Dalam tatabahasa bahasa Melayu, kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang.
Tunggal
- aku—digunakan apabila bercakap dengan sahabat handai atau dengan Tuhan.
- saya—digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi.
- hamba—digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu, sebagai kata ganti diri memaksudkan diri sendiri iaitu hamba adalah bermaksud aku.
- patik—digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.
- beta—digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.
Jamak
- kami—digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua.
- kita—digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua.
- anda—digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita.
- awak—digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
- engkau—digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga.
- tuanku—digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja.
- kalian—digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.
- kamu—digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
Tunggal
- Baginda—digunakan untuk raja, sultan, atau nabi.
- beliau—digunakan untuk tokoh dan orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru, dan pemimpin.
- dia dan ia—digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.
Jamak
- mereka—digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.