From Wikipedia, the free encyclopedia
Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan, sama ada sebahagian atau seluruhnya.
Kata ganda terdiri daripada:
Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya. Kata dasarnya boleh mengambil bentuk kata nama, kata adjektif, kata kerja, atau kata keterangan. Kata ganda seluruh digabungkan dengan tanda sempang (-).
Gandaan kata nama | Gandaan kata kerja | Gandaan kata adjektif |
---|---|---|
buku-buku kereta-kereta pagi-pagi |
baring-baring jalan-jalan pandang-pandang |
awal-awal bulat-bulat manis-manis |
Kata ganda penuh mempunyai makna yang khusus, umpamanya: biri-biri, kanak-kanak, kupu-kupu.
Serupa dengan kata ganda seluruh, kata ganda penuh ialah kata dasar yang juga digandakan seluruhnya, dan digabungkan dengan tanda sempang (-). Bagaimanapun berbeza dengan kata ganda seluruh, kata dasarnya hanya mengambil bentuk kata nama. Kata ganda dengan sendirinya membawa maksud tunggal atau jamak.
Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang digandakan. Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama, khususnya yang memberi maksud kepada benda atau konsep yang memiliki sifat atau keserupaan dengan kata dasar. Misalnya:
Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan. Contohnya:
Kata ganda berimbuhan atau menyalin terhasil dengan membubuh imbuhan di mana-mana tempat dalam kata ganda. (Rujuk Imbuhan dalam bahasa Melayu).
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.