalahan jenis kedua terlihat dalam ayat (4).
Ayat (3) dan (4) tidak gramatis kerana penggunaan kata pemeri adalah. Ayat pertama berstruktur FN + FN (subjek ayat “Putrajaya” ialah FN (frasa nama) dan predikat ayat “pusat pentadbiran Malaysia” juga FN). Dalam ayat yang berstruktur sebegini, penggunaan kata pemeri yang gramatis ialah. Ayat kedua pula berstruktur FN + FK (subjek ayat “tuan-tuan” ialah FN dan predikat ayat “dijemput menghadiri majlis ini” ialah FK (frasa kerja)). Dalam ayat yang berstruktur sebegini, kata pemeri tidak boleh digunakan.
Kata pemeri adalah digunakan dalam dua keadaan, iaitu di dalam ayat yang berstruktur FN + FA (frasa adjektif) dan FN + FSN (frasa sendi nama). Contoh penggunaannya adalah seperti ayat (5) dan (6) yang berikut:
Ayat (5) berstruktur FN + FA (subjek ayat “penubuhan Putrajaya” ialah FN dan predikat ayat “amat dialu-alukan” ialah FA). Ayat (6) pula berstruktur FN + FSN (subjek ayat “kediaman rasmi Perdana Menteri” ialah FN dan predikat ayat “antara bangunan utama di Putrajaya” ialah FSN). Oleh itu, penggunaan kata pemeri adalah adalah gramatis.
Perlu juga dijelaskan bahawa sekiranya sesuatu ayat disongsangkan, penggunaan kata pemeri tidak berubah walaupun struktur zahir ayat telah berubah. Sebagai contoh, sekiranya ayat (6) disongsangkan, ayat yang terjana adalah seperti (6’) yang berikut:
Perhatikan bahawa penyongsangan ayat seperti ini tidak mengubah penggunaan kata pemeri adalah walaupun struktur zahir ayat (6’) ini ialah FSN + FN.
Seterusnya, dalam ayat berstruktur FN + FK yang kata kerja dalam FKnya digugurkan, penggunaan kata pemeri adalah tetap dianggap melanggar rumus walaupun pada zahirnya ayat itu berstruktur FN + FSN. Sebagai contoh, ayat (7) yang dijana adalah tidak gramatis.
Walaupun ayat (7) pada zahirnya berstruktur FN + FSN (subjek ayat “encik Hassan” ialah FN dan predikat ayat “di pejabatnya” ialah FSN), penggunaan kata pemeri adalah menyebabkan ia tidak gramatis kerana struktur sebenarnya (sebelum pengguguran kata kerja “berada”) ialah FN + FK.
Ayat (7’) berstruktur FN + FK (subjek ayat “encik Hassan” ialah FN dan predikat ayat “berada di pejabatnya” ialah FK).
Begitu juga, dalam ayat berstruktur FN + FN yang predikatnya terdiri daripada FK yang berfungsi sebagai FN, penggunaan kata pemeri ialah dianggap tidak melanggar rumus. Sebagai contoh, ayat (8) yang dijana adalah gramatis.
Walaupun ayat (8) pada zahirnya berstruktur FN + FK (subjek ayat “kegemaran Sarah” ialah FN dan predikat ayat “berjoging” ialah FK), penggunaan kata pemeri ialah tidak menyebabkan ia tidak gramatis kerana struktur sebenarnya (sebelum pengguguran kata nama “aktiviti”) ialah FN + FN.
Ayat (8’) berstruktur FN + FN (subjek ayat “kegemaran Sarah” ialah FN dan predikat ayat “aktiviti berjoging” ialah FN).
Bukti bahawa “berjoging” bukan FK ialah kata bantu aspek, misalnya “sedang”, tidak boleh hadir di hadapannya.
Rumusannya ialah penggunaan kata pemeri ialah adalah gramatis dalam ayat berstruktur FN + FN. Penggunaan kata pemeri adalah pula gramatis dalam ayat berstruktur FN + FA dan FN + FSN. Penggunaan mana-mana kata pemeri adalah tidak gramatis dalam ayat berstruktur FN + FK.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.